58 ; Location

1.3K 63 1
                                    

"Mana kak ngah? Tak sampai lagi ke? Langsung tak nampak batang hidung dia yang tenggelam tu. " Soal Faqrul lalu menyedut air jus tembikainya menggunakan straw.

"Hish, Zaff ni. Suka sangat kata kak ngah macam-macam. " Faqrul menayangkan muka selambanya apabila dimarahi oleh Syafia. "Sekejap lagi sampailah dia tu. " Skrin telefon pintarnya dilihat. Tiada satu mesej pun yang dikirimkan oleh kakak keduanya itu.

"Assalammualaikum. Sorry I lambat. " Tegur seseorang. Faqrul dan Syafia menoleh ke arah suara itu serentak. Kakak Syafia, Syafiqah.

"It's okay. Duduklah. "

"Tch, eloklah tu buat orang nak belanja dia makan tertunggu-tunggu. Entah apa perangainya. " Kata Faqrul perlahan namun masih dapat didengari oleh Syafia dan Syafiqah. Syafia sudah menjeling tajam manakala Syafiqah memasang riak wajah tidak berpuas hati. Mulutnya terkumat-kamit seperti mengatakan sesuatu.

"Yang kau bawa dia sekali kenapa, Sya? Semaklah jantan ni. " Marah Syafiqah, bengang betul dia dengan tunang Syafia itu. Sudahlah mahu berkahwin dengan adiknya, dirinya pula tidak dihormati.

"Eleh kau tu lagi menyemaklah! Kacau bakal married couple nak berdating. Tahulah jealous adik kau dapat tunang kacak. Yang kau pula, tak laku. Sedih! Hidup sendu! "

Syafia menepuk dahinya. Yang di sebelahnya pun tidak kurangnya. Dua-dua sama naik. Memang macam anjing dan kucing bila berjumpa. Bagaimanalah bila dia dan Faqrul sudah berkahwin nanti? Mesti malam raya takkan tenang dengan dua mulut itu asyik berperang. Ah dia sudah dapat membayangkannya.

"Eh kau ingat sikit. Yang kau nak kahwin tu, adik aku. Yang aku jaga, aku tatap, aku berikan kasih sayang sejak dia baby lagi. "

"Itu aje, kan? Bukan kau yang bagi dia makan, hantar dia ke sekolah sampai jadi doktor, lahirkan dia. Bukan, kan? "

"Ish, kau ni kan! "

"Sudah! " Marah Syafia sambil tangan menepuk meja sedikit kuat. Pelanggan yang duduk berdekatan dengan meja mereka sudah memandang. Lagi malulah Syafia dibuatnya.

Tanpa hiraukan orang sekeliling, dia kembali menoleh ke arah kedua-dua manusia yang disayanginya. Nasib sayang. Kalau tidak, dua-dua dia lempar ke dalam gaung.

"Kau berdua asyik gaduh aje! Bila nak berdamai? Tahu tak sekarang ni kita dekat kedai makan. Malulah kalau orang pandang. Umur bukan lima enam tahun. Masing-masing dah tua bangka. Seorang 31, seorang lagi 26. Malulah sikit ada budak-budak tengok. Diaorang pun pandang pelik aje bila makcik pakcik macam kauorang ni bergaduh dekat public. Ergh! " Syafia mendengus marah.

Faqrul dan Syafiqah terdiam.

Syafiqah terdiam kerana buat pertama kali dalam hidupnya, Syafia membebel panjang. Setahunya Syafia seorang yang pendiam dan tidak suka mengeluarkan suara emasnya. Sampaikan ketika mereka di zaman remaja, ada makcik-makcik di kejiranan mereka fikirkan Syafia seorang yang bisu.

Faqrul pula terdiam apabila dia digelar sebagai 'pakcik' oleh tunangnya. Paling tidak disangka, Syafia memanggilnya tua bangka. Eh nasib baik tunang. Kalau tidak, sudah ditembak berkali-kali biar hancur.

"Sudah, cepat pesan nak makan apa. Orang dah lapar ni. " Katanya dengan nada marah. Saja dia gunakan nada itu, mahu dua manusia itu tersentap.

Syafiqah berdehem sebelum melihat buku menu di hadapannya. Begitu juga dengan Faqrul. Dia mahu menyorokkan dirinya daripada Syafia namun dia terpaksa berkongsi buku menu dengan Syafia kerana di atas meja itu hanya ada dua saja buku menu. Terpaksalah dia yang berkongsi memandangkan dia duduk bersebelah dengan Syafia.

The MafiaWhere stories live. Discover now