UAZ 33🍃

532 34 5
                                    

           Azielah kusyuk membelek-belek barang yang baru dibelinya tadi. Mukanya happy gila dapat beli barang baru. Tapi satu sahaja yang membuat hati dan fikirannya gusar, pakcik dan makciknya tiada langsung berfikir untuk mencari keberadaan dia. Azielah sungguh kecewa, sangat kecewa dengan sikap pakcik dan makciknya yang tidak pernah langsung terdetik di hati mahu mencarinya. Sedang azielah termenung jauh tiba-tiba dia dikejutkan dengan satu makhluk yang yang tinggi lepastu muka dingin, macam nak terkam orang.

"Banyak betul kau shopping?" zafran menyilangkan tangannya sambil mata menikam barang-barang yang dibeli oleh azielah.

Azielah meletakkan tangannya di dada lalu menghembuskan nafas dengan perlahan. Matanya memandang zafran dengan pandangan sinis.

"awak boleh tak kalau nak masuk bilik bagi salam ke tak pun ketuk dulu. Ini tidak main terjah saja. Kalau saya tengah mandi pun mungkin awak cuba-cuba nak intai!"

"Suka hati akulah. Ini rumah aku bukan rumah kau.So, setiap apa yang kau buat kau mandi ke, kau seksi ke, kau makan ke itu semua hak aku untuk pantau kau!"

Azielah terganga sambil matanya tidak berkelip. Apa ke jadah mamat ni main lepas sahaja kalau bercakap. Aku sumbat cili padi baru tau. Ada ke patut cakap macam tu. Tak tahu malu langsung!

" mulut awak ni tak ada insurans langsung! Cakap tu baik sikit okay. Saya ni bukan isteri awak yang suka-suka nak kongkong saya. Awak dengan saya tak ada apa-apa hubungan langsung. Awak jangan nak berangan saya ni nak jadi isteri awak. Ingat tu!"

Zafran tersenyum sinis lalu duduk di sebelah azielah. Dia mendekatkan mukanya dicuping telinga azielah yang berlapikkan tudung." kalau kau jadi isteri aku apa salahnya, lagi aku suka. Kalau kau kahwin dengan aku, dosa antara kau dengan aku dah tak ada sebab kita dah sah jadi suami isteri. Maknanya bila kau dah jadi isteri aku, aku boleh buat sesuka hati yang aku nak"

Berderau darah azielah apabila nafas zafran terasa di lehernya. Muka azielah menjadi pusat lesi akibat tindakan zafran yang agak menyeramkan. Badan azielah menjadi kaku seperti batu. Dia tidak dapat berkata apa-apa, rohnya seperti sudah dibawa ke langit.

"Kenapa muka kau macam tu?" usik zafran.

"Awak boleh tepi tak,jangan sampai saya jerit haah biar makcik mariam dengar baru padan muka awak!" ugut azielah.

Zafran ketawa terbahak-bahak lalu wajahnya dingin semula. "Kau ingat makcik mariam tu nak peduli dekat kau. Lagipun, dia kan tahu kau dengan aku adik-beradik. So, dia fikir mungkin kita tengah main-main" zafran tersenyum menang memandang azielah.

Mengalahlah tu...

"Saya dah bagi tahu perkara sebenar. Makcik mariam pun dapat agak yang kita dua ni memang tak ada pertalian darah. Awak, firasat orang tua kuat tau. Bukan macam kita ni. Saya tak nak makcik mariam yang jadi mangsa, kalau boleh awak berhentikan saja makcik mariam. Kesian saya tengok dia" rayu azielah

Zafran memandang azielah dengan pandangan pelik. Apa kaitan makcik mariam dengan kes culik bocah ni. Aku rasa okay saja. Tiada masalah pun.

"kenapa pulak nak bagi dia berhenti. Orang nak kerja, nak duit. Sedap kau je suruh aku berhentikan dia. Aku yang bagi dia gaji bukan kau!" ayat pedas daripada zafran.

Azielah memberikan jelingan maut kepada zafran. Dia menjelir lidah lalu menyilangkan tangannya di dada. Kata-kata zafran sungguh menyakitkan hati tak pandai jaga hati orang langsung.

" awak ni kalau dengan orang lain mesti dia orang dah maki hamun awak. Nasib baik aku dengan saya. Kalau tak dah lama saya mengamuk!" perli azielah.

"orang nak maki aku. Beranilah dorang dengan aku, tak pasal-pasal kepala dorang tercabut aku kerjakan sama macam kau juga!" ugut zafran.

"Malaslah saya layan awak. Daripada saya duduk sini baik saya turun dekat bawah, tengok cik ma" azielah lantas berdiri tetapi lengannya sempat dipegang oleh zafran.

"Kau nak pergi mana? Duduklah sini teman aku kejap. Kau ni setiap kali aku datang kau lari. Kenapa eh, Apa salah aku?"

