55 ; Target

1K 55 1
                                    

Seorang lelaki dengan pakaian hitamnya menjadi tontonan Arfiq di skrin komputernya. Arfiq memerhati setiap gerak geri lelaki itu bermula dari dia menjejakkan kaki ke rumah Arfiq.

Dia menoleh pula ke kotak skrin yang lain. Rakaman tersebut menunjukkan situasi di bahagian belakang rumahnya. Seorang lelaki yang mirip musuhnya namun tubuhnya sedikit kecil masuk ke rumahnya bersama pengikutnya di belakang.

Dia tersenyum. Senyuman mengejek. Nampaknya beberapa pengawal sudah berjaya ditumpaskan. Dia sengaja meletakkan sedikit daripada anak buahnya untuk menjaga di bahagian tangga untuk naik ke atas.

"Kau takkan menang... " Gumamnya. Kepalanya ditongkat di atas meja menggunakan tangan kiri manakala jari tangan kanannya dipetik untuk memanggil salah seorang daripada anak buahnya.

"Ya, tuan? "

"Aku nak kau attack Burn. Tapi aku tak naklah terlalu ketara sangat. Kau faham maksud aku, kan? "

"Ya, tuan. "

"Bagus. Go. "

◇◇◇

"Aku dan yang lain nak periksa bahagian atas. Kauorang berkawal di bawah. Dan... Jaga Danish. Mati dia, menangis adik angkat kesayangan aku tu. Faham? " Arah Aiden. Mereka mengangguk faham sambil menjeling Danish. Menyampah melihat wajah tidak bersalah lelaki itu.

Tidak bersalah lah sangat.

"Jom. "

Mereka mula menaiki tangga itu satu persatu. Mata pula meliar memandang sekeliling bersama senjata di tangan.

"Oi! " Teguran kasar itu menyentakkan Aiden yang berada di hadapan. Dia segera menghalakan muncung senjatanya ke arah lelaki itu.

Bang!

Sekelip mata tubuh yang sedang berlari itu jatuh bergolek ke bawah. Mereka hanya biarkan lelaki itu jatuh tangga tanpa menahannya. Musuh kut, biar ajelah.

Mereka menyambung langkah mereka dengan lebih berhati-hati kerana telinga mereka dapat menangkap bunyi derapan kaki daripada tingkat atas.

Hm dekat atas ini ramai pula orangnya. Bawah tadi ada dua tiga orang aje.

Tiba saja di tingkat atas, bunyi tembakan mula memenuhi ruang itu. Berdas-das tembakan dilepaskan tak kira Aiden dan anak buahnya mahupun anak buah Arfiq. Semua saling mengacu muncung senjata ke arah musuh.

Aiden mengarahkan mereka untuk menyelesaikan masalah di situ sementara dia dan yang lain mencari Zafriel dan Kriesha. Mereka terpaksa berpecah memandangkan rumah itu luas dan besar. Walaupun hanya dua tingkat saja.

Aiden, Afiel dan Faqrul mula melangkah ke sebuah lorong yang mempunyai banyak pintu bilik sambil dijaga oleh anak buah mereka. Sambil-sambil itu ada juga mereka menolong, takut-takut anak buah mereka terlepas pandang.

Tiba di lorong itu, tiada lagi yang menyasarkan mereka. Mungkin tidak perasan mereka sudah hilang daripada situ.

Satu persatu pintu Afiel buka namun semuanya kosong. Sehinggalah di satu bilik...

Bang! Bang! Bang!

Tembakan yang tidak henti-henti dilancarkan. Afiel yang berada di hadapan tidak sempat mahu mengelak, terkena tembakan itu pada lengan kanannya. Dia mendesis sakit sambil menekup bahagian yang terkena tembakan tadi.

"Sh*t! " Carutnya. Dia sudah duduk dan bersandar pada dinding di samping Faqrul.

Aiden mengambil sehelai kain lalu diikat pada lengan Afiel. Dia mengetatkan ikatan itu sehingga membuatkan Afiel menjerit kecil. Bahu Aiden ditumbuk kuat.

The MafiaWhere stories live. Discover now