31 ; Mafia

1.9K 84 0
                                    

Allahuakbar Allahuakbar

Laungan azan yang berkumandang dari masjid yang berdekatan dengan bangunan syarikatnya didengari dan dinikmati. Matanya terpejam rapat sambil bersandar pada penyandar kerusi kerjanya. Tangan pula dibawa memeluk tubuh.

Ingatannya tiba-tiba teringatkan Karla Ross. Rindu pula dengan budak kecil itu. Tapi entah mengapa, dia terasa seperti dia terlalu obses untuk mendapatkan semula Karla. Niatnya pun seperti tidak tentu, mengambil semula Karla untuk dilindungi ataupun dia sudah dilamun cinta?

Aiden menggeleng lalu fokus pada kerjanya semula. Laungan azan yang masih sayup-sayup kedengaran cuba  dihapuskan dari pendengarannya. Tidak mungkin dia akan berpatah semula.

" Farhan dengan Firash dah bergerak jauh dari kita. Bila kita nak mulakan? Takkan sampai bila-bila kita di belakang? " Soal Khairul. Raut wajahnya sedikit tidak berpuas hati. Pemegang sofa dihentak menggunakan penumbuknya.

" Relax. Aku dah plan semua dengan sempurna. Kau jangan risau, kita bagi diaorang rasa hebat dulu. Lagipun, takkan setiap masa kita kena mendahului diaorang, kan? Kita bagilah diaorang chance berada di hadapan. " Kata Aiden tenang. Saja mahu biarkan sepupunya merasakan kumpulan mereka paling hebat berbanding TTM buat masa ini. Lagipun, kesianlah dekat diaorang. Pernah menang sekali je. Itu pun sebab kecuaian TTM sendiri. Atau kecuaian Aiden dan Zafriel saja.

Zafriel mengangguk perlahan. Khairul pula sudah mendengus kasar. Dia bukan apa. Keadaan Faqrul yang mulanya sudah sihat, kini bertambah sakit. Dia takut Farhan akan bertindak lebih jauh dan tidak waras. Mana tahu dia akan membunuh Faqrul pula? Kan?

" Ni pasal Karla. Dia okay ke dekat sana? " Soal Khairul pada Zafriel memandangkan Zafriel mengambil alih dalam kerja menjaga Karla dan sentiasa memastikan gadis itu selamat di dalam kawalannya.

" Entahlah. Budak aku dah kena tumpas dengan budak Farhan minggu lepas. Semalam baru aku hantar orang baru. Nampaknya, diaorang memang makin mengganas sekarang. " Balasnya. Tiba-tiba saja dia teringatkan pembunuh abangnya. Tiger. Lelaki itu jugalah yang memukul budaknya yang ditugaskan untuk menjaga Karla.

Khairul tidak membalas. Rasa dendamnya pada Farhan makin membuak. Kalaulah dia sepupu Farhan, sudah lama dia bakar dua beradik itu hidup-hidup. Lepas itu, campakkan ke dalam sungai. Senang.

Ruangan pejabat Aiden mula sunyi. Masing-masing membuat hal sendiri. Aiden menyiapkan kerjanya yang makin menimbun, Zafriel dalam game peperangannya dan Khairul masih mencari punca kelab malamnya makin rendah pendapatannya. Kalau dia tahu itu kerja Farhan, memang dia akan bakar hidup-hidup.

Faqrul masih ditahan di hospital yang sama. Punyalah dia merayu-rayu pada mereka kerana dia mahu pulang. Tapi nak buat macam mana? Takkan mereka nak bakar hospital tu pula? Nanti bila mereka sakit, mana nak pergi? Ke alam kubur?

Yusuff bersama orang kanannya masih mencari siapa dalang yang menyebarkan berita tentang kerja haram mereka pada polis. Apa yang mereka tahu, orang itu salah seorang dari anak buah Aiden. Dan yang arahkannya bukan Farhan. Jadi, dia mahu selidik tentang orang itu lebih mendalam dan mencari siapa 'tuan' yang mengarahkannya itu.

◇◇◇

" Kau kenapa? Tulang leher kau patah ke apa? Tertunduk-tunduk. " Tegur Faqrul. Syafia yang sedang menulis sesuatu pada satu fail hitam dipandangnya hairan. Kenapa dengan perempuan ini?

" Ha? Tak adalah. " Katanya dengan suara yang gugup. Matanya masih fokus pada fail hitam ditangannya. Dia berasa agak takut untuk mendekati Faqrul. Sudah berkali-kali dia minta untuk ditukarkan, namun pihak atasan masih mahu dia yang memantau Faqrul. Tak tahu ke dia trauma? Sudah beratus ribu kali dia menceritakan tentang kejadian hari itu, namun jawapan mereka tetap sama.

The MafiaWhere stories live. Discover now