61 ; Tunang

1.6K 58 10
                                    

Hari ni saya update awal sikit, sebab takut malam nanti tak sempat. Double update okay?

◇◇◇

3 Tahun Kemudian

"Didididididina cecececececepat! Nananananananti lalalalalalambat! Babababababaju tatatatatatak sesesesesesempat aaaaaambil! "

Karla menggulingkan matanya ke atas. Selagi dia tidak siap, selagi itulah suara itu tidak henti berbunyi. Annoying betul!

Salah orang itu juga. Lama sangat membuang air besar, sampaikan dia nak mandi pun tak boleh. Ikutkan sangat adik dia nak makan ramen pedas.

"Didididididina! "

"Ish! Iyalah! Aku dah siap dah! " Beg tangan yang tersangkut di belakang pintu, diletakkan ke atas bahu. Dirinya dilihat di cermin untuk kali terakhir. Hm perfect!

Lantas, pintu bilik dibuka dan tubuh dibawa keluar daripada bilik itu.

"Oi! Nak dating eh? " Karla menoleh. Kak Hani. Di sampingnya pula ada si kecil Saif.

Sejak dari hari pertama mereka berjumpa, hubungan keluarga Karla dan Kak Hani semakin rapat. Dek kerana Saif terlalu manja dengan Karla, Kak Hani sering membawa si kecil itu datang ke rumah keluarga kecil itu. (Makin besar dengan kehadiran Danish dan Dania. )

Kak Hani ini merupakan bekas pelayan di kelab Khairul dahulu. Namun, apabila satu hari, dia disentuh dengan kasar tanpa kerelaannya sehingga membuatkan dia mengandung, dia mengambil keputusan untuk melarikan diri.

Sejak itu, dia hanya hidup di dalam ketakutan bersama dengan anak di dalam kandungannya. Cukup tempoh masanya, dia melahirkan seorang bayi lelaki di hospital di Terengganu.

Apabila dia tahu dia kembali diburu oleh anak buah Khairul, dia mengambil keputusan untuk meninggalkan bayinya di hadapan satu rumah. Rumah yang dari mula diperhatikannya dan dia terfikir mungkin keluarga itu boleh menjaga bayi kecilnya.

Rumah keluarga Karla.

Dia meninggalkan bayi itu di situ. Setelah itu, dia berjaya ditangkap semula oleh anak buah Khairul. Lelaki itu yang menyentuhnya itu juga berada di situ untuk berjumpa dengannya.

Sejak itu, dia kembali hidup seperti biasa. Dia tidak lagi terlibat dengan kelab itu lagi. Dia berada sepenuhnya di bawah tanggungan lelaki itu. Namun, tentang bayi lelakinya, dia rahsiakan.

Sehinggalah pada satu hari, dia mengikut lelaki itu kembali ke kelab malam tersebut untuk berjumpa kawan lamanya. Dan di situlah pertemuannya dengan Dania.

Apabila difikirkan semula, dia berasa kasihan dengan kanak-kanak perempuan itu. Di kurung di dalam satu bilik di kelab malam dengan usia yang sangat muda. Walaupun penjaga di situ tidak pernah lupa memberinya makanan.

Pada hari itu, Hani mengambil keputusan untuk lari. Dia membawa Dania bersama. Mereka melarikan diri bersama ke sebuah hotel yang pernah Hani menginap sewaktu dia sedang mengandung dulu.

Mereka tinggal di sana buat beberapa malam. Sebelum Hani membuat keputusan untuk berjumpa semula anak lelakinya.

Dan di situlah pertemuan pertama Hani dan keluarga Karla dan pertemuan pertama setelah berpisah dalam jangka masa yang lama bagi Danish dan Dania.

The MafiaWhere stories live. Discover now