36 ; Meet

1.6K 76 0
                                    

Tali yang mengikat pergelangan tangannya dengan kuat dicuba untuk leraikan. Agak terbatas pergerakannya kerana ketika ini, dia sudah terikat di atas satu kerusi besi. Mulutnya pula diikat dengan sehelai kain. Suasana di situ sungguh sunyi dan menyeramkan. Gelap tanpa sebarang cahaya. Karla tahu, dia sedang berada di satu ruang yang besar dan tertutup. Cuma, dia tidak tahu bila dan bagaimana dia berada di situ.

Perkara terakhir yang diingatinya, dia sedang berada di biliknya bersama Saif. Manakala, Hani dan juga ibunya berada di dapur. Danish  dan ayahnya pergi ke surau, solat berjemaah di sana. Sedang leka bermain dengan Saif, lampu tiba-tiba terpadam. Terus sahaja dia mengangkat Saif ke dalam dukungannya. Suara jeritan Puan Halimah didengarinya. Namun disaat dia mahu menyahut, sehelai kain sudah ditekupkan pada mulutnya. Bauan pada kain itu membuatkan pegangannya pada Saif makin melonggar.

Dirinya terasa bagai mahu pitam. Saif sudah jatuh ke atas katil, begitu juga dengan dirinya. Ketika itu, dia hanya mampu mendengar suara jeritan Saif. Dia mahu mengambil bayi itu, namun tidak sampai beberapa minit dunianya kian menggelap. Dia tidak sedar apa yang berlaku.

Dan kini, dia berada di ruang itu sendirian. Mungkin sendirian, dia pun tidak nampak apa-apa. Gelap saja yang dia nampak.

Bunyi pintu dibuka membuatkan dia terus mengangkat wajahnya. Tiba-tiba dia terasa dia berada di...

...sebuah kilang lama.

"Are you awake? " Soal satu suara. Dari suara itu, dia dapat rasa yang berada di hadapannya itu adalah lelaki. Yang membuatkan bulu romanya meremang apabila dia sedar bahawa yang berada di hadapannya itu bukan saja seorang lelaki. Malah, begitu ramai lelaki berada di hadapannya. Ya Allah, lindungi aku.

Dia hiraukan soalan itu. Dia masih sibuk bergelut dengan tali di tangannya. Lelaki di hadapannya itu hanya tersenyum sinis sambil mengusap lembut kepala Karla.

"Jangan nak berusaha sangat. Abang-abang ni dah ikat sekuat-kuatnya tangan Karla tu. " Katanya lembut. Dia bercangkung di hadapan Karla sambil menatap mata yang sudah mengalirkan air mata itu. Buat apa nak kasar-kasar? Budakkan? Nak kasar-kasar kena dengan orang yang setanding dengan dirinya.

Kain yang diikat pada mulut Karla dibuka lembut. Sangat lembut ibarat Karla itu merupakan adiknya yang begitu disayangi dan tidak mahu menyakitinya walaupun dengan hanya menjentik. Malang sekali, Karla tiada apa-apa hubungan dengannya. Sayang? Jauh sekali. Benci? Tak adalah sangat. Cuma dia sayangkan atuknya. Tugas tetap tugas. Dan ia perlu dilaksanakan.

"Encik siapa? " Soalnya dengan suara yang serak.

"Abang? Nama abang Farhan. Kalau Karla nak tahu, abang ni sepupu Aiden. Orang yang pernah culik Karla dulu dan dia juga kawan kepada abang saudara Karla yang pembunuh tu. " Ujarnya. Kepala Karla yang tidak dilindungi dengan apa-apa masih diusapnya.

"Encik nak apa dari saya? " Soalan Karla membuatkan Farhan tersenyum lebar. Soalan yang bijak.

"Nak apa? Abang tak nak banyak pun dari Karla. Abang cuma nak nyawa Karla saja. Boleh? " Riak wajah Karla bertukar gusar. Nyawa? Orang ni... Nak bunuh dia ke?

Dia makin gementar melihat senyuman pada bibir Farhan itu. Di dalam hati, sudah berdoa agar ada sesiapa yang menyelamatkannya. Atau lebih tepat, dia berdoa agar Zafriel dan yang lain datang dengan segera untuk menyelamatkannya.

'Abang Riel... Cepatlah datang. Karla takut ni. Karla minta maaf sebab lari dan tak dengar cakap abang Riel. Tapi... Tolonglah datang...'

◇◇◇

"Ingat rancangan tadi. Jangan tersilap langkah. Kalau tersilap langkah, memang mati kita semua. Budak Farhan semuanya licik-licik. Kalau kauorang tak fokus, say bye-bye to the world and say hi-hi to neraka. Faham? " Semuanya mengangguk faham sebelum bersurai dan pergi ke tempat persembunyian mereka.

The MafiaWhere stories live. Discover now