45 ; About Them

1.4K 69 2
                                    

Bush!

Sebaldi air disimbah ke muka Zulaikha. Terpinga-pinga Zulaikha bangun daripada pengsannya. Tangannya naik mengelap muka yang basah. Keadaan di sekeliling diperhatikannya. Macam kenal...

"Remember this room? " Soal seseorang menyentakkan Zulaikha. Dia menoleh ke hadapan dan serta merta matanya terbuntang besar. Ingatannya cuba diputarkan kembali ke kejadian kali terakhir dia di hospital.

Sewaktu dia turun ke lobi, dia cuba mencari kelibat kereta Brian. Namun, tiada pun terparkir di situ. Dia cuba untuk menelefon. Ketika dia mengeluarkan telefonnya, mulutnya tiba-tiba saja ditekup seseorang. Dia memandang ke sekeliling untuk meminta pertolongan. Malangnya tika itu kawasan di situ sunyi sekali. Jadi, mudah untuk orang itu menculiknya.

"Nur Zulaikha! "

Zulaikha kembali ke dunia nyata. Wajah Arfiq yang sudah menyinga membuatkan dia terkebelakang tanpa disedarinya. Matanya langsung tidak berkelip melihat Arfiq yang berjalan perlahan-lahan mendekatinya. Raut wajah itu sungguh mengerikan. Seperti seorang psiko.

"Kau memang tak setiakan? Lepas apa yang aku dah buat untuk kau, senang-senang aje kau berpihak pada musuh aku?! Kau memang nak menempah maut ke apa?! " Serentak itu rahang Zulaikha dicengkam kuat sehingga menghasilkan decitan daripada mulut merah delima itu.

Zulaikha tidak mampu untuk membalas apa-apa kerana cengkaman pada rahangnya terlalu kuat. Dia hanya memejam mata dan membiarkan dirinya menjadi bahan untuk Arfiq melepaskan amukannya.

Di dalam hati sudah berdoa sebanyak-banyaknya supaya seseorang menghentikan perbuatan Arfiq terhadap dirinya. Tubuhnya sudah tidak dapat menampung rasa sakit yang langsung tidak dapat diungkapnya. Dia hanya mampu meraung, menangis dan merayu.

Tidak pernah difikirnya yang Arfiq akan memukulnya seteruk itu. Selama dia berkhidmat kepada Arfiq, lelaki itu tidak pernah memukulnya mahupun hanya menampar. Setiap kerjanya dipuji oleh lelaki itu. Dia juga mendapat layanan yang agak istimewa daripada anak buah yang lain.

Perut Zulaikha berkali-kali ditendang Arfiq tanpa belas kasihan. Muka Zulaikha yang sudah lebam dengan hasil tumbukan Arfiq dan mata yang sembab akibat menangis tanpa henti langsung tidak menyentuh tangkal hati Arfiq. Baginya, Zulaikha layak menerima semua itu.

"Pengkhianat macam kau--- " Pistol yang terselit pada belakang seluarnya dikeluarkan. Mungkin sudah tiba masanya. Dia mengarahkan muncung pistol itu pada kepala Zulaikha. Picu ditarik perlahan-lahan. "---layak kena macam ni. "

Zulaikha memejamkan mata. Dia pasrah. Biarlah apapun yang terjadi selepas ini. Samada dia ditembak atau dibelasah tanpa henti, dia tidak kisah. Pengkhianat seperti dia memang patut terima hukuman begini. Sepatutnya, mula dari hari dia menyamar sebagai pembantu rumah Khairul lagi dia patut dihukum. Identitinya perlu terbongkar ketika itu. Namun, lain pula jadinya apabila Khairul menjadikan dia sebagai hamba.

"Kakak kena kuat. Kakak jangan risau tentang kami. Zara janji, Zara akan jaga Zyan baik-baik. Kakak ikut cakap Tuan Arfiq ya? Demi kami? "

"Betul tu! Zyan janji Zyan tak nakal-nakal! Hee! "

Zulaikha mula mengingati adik-adiknya. Tidak, dia tidak keseorangan. Dia ada adik-adik yang masih perlu dijaga dan dilindungi. Dia tidak boleh mati. Dia perlu teruskan hidup.

"Tuan! " Tindakan Arfiq terhenti. Dia meletakkan pistol itu ke bawah.

"Tuan? Kau panggil aku tuan? " Soalnya lalu ketawa kuat. Anak-anak buahnya yang menjadi penonton sejak tadi dipandang. "Dia panggil aku tuan? Pengkhianat ni panggil aku tuan? Hahaha! " Tawa Arfiq disambut serentak. Ruang bawah tanah itu bergema dengan gelak tawa Arfiq dan anak-anak buahnya.

The MafiaOù les histoires vivent. Découvrez maintenant