24 ; Kedah

2K 128 0
                                    

" Emhp-" Liyana meronta sekuat hatinya. Mata yang sudah tertutup rapat mula mengalirkan air mata.

" Shh... Sleep tight, my baby. "

Picagari disimpan semula ke dalam poket jaket hitamnya. Rontaan Liyana makin lama makin perlahan. Pukulan ditangan sasa lelaki itu juga makin melemah.

Akhirnya, Liyana pengsan di dalam rangkulan lelaki itu.

Lelaki itu tersenyum bangga. Dapat juga dia menculik gadis muda itu. Sudah berminggu dia menjejaki gadis tersebut dan berminggu jugalah dia dimarahi oleh bosnya kerana masih tidak dapat menculik gadis itu.

Ingat senang ke nak culik orang?

Lelaki itu memanggil kawannya yang setia menunggu di pintu utama rumah. Masih ada lagi seorang yang perlu diambilnya sebelum berangkat pergi.

" Kau bawa dia masuk kereta dulu. Aku ambil yang lagi seorang itu. " arahnya. Kawannya hanya akur dan lekas mengambil Liyana yang sudah pengsan dari rangkulan lelaki itu.

Lelaki itu berjalan naik ke tingkat atas dengan perlahan-lahan. Dia cuba untuk tidak membuat bunyi ketika melangkah naik ke tingkat atas.

Pisau lipat dikeluarkan dari poket jaketnya. Matanya liar memeriksa sekeliling. Takut ada orang lain di dalam rumah itu, lagi bertambah susah kerjanya nanti. Walaupun sudah diperiksa berkali-kali keadaan di dalam rumah itu, namun firasat hatinya menyuruh untuk siap bersedia jika terserempak dengan orang yang bukan sasaran mereka.

Layla bernyanyi kecil sambil berjalan ke meja kerjanya untuk menyimpan komputer ribanya semula. Walaupun sudah lewat malam, tapi dia masih gigih untuk menyiapkan kerja yang tertangguh. Kalau tidak, habis dia dimaki oleh bosnya. Sudahlah sejak kebelakangan ini bosnya seperti baru datang bulan. Asyik nak mengamuk je kerja.

Sikat rambut yang turut berada di atas meja itu dicapai selepas ikatan rambut panjangnya itu dilepaskan. Getah rambut berwarna hitam itu diletakkan di atas komputer ribanya.

Sambil menyikat rambutnya itu, dia bernyanyi-nyanyi kecil. Lagaknya seperti seorang yang baru dimasukkan gaji. Padahal, esok harinya dia perlu berhadapan dengan bapak singa yang kuat mengamuk bagaikan tiada hari esok.

Tanpa disedarinya, pintu bilik terbuka perlahan. Sungguh bijak si penculik, langsung tiada bunyi ketika dia menolak pintu itu sehingga terbuka dengan luas. Sewaktu memulas tombol pintu itu pun tidak berbunyi kerana sejak tadi pintu itu tidak bertutup rapat.

Perlahan-lahan lelaki itu mendekati Layla yang sedang leka menyikat rambutnya. Di tangannya pula sudah tersedia picagari tadi.

Tepat pada waktu Layla memusingkan tubuhnya, hujung picagari tersebut sudah menusuk ke kulit lehernya. Mulutnya juga ditutup bagi tiada apa-apa bunyi keluar yang dapat membuat mereka semua tertangkap nanti. Mata Layla terbuntang besar kerana terkejut.

Sebelum dia menutup matanya, sempat dia meneliti segenap wajah itu. Dia cuba mengingati setiap sisi wajah tersebut.

Tubuh Layla yang makin melorot ke bawah itu sempat ditangkapnya. Picagari tadi sudah disimpan ke dalam poket jaketnya semula.

Dia mengangkat tubuh Layla lalu dibawa keluar dari bilik itu. Dia menuruni tangga dengan berhati-hati. Nasib tubuh Layla boleh tahan ringan, kalau tidak mahu jatuh tergolek dia kerana tidak dapat mengimbangkan diri. Sudahlah gelap, samar-samar sahaja pandangannya.

" Wey tolong aku. " pinta lelaki itu pada rakannya.

Selesai memasukkan Layla ke dalam kereta, lekas mereka pergi dari situ. Takut berlama nanti, boleh kantoi mereka menculik anak gadis orang.

The MafiaWhere stories live. Discover now