38 ; Final

1.5K 82 1
                                    

"Please Danish, janganlah tinggal aku seorang dekat sini. " Pipi Danish ditepuk-tepuknya perlahan. Namun, langsung tiada tindak balas dari Danish. Dan itu membuatkan Karla susah hati.

Tadi, Danish baru saja dibelasah oleh empat orang lelaki berbadan besar. Dia ada melawan namun tidak lama selepas kepalanya dihentak batu bata dengan kuat dia tidak mampu lagi berlawan. Dan inilah pengakhirannya. Dia keseorangan walaupun hakikatnya dia ditemani Danish yang tidak sedarkan diri itu.

Karla memandang sekeliling, mencari jalan keluar. Dia perlu keluar dari sini dan menyelamatkan Danish. Namun, bilik itu kosong dan bertutup dengan ketat. Tingkap sudah ditutup dengan papan. Pintu pula jenis besi dan sudah pastinya berkunci dari luar.

"Dina... "

Panggilan itu mengalihkan perhatian Karla. Dia segera mendekati Danish lalu dipangku kepala itu di atas pehanya. Kain yang digunakan untuk menekup kepala Danish yang berdarah tadi diletakkan semula ke tempat yang sama.

"Auch! " Adu Danish disaat Karla menekan bahagian kepalanya yang luka.

"Kepala kau berdarah. Jadi, aku nak tekup bahagian tu supaya tak banyak darah yang keluar. Nanti kau kehilangan banyak darah, lagi susah. " Jelas Karla. Dia tahu sakit kerana dia tertekan kuat tadi.

"Kalau ya pun, janganlah sampai melengkung kepala aku. " Sindir Danish. Kain putih yang sudah diwarnai dengan warna darah itu diambil lalu dia sendiri yang menekup bahagian luka itu. Tubuh disandarkan pada dinding.

Karla mengambil tempat di sebelah Danish. Kakinya dibawa ke tubuh lalu dipeluk dan disembamkan mukanya di situ. Dia menangis. Dia takut. Macam mana kalau pengakhiran hidupnya di sini? Dia tidak sempat memohon maaf lagi pada kedua-dua ibubapanya. Apatah lagi Zafriel, Aiden dan tiga orang itu lagi.

"Kau menangis? " Soal Danish prihatin.

"Ya. Aku menangis. Aku takut, Nish. Aku takut kalau pengakhiran hidup kita di sini. Aku tak sempat meminta maaf pada ibu dan ayah. Abang Zafriel, Abang Aiden, Abang Khairul, Abang Yusuff dan Abang Faqrul. Ah! Aku banyak gila dosa pada mereka berlima. " Katanya penuh kekesalan.

Danish ketawa kecil. Agak terhibur melihat perangai kalut Karla itu.

"Tahupun banyak dosa. Yang kau fikif bukan-bukan tu kenapa? Cubalah berharap agar kita dapat keluar dari sini dengan selamat. " Kata Danish sambil menggeleng perlahan.

"Aku... Takut. Aku nak ibu... Aku nak ayah... Aku nak... Abang Riel. " Sayu saja suara Karla. Dia baru nak berbaik semula dengan Zafriel, dah dia pula ditangkap semula.

"Aku yakin mereka akan baik dan aku yakin mereka akan selamatkan kita. Kau sabar ya. " Katanya untuk meyakinkan Karla yang sudah menitiskan air mata. Mahu diusap, takut dikejar dengan parang oleh Encik Kamarul dan dikejar dengan pistol oleh Zafriel nanti. Tak termasuk Aiden lagi. Mahu segala senjata dibawa bersama.

"Kau okay? Sakit lagi? " Soal Karla prihatin. Setelah lama berdiam, akhirnya Karla bersuara. Danish memandangnya sekilas saja.

"Hm, bolehlah. Tapi tak seteruk tadi. Tak berdenyut sangat dah kepala aku ni. Just, pening. " Balasnya sambil meletakkan kain tadi ke atas peha.

"Hei! Letak semula! Nanti darah kau keluar. Lepastu kau akan kekurangan darah, kau pitam. Kau nak aku buat apa masa tu? Toreh tangan lepastu letak darah aku dalam mulut kau then kau telan? Macam tu? " Bebelnya panjang.

Danish menjeling Karla. Membebel mengalahkan mak nenek. Sudahlah cakap merapu. Daripada dia toreh tangan, baik bagi Danish gigit saja. Macam pontianak gitu.

"Bisinglah kau ni. Aku mengantuklah. Nak tidur dulu. Tata. " Katanya lantas berbaring di atas lantai simen itu. Sejuk pun sejuklah, dia penat dan mengantuk. Dia nak rehat.

The MafiaWhere stories live. Discover now