26 : Save

2K 97 2
                                    

Liyana Delisha

Mana awak Faiq?

Berulang kali aku menyoal di dalam hati. Namun, susuk tubuh Faqrul Zaffran masih tidak aku lihat. Huh... Mungkin tika ini dia sedang berseronok di luar sana dan lupakan aku.

Eh tak! Dia pasti datang! Liyana, kau percayakan Faiq, kan? Jangan berfikiran negatif. Pasti Faiq dalam perjalanan untuk ke sini. Ya, dia akan ke sini.

" Huh... " Entah kali ke berapa sudah aku mengeluh. Namun, tiada apa-apa perubahan pun.

Tangan dan kaki aku masih diikat. Aku masih setia duduk di atas katil di dalam bilik yang gelap dan suram seorang diri. Tiada apa yang berubah.

Klak!

" Hello, my teacher. I mean, my 'ex' teacher. " Sapa lelaki itu. Disebabkan keadaan di sekeliling itu terlalu gelap, sukar untuk aku mengecam wajah lelaki itu. Namun, suaranya...

Bilik yang sebelum ini gelap, bercahaya semula selepas suis lampu dibuka oleh lelaki itu. Aku menutup mata, cuba membiasakan pandangan mata aku terhadap cahaya. Pening kerana tiba-tiba saja keadaan bertukar cerah.

" Fi-Firash... " Tergagap-gagap aku menyebut nama itu.

Macam mana? Macam mana dia boleh ada di sini? Adakah dia juga sudah diculik oleh penjahat itu? Atau dia datang ke sini untuk membantu aku? Tapi macam mana dia boleh tahu aku di sini?

" Macam mana awak boleh ada di sini? Awak... Diculik juga ke? " Soalan aku dibalas dengan tawa kuat olehnya. Dahi aku berkerut. Kenapa dia ketawa?

" Saya kena culik? Tak mungkin orang 'segagah' saya mudah untuk diculik cikgu. By the way, sorry to saylah but saya yang culik cikgu sebenarnya. "

Makin berkerut dahi aku. Otak aku cuba mencerna bait ayatnya tadi. Dia... Culik aku? Anak murid—tak, bekas anak murid aku, culik aku?! Budak yang baru mencecah 18 tahun culik aku yang 28 tahun !!?

Ya aku tahu, aku tua. Lagi tua dari Faiq. Tapi dia tak tahu pun. Hehehe.

Okay stop. Back to the story.

" Kenapa? Kenapa awak culik cikgu? " Soal aku tidak percaya. Tanpa aku sedari, setitis air mata mula menitis ke atas pipi aku. Apa salah aku pada dia?

" Cikgu tak ada apa-apa masalah dengan saya pun. Cuma, boyfriend cikgu tu punya kawan, ada masalah dengan kami. So, kiranya boyfriend cikgu tu pun tercampur sekalilah dalam hal ini. Dan tanpa disangka-sangka, dia heret cikgu perlahan-lahan dalam masalah ini juga. "

Boyfriend? Sejak bila aku couple? Setahu aku, kali terakhir aku ada kekasih adalah lima tahun yang lepas. Semasa aku berusia 23 tahun.

Siapa pula boyfriend aku ni?!

" Boyfriend? Apa maksud awak, Firash? " Soal aku inginkan kepastian. Kedengaran dia tertawa kecil-atau sinis.

" Faqrul Zaffran. Boyfriend cikgu, kan? "

Faiq? Sejak bila kami menjadi kekasih? Iya, memang dia terkejar-kejarkan aku dulu. Tapi sehingga kini aku masih tidak menerima cintanya lagi.

" Hm cikgu. Saya rasa saya kena pergi sekarang. Cikgu tunggu jelah dekat sini. Doa supaya boyfriend cikgu tu datang awal. Dapatlah dia ambil mayat kekasih dia ni sebelum kami sendiri yang buang mayat kekasih dia dekat sungai belakang rumah ni. "

Kata-katanya membuatkan aku bertambah bingung. Mayat? Kekasih? Aku ke tu? Dia nak bunuh aku ke apa?

Tidak sempat aku mahu menyoal soalan kepada Firash, dia sudah keluar dari bilik ini terlebih dahulu. Aku cuba bangun dari terus duduk di atas katil itu dengan bersusah payah. Perasaan takut dan gementar mula menyelebungi diri.

The MafiaWhere stories live. Discover now