Azielah menarik nafas dalam lalu menghembuskan dengan perlahan. Matanya redup memandang mata zafran yang berwarna coklat.

"awak takkan tak tahu. Saya dengan awak tak ada ikatan apa-apa langsung. Saya tak naklah buat dosa free. Awak sendiri tahu kan berzina itu dosa besar. Saya tak nak masuk neraka. Awak nak?" azielah menunding jarinya ke arah zafran.

"Aku tak pernah terfikir pun buat benda-benda terkutuk tu. Aku dah pernah cakap dekat kau kan, aku tak taste langsung dengan kau. Lagipun, kau budak lagi memang tak lah..." zafran menjeling ke arah azielah.

"Iyalah tu. Dahlah saya malas layan awak. Saya turun bawah dulu. Kalau awak nak ajak saya borak, kita borak dekat bawah je. Ada juga makcik mariam. Sejuk sikit hati dia" azielah lantas meleraikan pegangan tangannya daripada zafran. sekali lagi, pandangan sinis diberikan.

             FAIZ memasuki gudang dengan matanya memandang sekeliling mencari seseorang. Matanya tertancap ke arah seorang pekerja yang sibuk mengira barang untuk diimport ke perancis. Faiz segera ke arah pekerja lelaki itu dan menanyakan sesuatu.

"Bro, kau ada nampak xi xiang tak?" soal faiz.

"tadi aku nampak dia pergi atas, jumpa dengan zafran. Lepastu zafran dah balik kelibat bos xi xiang tak muncul-muncul lagi" Jawab lelaki itu.

Faiz hanya menganggukkan kepala lalu meminta diri ke atas untuk menjenguk xi xiang.

"kalau macam tu aku pergi atas dulu, nak jumpa xi xiang"

Faiz segera naik ke atas lalu pergi ke arah bilik zafran. Senyuman terukir dibibir. Kod bilik ditekan lalu terbuka dengan sendirinya. Faiz masuk secara perlahan-lahan dan berjalan mengelilingi bilik zafran. Secara tiba-tiba faiz ketawa sendirian.

"Hahahahaha nampaknya suatu hari nanti bilik ni akan jadi milik aku. Kau zafran aku dah cakap, hari aku akan tiba. Kau tengok sekarang mesti kau tengah tercari-cari sampul tu kan. Bod*h sungguhlah kau ni, dapat bos pun macam tahi ayam senang-senang saja dia bagi kod bilik pejabat kau dekat aku. Sebab apa, sebab dia dah percayakan aku seratus peratus berbanding kau hahahaha... "

Faiz teringatkan sesuatu, bukankah dia mahu mencari xi xiang a.k.a bos paling di sayangi. Tapi, di manakah keberadaan xi xiang?  Pelik juga. Kata jumpa zafran. Haah ni mesti ada sesuatu terjadi.

Xi xiang sudah mundar-mandir sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Skrin telefon di pandang hanya pantulan wajah sahaja dilihat. Xi xiang sudah menggepal penumbuk menahan amarah.

"ergh... Kurang ajar punya handpone. Kenapa kau habis cas awal sangat, aku baru nak call orang. Aish!"

Xi xiang mengigit kukunya lalu memikirkan sesuatu untuk mencari jalan keluar. Kalau tengok dari bilik ni, susah untuk dirinya di jejak kerana bilik ini anti bunyi dan agak jauh sedikit. Dia perlu berfikir luar kotak sedikit bagaimana harus dirinya dapat dijejak dengan pekerja-pekerjanya.

"aku kena cepat, dia semua tak adil. Kau tunggu zafran kali ni wa ajar lu cukup-cukup. Lu dah kurung wa dalam ni lebih seminggu. Kali ni wa tak akan berdiam diri!"

Xi xiang ternampak satu besi panjang yang berada di tepi sudut pintu. Dia segera mengambil besi tersebut lalu cuba untuk membuka pintu itu. Baru sahaja dia mahu menghalakan besi itu di pintu, kedengaran seseorang dari luar pintu memanggil namanya.

" xi xiang kau okey tak dekat dalam tu?" soal faiz.

Mata xi xiang bersinar-sinar mendengar suara itu. "ni mesti faiz. Eh kejap, macam mana dia tahu gudang ni ada bilik bawah tanah. Ahh biarlah dulu yang penting dia sudah selamat kan aku!" bisik hati xi xiang.

"wa okay faiz. Lu kena cepat wa sudah tak tahan dengan perangai adik lu zafran. Wa mau ajar itu budak cukup-cukup!" kata xi xiang.

Faiz tersenyum mendengar kata-kata xi xiang. "nampaknya hari berperang kita dah mula zafran. Aku nak tengok siapa  melutut siapa!"

Assalamualaikum hye semua sorry author lmbt update🙏😂

Nah gift utk korang 😘
Slmt membaca. Jgn lupa vote and comment tau😊👍

UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE] Where stories live. Discover now