39 ; Berbaik

1.6K 81 5
                                    

Pintu wad dibuka perlahan. Susuk tubuh seseorang yang sedang terlantar di atas katil itu dipandangnya sayu. Kepala lelaki itu sudah berbalut kemas. Tangan pula dicucuk jarum. Cukup membuatkan Karla berasa sedih.

"Danish... " Serunya perlahan. Kerusi yang sudah disediakan oleh pihak hospital diduduknya. Dia menghela nafas berat. Kesian Danish, baru saja berjumpa dengan si adik sudah begini pula jadinya. Dengan dia koma, tidak sedarkan diri, Dania pula murung tidak mahu makan.

Zafriel masuk ke dalam bilik itu bersama Faqrul. Dia melangkah ke arah Karla lalu bahu itu disentuh dan diusap lembut. Matanya pula tepat memandang Danish yang sudah berhari tidak sedarkan diri itu.

"Bila kau nak bangun? Aku kesian tengok Dania. Dia sedih bila abang dia tak balik-balik. Cepatlah bangun, Nish. Kesiankan Dania. Kau orang baru aje berjumpa, takkan kau tak nak lepaskan rindu lagi? " Katanya walaupun pada hakikatnya, Danish tidak akan menyahut. Hanya dia saja seperti orang gila bercakap seorang diri.

"Karla, jom makan. Dari pagi Karla tak makan. Maklong kata, Karla bangun saja terus bersiap dan tunggu abang dekat luar rumah. Langsung tak jamah sarapan. Jom makan ya. " Pujuk Zafriel. Karla mana boleh diarah-arah, kalau dia tak mahu kena pujuk baik-baik. Kalau tidak, makin keraslah kepala dia tu.

"Hm... " Balasnya pendek. Dia bangun dan melangkah ke pintu tanpa menunggu Zafriel.

Zafriel biarkan saja. Dia mengarahkan anak buahnya untuk mengawasi bilik itu. Dia juga berpesan untuk tidak membenarkan sesiapa masuk bilik itu selain tuan-tuan mereka. Orang sekarang bukan boleh percaya. Semua talam dua muka. Masuk dengan pakaian doktor, keluar aje muncullah tanduknya.

"Riel, aku nak pergi somewhere. Kau bawalah Karla makan. Cau. " Faqrul meninggalkan Zafriel tanpa mendengar terdahulu balasan daripada Zafriel.

Kaki panjangnya laju saja berjalan ke arah satu bilik. Setelah tiba di hadapan bilik itu, senyuman sini terukir. Nama yang tertera pada bilik itu dibacanya penuh teliti.

Doktor Syafia Sabrina

Tombol pintu dipulas selamba. Bilik yang kosong itu dimasukinya lalu ditutup pintu itu rapat tanpa dikunci. Bilik itu diterokanya. Cantik dan kemas. Meja juga bersih dan segala peralatan di atasnya tersusun rapi. Kerusi milik doktor wanita itu dijadikan tempat labuhan punggungnya. Hah... Selesa.

Mendengarkan suara seseorang yang dinantinya di hadapan pintu membuatkan dia pantas memusingkan tubuh ke belakang. Nak buat kejutan. Kalau boleh biar terkejut sampai... Tak boleh! Gadis kesayangan tu.

"Terima kasih ya. " Suara merdu itu membuatkan Faqrul menutup mata. Dia terbuai dengan suara ayu itu. Ah dia memang sudah angau.

Derapan kaki gadis itu makin mendekati meja. Dia memusingkan kerusi itu dan memandang wajah tergamam itu. Dia tertawa kecil. Comel. Terkejut pun comel. Nasib baik comel, kalau hodoh lama sudah ditembak.

"Miss me, hun? " Dia mendekati Syafia yang masih kaku itu. Mati dah ke? Tegak aje. "Why do you look so surprised? Don't miss your baby? " Hujung kaki mereka bertemu. Disebabkan Syafia sedikit rendah darinya membuatkan kepalanya menunduk memandang gadis bertudung itu. Heh, ikutkan hati mahu saja dia cabut tudung itu. Botak ke apa nak disorok-sorok?

"Macam mana boleh masuk sini? " Ayat itu akhirnya terkeluar dari bibir nipis itu. Dia terkebelakang apabila tersedar betapa dekatnya jarak mereka.

"Walk, and then I stop. Door knob, I open and I get here. " Satu-satu diterangkan. Syafia pula memandangnya menyampah. Perlu ke terangkan satu-satu?

"What do you want, Mr. Zaffran? " Soal Syafia sambil berjalan ke mejanya. Fail diambilnya lalu dibuka di atas meja. Matanya langsung tidak terkalih pada Faqrul.

The MafiaWhere stories live. Discover now