47 ; Terasa hati

1.3K 63 1
                                    

Picu pistol tanpa bunyi itu ditekannya. Mata tajamnya menikam susuk tubuh seseorang yang baru keluar daripada bangunan tinggi di hadapannya.

Seorang lelaki tua yang mengenakan pakaian pejabat berjalan keluar daripada bangunan tinggi itu tanpa mengesyak seseorang sedang mengacukan pistol pada kepalanya daripada atas. Dia mengeluarkan telefon daripada poket seluar. Nama pemandunya dicari sebelum didail nombor itu.

"Haa. Kau dekat mana? Aku dah keluar ni. Cepat sikit. Panas. " Panggilan dimatikan. Dahinya berkerut memandang ke sekeliling. Apabila pandangannya ditoleh ke atas, dia terperasan ada seseorang dengan pistol di tangannya memandang tajam ke arah dia. Belum sempat dia mahu mengelak, peluru pistol itu berjaya menembusi dahinya.

"Argh! " Jeritan seorang pekerja wanita di situ mendapat perhatian orang ramai. Tubuh lelaki tua yang sudah berlumuran darah di pandang takut.

Orang ramai mula mengeremui tempat kejadian. Ada juga yang menelefon ambulans.

Dia tersenyum sinis. Akhirnya, tugas dia untuk melenyapkan orang tua itu serta pengikut-pengikutnya berjaya. Telefon dikeluarkan daripada poket jaket hitamnya. Dia menghubungi tuannya.

"Ha, macam mana? Berjaya tak? " Soal satu suara di hujung talian.

"Ya, tuan. Semuanya dah selesai. "

"Bagus, sekarang ni aku nak kau balik. Aku tak nak kau kena tangkap. Kalau kena tangkap, aku sekali yang kena. " Arah tuannya tegas.

"Baik, tuan. " Panggilan dimatikan. Dia menghela nafas lega sebelum mengangkat kaki pergi daripada situ. Topi hitam di kepala dibetulkan. Wajahnya perlu ditutup. Takut nanti terbongkar identiti yang sedaya upaya dilindunginya sejak seminggu yang lalu.

Arfiq duduk di atas kerusi kerjanya. Kaki diletakkan ke atas meja. Telefon ditangan diketuk-ketukkan ke dagu yang terdapat kumis-kumis halus. Bibirnya perlahan-lahan mengherotkan satu senyuman. Satu senyumam yang penuh makna.

"Ethan, she's back. "

"Who, sir? "

"My old Zulaikha. "

◇◇◇

"Ini tuan. " Gambar seorang lelaki tua yang berlumuran darah pada dahinya diletakkan ke atas meja kerja Aiden.

Aiden mengambil gambar tersebut. Wajah lelaki tua itu dilihat penuh teliti. "Dato' Imran? "

"Ya, tuan. Daripada keterangan orang sekeliling, Dato' Imran baru saja keluar daripada syarikat milik Encik Eric dan sedang menunggu pemandu peribadinya tiba. " Terang Hazrul. Dia hanya berdiri tegak di hadapan meja kerja Aiden sedari tadi.

"Buat apa si miang tu datang syarikat Eric? "

"Hm itu saya tak tahu. " Balasnya.

"Okay, sekarang aku nak kau cari siapa pembunuh orang tua ni. Cari secepat mungkin. " Arah Aiden sebelum menyuruh Hazrul keluar daripada bilik pejabatnya.

Gambar di pegangannya direnung. Dari apa yang dilihatnya, dia dapat merasakan si penembak cukup handal dalam bersenjata. Lihat saja sasarannya. Tepat.

Nombor Eric didail Aiden. "Hello, Eric. Kau dah dapat berita tentang ayah mertua kau tu? "

"Hello. Dah. Sekarang aku ada dekat rumah. Qisya menangis teruk gila sekarang ni. "

The MafiaWhere stories live. Discover now