30 ; Attack|Hospital

1.6K 85 2
                                    

Bunyi tembakan mula memenuhi setiap ruang di dalam hospital itu. Faqrul mula buntu. Semua kawasan telah dikepung oleh musuhnya. Tangga kecemasan? Berderet anak buah Farhan menjaga. Memang tiada jalan lain untuk mereka keluar dari hospital itu.

Faqrul menghela nafas. Rambut diraup ke belakang lalu disandarkan tubuhnya ke dinding. Ketika ini, mereka bersembunyi di suatu tempat yang agak sunyi. Akibat berasa penat kerana lama berlari, mereka berehat dulu di situ. Lantai menjadi tempat mereka labuhkan punggung. Di situ tiada kerusi atau apa-apa yang boleh dijadikan tempat untuk mereka labuhkan punggung. Tempat itu sunyi sepi. Seperti kawasan terbiar.

Doktor Sya di sebelahnya dipandang. Perempuan itu kelihatan takut dan gelisah. Air mata sudah membasahi wajah itu. Sepanjang mereka berlari tadi, Doktor Sya hanya menunduk ke bawah. Sesekali dia terjerit akibat terkejut. Namun tidaklah sekuat mana. Sempat lagi dia menutup mulutnya kerana takut dimarahi Faqrul dan orang jahat itu akan tahu keberadaan mereka.

" Nama kau apa? " Soal Faqrul tiba-tiba. Perlahan-lahan Doktor Sya mengangkat kepala memandang ke arahnya. Tidaklah tinggi mana dia mengangkat kepalanya. Dahi dan sisi wajahnya saja kelihatan.

" Syafia Sabrina. " Balasnya ringkas dan perlahan. Jelas getaran pada tangannya.

" Aku minta maaf. Sebab permusuhan kami, kau semua terlibat. " Jarang sekali Faqrul Zaffran memohon maaf pada orang yang baru dikenalinya. Pada TTM juga jarang, juga keluarganya. Eh tidak! Tidak pernah sekalipun dia memohon maaf dengan keluarganya. Seorang Faqrul Zaffran akan melakukan apa yang dikatakannya. Walaupun berat hati, namun itulah moto hidupnya. Dia tidak akan sesekali berpatah semula.

" Saya tak kiralah dia musuh encik ke apa, yang penting saya nak keluar dari sini. Tolonglah bawa saya keluar secepat mungkin. " Rayunya. Dia melekapkan kedua-dua belah telapak tangan lalu dibawa ke hadapan mukanya yang masih menunduk itu.

Dia hanya mahu keluar, itu saja. Rasa takutnya menguasai diri. Benda di sekelilingnya tidak penting. Nyawa, nyawanya lebih penting pada saat ini. Dia mahu keluar dari hospital ini secepat mungkin. Dengan perasaan traumanya, mungkin esok juga dia hantar surat berhenti kerja.

" Aku akan bawa kau keluar. Jangan risau, aku akan pastikan kau selamat. " Tekadnya. Dia kembali menarik tangan Syafia namun pantas saja Syafia menahannya. " Kenapa? "

" Jangan pegang tangan saya. Kita bukan muhrim, jadi haram untuk seseorang lelaki tanpa ikatan sah pegang tangan saya tanpa berlapik. " Katanya tegas. Sungguh tidak selesa dia apabila seorang lelaki memegang tangannya tanpa berlapik. Seumur hidupnya, hanya ayahnya saja pernah memegangnya. Adik beradik? Dia hanya mempunyai kakak dan seorang adik. Itupun perempuan. Ayahnya, Encik Suhaimi cukup tegas mengajar anak-anak perempuannya dalam bab agama Islam. Mereka dididik sepenuhnya. Lebih lagi tentang batas pergaulan. Encik Suhaimi cukup pantang jika anak-anak perempuannya bergaul bebas dengan lelaki tanpa ikatan sah.

Faqrul terkedu. Jarang—bukan, memang tidak pernah dia berjumpa dengan gadis seperti Syafia ini. Sejak dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan keluarganya , hari-harinya selepas itu dipenuhi dengan kekejaman, darah, seksa, arak, rokok, pelacur, dan selebih dengan itu.

Tuhan? Siapa Tuhan?

Sejak kecil dia tidak mempercayai 'Tuhan itu wujud'. Solat? Apa itu? Sedangkan solat dan Tuhan pun dia tidak tahu apatah lagi tentang Al-Quran, Hadith dan selebihnya. Hidupnya bebas. Setiap yang ingin dilakukannya, langsung tiada yang menghalang. Dia bebas melakukan apa-apa saja. Siapa yang berani menghalang, siap sedialah berjumpa 'malaikat maut'. Faqrul memang keras kepala. Bukan dia sahaja, TTM juga begitu. Walaupun Yusuff berasal dari keluarga yang boleh dikatakan 'kuat agama', namun dia lebih memilih untuk pergi demi nafsu ingin bebasnya. Cuma Aiden. Dia masih mengambil kisah tentang keluarganya.

The MafiaWhere stories live. Discover now