17 ; Ugut

2.3K 110 1
                                    

Sebulan kemudian...

Sebulan sudah berlalu. Sudah genap dua bulan Karla berpisah jauh dengan ibu bapanya. Bohong jika dia kata dia tidak merindui mereka. Setiap hari dia titipkan doa untuk keluarganya. Entah apalah khabar mereka tika ini. Sihat ke tidak?

Setiap gelak tawa Karla tersembunyi kesedihannya. Dia hanya tidak mahu membuat orang di dalam rumah itu risaukannya apabila mereka terlihat muka Karla berubah muram secara tiba-tiba. Jadi, dia membuat keputusan untuk sembunyikan kesedihannya.

Aiden juga sudah dua minggu tidak pulang. Mungkin sibuk di tempat kerja. Atau ada masalah yang lain? Tak apalah, kalau tiada dia pun Karla masih tidak keseorangan. Contohnya dia mempunyai Emma di situ. Pembantu rumah yang lain turut berada di situ dan melayannya baik.

Zafriel juga tidak datang ke rumah Aiden. Selalunya dia akan datang. Tak kira sibuk atau tidak. Kalau sibuk pun, dia akan datang hujung minggu. Walaupun hanya sekejap, tapi dia tetap dapat menegur Karla.

Karla mengeluh. Dia bosan. Tidak tahu mahu buat apa. Tiada apa-apa hiburan di dalam bilik ini. Dia malas untuk ke ruang tamu. Senang kata, dia malas untuk berjalan jauh.

Karla merebahkan badan ke atas katil. Tubuhnya dibaring secara menelentang. Dia memandang siling itu bagai hendak ditembus. Tangan kiri diletakkan ke atas perutnya. Kedua kakinya pula masih tergantung di birai katil.

' Aku nak buat apa eh sekarang ni? ' monolognya di dalam hati.

Karla kembali duduk di birai katil. Dia termenung ke hadapan dengan postur duduk seperti orang yang malas. Mulutnya memuncung ke depan.

Dia menghela nafas berat sebelum kepala didongakkan ke atas. Tangan ditahan di belakang supaya badannya tidak jatuh terbaring. Matanya dipejam serapat mungkin. " Argh! Aku bosanlah! " jeritnya tiba-tiba.

Pintu dibuka dari luar dengan kasar. Terpancul tubuh kecil Emma. Mukanya kelihatan gelisah. Nafasnya juga sudah tidak teratur, mungkin penat berlari.

" Karla, kenapa ni? Ada orang pecah masuk bilik Karl ke? " soalnya cemas. Dia masuk ke bilik Karla dan mula berjalan untuk memeriksa keadaan bilik itu.

" Taklah. " katanya. Dia mula rimas dengan Emma yang asyik memeriksanya. Tadi elok periksa bilik, sekarang nak periksa Karla pula.

" Habis tu? Kenapa menjerit? " soal Emma.

" Karla bosan je, sebab tulah Karla menjerit. " balasnya polos. Emma mengeluh, nak marah tak boleh. Kesian. Lagipun, kalau dia marah Karla, dia akan dimarah semula oleh Aiden. Lagi parah tu.

" Hish Karla ni! Kalau bosan pun, tak perlulah nak menjerit-jerit. Pergilah jalan-jalan dalam rumah ni. Rumah ni punya besar macam shopping mall, Karla asyik duduk terperap dalam bilik je. Tak pun, pergi ruang tamu dan bilik kerja Tuan Aiden. Itu jelah Karla tahu. Cubalah jelajah sikit dekat tempat lain. Kolam renang ke, gym ke, kebun ke. Ni tak, asyik ulang-alik tempat yang sama je. Mana Karla nak terbiasa dengan rumah ni kalau Karl--- "

" Shh... Stop membebel please. " Emma menjeling Karla sebelum menepis jari telunjuk Karla yang melekap pada bibirnya. Dia mengambil tempat di sebelah Karla.

Kaki kirinya dilipat manakala kaki kanan dibiar tergantung. Seperti bersila tetapi hanya kaki kiri saja berlipat. Badannya sudah dihadapkan ke arah Karla.

" Karla sebenarnya... Rindukan tuan, bukan? " duga Emma. Dia mengukirkan senyuman mengejeknya sambil jari telunjuk ditundingkan ke tepi pipi kanan Karla.

" Mana adalah! " nafi Karla.

" Yeke? " usik Emma. Suara dileretkan, saja mahu bergurau manja. Sekali sekala.

The MafiaWhere stories live. Discover now