23 ; Jumpa

1.8K 114 0
                                    

Sebuah kereta hitam berhenti tepat di hadapan perumahan keluarga Encik Kamarul. Puan Azimah yang sedang menyiram pokok memandang kereta hitam itu hairan. Siapa pula ini? Kereta nampak mewah.

Puan Azimah mendekati pagar rumahnya. Bekas penyiram pokok yang masih ditangannya, dibawa ke dada. Dia berasa ragu-ragu mahu membuka pagar. Tapi entah mengapa, firasat hatinya menyuruh untuk buka pagar rumah itu juga.

Dia membuka pagar rumah. Bekas penyiram pokok masih tidak dilepaskan. Manalah tahu, benda ini berguna di masa akan datang.

Dia memerhati kereta yang bercermin gelap itu. Terlalu gelap sehingga membuatkan dia tidak dapat melihat siapa yang berada di dalam kereta. Lelaki atau perempuan. Berapa orang. Langsung tidak dapat dicamnya.

Pintu bahagian belakang terbuka. Seorang gadis turun dari kereta dan menutup pintu itu semula. Dia mula melangkah ke arah Puan Azimah dengan perlahan-lahan.

Puan Azimah memandang gadis yang sedang mendekati dirinya. Pakaiannya biasa-biasa saja. Tidaklah terlalu mewah. Hanya T-shirt putih berlengan panjang, seluar slack hitam, tudung bidang berwarna pink dan penutup mulut serta cermin mata hitam.

Puan Azimah tidak dapat mengecam wajah tersembunyi itu. Tapi entah mengapa, air matanya seperti hendak juga mengalir ketika itu. Perasaan rindu mula menjalar hatinya. Dia berasa sebak secara tidak sengaja tika itu.

Penutup mulut serta cermin mata hitam dibuka oleh gadis itu. Terserlah wajahnya yang sudah dibasahi dengan air mata. Hidung serta matanya juga memerah.

" Ibu... " serunya perlahan.

Pak!

Bekas penyiram pokok sudah terjatuh ke bawah akibat pegangan Puan Azimah yang makin lama makin melonggar. Mulutnya terketar-ketar seperti ingin mengatakan sesuatu namun entah mengapa ayat itu tidak keluar dari mulutnya. Dia...terkedu.

" Ibu. " seru gadis itu lagi.

" Anak ibu, Karla sudah pulang. " sahut Puan Azimah, akhirnya. Tubuh ramping itu didakapnya dengan erat. Tangisannya juga sudah terhambur keluar sebaik sahaja mereka berpelukan.

Mereka berpelukan sesama sendiri selama 10 minit. Langsung tidak diendahkan orang yang lalu lalang memandang mereka dengan hairan. Mereka ibarat sedang berada di dunia mereka sendiri.

" Karla pergi mana, sayang? Berbulan tak balik. Risau ibu dibuatnya tau. "

" Karla tak pergi mana-mana pun. Karla ada je dekat sini-sini, dekat dengan ibu. " Balas Karla. Air matanya yang sudah lama mengalir keluar dihiraukannya. Apa yang dia tahu, dia hanya mahu melepaskan rindunya pada sang ibu.

" Kenapa tak balik rumah? Ibu ada buat salah ke? Kalau ada ibu minta maaf. Tolong pulang semula ke rumah kita, ya Karla? " pujuk sang ibu. Dia meleraikan pelukan itu lalu muka anaknya ditilik. Takut-takut ada luka.

Karla masih memeluk pinggang ibunya. Sungguh dia merindui wajah tua itu. Wangiannya, belaiannya, pujukannya, amat dirinduinya. Tiada siapa yang boleh lakukan semua itu dengan sempurna melainkan ibu Karla. Bagi Karla, Puan Azimahlah seorang wanita yang cukup baik dan sempurna. Hatta, dia seorang yang lembut. Tidak pernah sekalipun Karla ditengking atau dijerkah oleh ibunya.

Marah manapun Puan Azimah pada Karla, tidak pernah sesekali dia mengangkat tangan. Dia tidak sampai hati mahu melukai anak gadisnya itu. Cukuplah dengan hanya teguran dan nasihat.

Sedang mereka dua beranak khayal melepaskan rindu, pintu bahagian pemandu serta penumpang terbuka. Emma dan Danish keluar dari kereta itu secara serentak.

Puan Azimah sedikit tersentak dengan hempasan pintu kereta itu. Walaupun tidak sekuat mana tapi masih boleh membuatnya tersedar akan dunia realiti.

The MafiaWhere stories live. Discover now