11 ; Zulaikha's Secret

3.1K 181 1
                                    

" Tolonglah lepaskan kami! Aku janji aku akan bayar semuanya sekali nanti! " Rayu seorang lelaki yang sudah separuh abad itu. Tangannya sudah diikat seketat-ketatnya. Dia duduk secara melutut di hadapan Khairul.

" Nanti? Berapa kali nanti dah kau cakap kat aku ni? " soalnya sinis. Batang rokok dikepitkan di antara jari telunjuk dan jari tengahnya. Asap rokok dihembuskan ke muka mangsanya.

" Kali ni aku janji. Tolonglah! " rayunya lagi. Habis jatuh air mata jantannya.

" No! " Puntung rokok yang masih menyala apinya ditekankan ke pipi si mangsa. Jeritan lelaki separuh abad itu bergema di setiap pelosok bilik.

Isteri lelaki itu hanya mampu melihat dan menangis. Anak-anaknya pula terjerit-jerit memanggil ayah mereka. Lelaki itu sudah terbaring lemah di atas lantai simen itu. Dia cukup lemah ketika itu. Sebelum itu juga dia sudah menerima beberapa pukulan dari anak-anak buah Khairul.

" Nampaknya kau ada seorang anak perempuan ye. " Khairul mendekati anak perempuan lelaki itu.

" Tolong... Jangan... Ganggu dia... " katanya lemah. Dia tidak dapat melihat anak gadisnya kerana mereka berada di belakangnya. Dia tidak larat untuk bergerak. Namun, dia tahu Khairul sedang mendekati anak gadisnya.

Tanpa menghiraukan lelaki itu, Khairul mencangkung di hadapan seorang gadis di situ. Gadis muda itu hanya menunduk ke bawah, takut untuk memandang Khairul.

" Look at me. " Gadis itu masih menunduk. Beberapa kali dipanggil, Khairul akhirnya mengangkat sendiri muka gadis itu menggunakan jari telunjuknya.

" Hm not bad. Shaz, bawa dia. " Muka gadis itu sudah menggelabah teruk. Shazriq membawanya keluar dari bilik itu dengan kasar kerana gadis itu tidak henti-henti meronta dengan kuat.

" Abah! Tolong Lily, abah! Lily takut! " Jeritnya. Lelaki itu hanya redha saja dengan segala yang bakal berlaku nanti. Isterinya makin lebat air matanya turun.

" Lily? Nice name. " puji Khairul. Dia hanya memandang saja pemergian Shazriq dan gadis bernama Lily itu tadi.

" Hm apa aku nak buat dengan kau semua ni eh? " Dia meletakkan jari telunjuknya di dagu; gaya sedang memikir. Matanya teralih ke arah seorang budak lelaki yang berusia di antara 5-7 tahun itu.

" We'll start with the boy first. " Dia mendekati budak lelaki itu. Lengan kecil itu ditariknya kuat. Makin kuat tangisan budak lelaki itu.

" Tolong! Jangan apa-apakan dia! Dia tak bersalah! " Rayu lelaki itu. Dia cuba bangun tapi tidak sempat kerana mukanya sudah terkena sepakan dari Khairul.

" Kau diam jelah orang tua! " jerkahnya kuat.

" Tolonglah... Jangan apa-apakan anak saya... Saya merayu... " Kali ini si isteri pula merayu. Mukanya sudah basah kerana sejak tadi air matanya tidak henti-henti mengalir.

Semua rayuan itu Khairul hanya abaikan saja. Budak lelaki tadi diangkatnya dan diletakkan ke atas sebuah meja besi di hujung bilik itu. Dia mengikat budak itu di situ.

" Abang... Nak buat apa... Dengan saya? " Tergagap-gagap budak itu menyoal. Badannya sudah menggigil ketakutan. Dia hanya mampu berdoa kepadaNya agar dirinya berserta keluarganya dilindungi oleh Allah SWT.

" Abang nak buat eksperimen sikit. Tapi eksperimen ni sakit sikit tahu. Adik tahan ya. " Katanya dengan nada lembut. Sakit sikit? Bukan sikit, tapi sementara kerana selepas itu budak itu pasti tidak akan bernyawa lagi.

" Aku dengar anak kau ada masalah jantung berlubang ye? " Skalpel di tujukan ke arah dada budak itu. Dia menekan ke dalam dada budak itu.

" Sakit! " jeritnya. Dia cuba bergerak tapi tidak mampu. Khairul tersenyum sinis.

The MafiaWhere stories live. Discover now