7 ; Darren Lee

4.6K 254 0
                                    

" Tell me now, what is your plan actually? " soal Zafriel . Kunci keretanya dicampak ke atas meja kerja Aiden . Aiden mengerutkan dahinya .

" Kau dah kenapa ? Tiba - tiba datang jumpa aku tanya tentang ' rancangan ' pula . " soalnya hairan . Zafriel mendengus perlahan .

" Kenapa kau simpan Karla dekat rumah kau ? Kau tahukan dia anak maklong aku . Kau dah janji dengan aku yang kau takkan sesekali ikut sumpahan bodoh atuk kau tu kan ? "

Aiden sedikit terkejut dengan soalan Zafriel . Macam mana dia tahu ? Aduh , habislah aku . Dah kantoi lak !

Aiden berdehem perlahan . " Macam mana kau tahu ? " soalnya . Reaksi mukanya dikawal sebaik mungkin untuk tidak menampakkan yang dia terkejut . Acah cool .

" Mana aku tahu tu , tak penting . Yang pentingnya sekarang ni adalah kenapa kau simpan Karla dekat rumah kau ? Macam mana kau boleh dapat dia ? And , macam mana kau boleh kenal dia , bro ? "  soalnya bertubi - tubi .

Aiden menggulingkan matanya ke atas . Dia menolak kerusinya ke belakang sebelum bangkit dari situ . Zafriel mengeluh kasar . Orang tanya , boleh pula dia berjalan - jalan .

" Stop mengata aku dalam hati kau . " jeling Aiden . Tubuhnya dipunsingkan menghadap sebuah rak besar di dalam bilik itu , membelakangi  Zafriel . Zafriel dibelakangnya  'mengacah - acah' seperti mahu menumbuk Aiden .

Tunggu kau anak Jaafar . Sekali aku rembat rambut acah handsome kau tu , ha baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah .

◇◇◇

" Darren , bos minta kau pergi jemput dia dekat rumah dia sekarang . "

Darren mengerutkan dahi . Takda angin , takda ribut , tiba - tiba minta dijemput . Selama ni , bangkang 100 % kalau ajak naik kereta pekerja . Katanya , tak sama taraflah apalah . Padahal , dia juga yang belikan kereta - kereta tu .

" Hm yelah . " balasnya . Dia mengemas semula fail - fail kerjanya . Kunci kereta yang terletak di atas meja kerjanya dicapai lalu dimasukkan ke dalam poket seluar .

Dia berjalan ke arah lif . Buton untuk turun ditekan . Bila pintu lif terbuka lekas sahaja dia masuk ke dalamnya .

Dia mengerutkan dahi . Siapa pula ni ? Tak pernah nampak pun . Soalnya di dalam hati . Seorang lelaki yang berpakaian serba hitam berdiri di sebelahnya . Wajahnya tidak dapat dilihat kerana dilindungi oleh penutup mulut berwarna hitam berserta topi hitam juga .

Darren menghiraukannya saja . Buton LG ditekan . " Tingkat berapa ? " soalnya malas tanpa menoleh ke tepi . Lelaki tadi memandangnya lama tanpa menjawab . Darren mula hairan.  Dah kenapa ? Pandang aku macam nak makan je .

Darren memandangnya semula . Lelaki tadi masih memandangnya tanpa menjawab . