64 ; Day 1

1.1K 51 4
                                    

Siaran tv yang menayangkan cerita animasi Boboiboy langsung tidak dihiraukan oleh Dania. Dia bukan lagi budak kecil mahu menonton cerita kartun begitu.

"Hai, bakal adik iparku! " Tegur Karla. Sepiring biskut cip coklat dihulurkan kepada Dania.

Hulurannya tidak dibiar kosong, Dania pantas mengambil dua keping biskut di atas piring itu.

Karla juga mengambil sekeping biskut cip coklat itu. Piring biskut diletakkan ke atas ribanya.

Mereka menikmati biskut itu sambil menyaksikan perlawanan Boboiboy dan alien jahat di skrin televisyen. Kadang-kadang terlepas ketawa Karla melihat kartun itu. Dan, ia dipandang aneh oleh Dania. Siapa budak, siapa orang dewasa sekarang ini?

"Karla, kau ni nak jadi bini orang pun masih layan cerita kartun, eh? " Tegur Emy. Tangannya mencuri sekeping biskut cip coklat di ribaan Karla.

"Diamlah kau! Sibuk aje. " Jeling Karla. Sudahlah curi biskut dia, lepas itu nak tegur dia suka tengok cerita kartun pula.

"Eh wey, biskut ni kau beli dekat mana? Sedaplah pula. " Sekeping lagi diambilnya.

"Ish! Pergilah ambil dekat dapur. Minta dekat maksu aku. Dia yang buat. Dia kata boleh kalau nak jadikan goodies nanti. " Arah Karla berserta dengan rungutan. Pantang kalau ada yang curi makannya. Kalau nak, cakap.

"Oh, rajin eh maksu kau. Kalau mak aku, beli aje gula-gula ke, snek ke, masukkan dalam beg dia and bagi aje."

"Mulanya, memang nak buat macam tu pun. Tapi dah maksu aku yang volunteer, setuju ajelah. "

Pada mulanya, Karla hanya bercadang mahu letakkan gula-gula peket kecil, air kotak dan keropak saja. Macam biasa, jajan dekat ECO. Tapi maksu dia nak sangat buat biskut. Lagipun sedap, setuju ajelah.

"Haih, tak sangkakan, esok kau dah jadi isteri orang. Mesti aku rindu gila dekat kau nanti. " Emy peluk Karla daripada sisi. Karla tersenyum nipis sambil menepuk-nepuk lengan Emy yang memeluknya.

"Alah relaks lah. Macam tak biasa. " Dulu, mereka pernah terpisah lama. Rasa rindu memang tidak boleh digambarkan. Setelah mereka berjumpa kembali, mereka terpaksa berpisah lagi demi masa depan mereka. Semuanya sudah mula sambung belajar. Kecuali Sara, dia saja sudah bekerja dan memiliki kedai kek sendiri.

Dan Danish.

"Tak boleh relaks. " Matanya digosok. Kononnya menghapuskan air mata yang mahu mengalir.

Karla ketawa melihat kemanjaan kawannya itu. Emy dari dulu sampai sekarang, suka berpeluk dan bermanja dengannya. Kalau orang lain, memang taklah. Termasuk teman lelakinya. Itu pun sebab tak halal lagi. Kalau dah boleh berpeluk? Tak kerja dua laki bini ni.

Mereka sambung berpelukan tanpa menghiraukan orang lain. Termasuklah Dania yang berada di sebelah Karla.

◇◇◇

"Hang jangan nak kasaq-kasaq sangat. Comot inai ni, hang aku tibai. " Karla pasrah menerima arahan daripada kakak saudaranya itu. Dia hanya duduk diam di atas pelamin yang sudah siap dipasang di ruang tamu.

"Aloo sian... Meh aku suap kau kek lapis ni." Pelawa Sara. Dia sudah siap memakai inai, jadi dia bolehlah bergerak bebas. Lagipun, dia tidak perlu menunggu lama sangat untuk menampakkan lagi kemerahan inai itu nanti. Bukan dia bakal pengantin. Asal nampak merah itu, okay sudahlah.

"Nak! Nak! " Mulut dinganga, menunggu kedatangan kek lapis (chocolate cheese) itu masuk ke dalam mulutnya.

Ngap!

The MafiaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora