34 ; Mama Saif

1.7K 78 0
                                    

Titt titt...

Kanak-kanak perempuan yang terbaring lemah di atas katil itu dipandangnya. Tangan si kecil digapai lalu dikucup lembut. Seiring dengan itu air matanya menitis keluar.

"Kalau tak disebabkan oleh sifat ketamakan papa, Felis takkan jadi macam ni. Papa minta maaf sayang. " Kepala Felis yang berbalut itu diusapnya lembut. Sekali lagi tangan si kecil dibawa ke bibirnya lalu dikucup lama.

Sudah masuk kali kesepuluh dia memohon ampun pada anaknya itu. Tidak pernah jemu dia menyampaikan ayat tersebut. Sungguh dia rasa bersalah setiap kali memandang anaknya itu.

Felis jadi begini disebabkannya. Dia yang mencari pasal dengan Aiden tetapi anaknya yang terkena tempias. Isterinya juga terkena sama. Namun dia... Langsung tidak mampu untuk menyelamatkan dua permatanya. Bagi Eric, dia tidak layak untuk memiliki permata seperti Qisya dan Felis. Dia tidak layak untuk menjaga mereka. Dengan sifat ketamakannya, keras kepalanya, langsung tidak memikirkan orang tersayang membuatkan dia merasa dia lelaki yang langsung tidak berguna.

"Patut ke papa tolong Aiden lepas apa yang dia dah buat pada kesayangan papa ni? " Dia masih ragu-ragu. Anaknya terlantar sebegini disebabkan Aiden. Tapi ini semua takkan terjadi jikalau dia tidak memulakan untuk berperang dengan Aiden dahulu. Argh! Dia buntu.

"Abang. " Eric mengesat air mata mengguna jari panjangnya. Dia tidak menoleh ke belakang, dia hanya merenung saja anaknya itu. Sudah tahu siapa di belakangnya.

Qisya memegang bahu suaminya lalu diusap lembut. Pipi yang bersih dari jerawat itu dikucup lembut. Sejujurnya, dia agak cemburu dengan suaminya. Lelaki tapi muka bersih, putih pula itu. Nak dibandingkan dengannya yang muka berjerawat dan berkulit hitam manis, huh nasib suami kacak dapatlah anak comel.

"Abang, dekat luar ada orang nak jumpa dengan abang. " Ujar Qisya. Dia cuba mengalihkan perhatian Eric namun tidak berjaya. Akhirnya, dia beritahu sajalah tujuannya masuk ke sini.

"Siapa? "

Qisya menjongket bahu. "Sya tak kenal. Abang pergilah tengok sendiri. "

"Sayang dah beli makanan? " Soal Eric sambil tercari-cari plastik makanan. Mana tahu isterinya sudah membelinya, namun tiada.

"Tak sempat. Tadi, tiba-tiba kawan abang tu tahan, terus Sya bawa dia naik tingkat ni. " Jelasnya. Baru mahu masuk kawasan kantin hospital itu, ada seorang lelaki menahannya. Kejung jugalah dia di situ apabila ditahan seseorang yang berjantina lelaki. Sudahlah berpakaian serba hitam dengan kaca mata hitam lagi. Dah macam ahli kongsi gelap saja.

"Baiklah kalau macam tu. Abang keluar sekejap. Sayang tengokkan Felis, nanti abang belikan makanan. " Qisya mengangguk akur lalu sofa untuk seorang yang diduduki oleh suaminya tadi dijadikan tempat labuhan punggungnya pula.

Eric keluar dari wad anaknya. Sambil menutup pintu wad itu, dia sempat memandang ke arah isterinya yang berbual kecil dengan anaknya itu. Dari sisi wajah wanita itu, kelihatan senyuman manis terukir. Walaupun manis namun masih terselit keperitan di situ.

Eric melangkah ke kerusi yang disediakan di situ. Seorang lelaki yang duduk sambil bersilang kaki itu didekatinya. Dalam hati, dia sudah berasa hairan. Kalau rakan niaganya, perlu ke datang ke sini? Kenapa tak jumpa di pejabat saja? Dan kalau bukan rakan niaganya, siapa?

"Ehem. " Lelaki yang sedang duduk tadi lekas berdiri di hadapan Eric. Tangannya disimpan di dalam poket seluar.

"Eric. Haih... Kau ni memang tak ingat asal usullah. Nama melayu punya sedap, pergi tukar jadi nama barat.  " Komen lelaki itu memulakan bicara. Eric sudah mengerutkan dahi. Datang tak dijemput, boleh pula dia tegur kita tak ingat asal usul kita?

The MafiaWhere stories live. Discover now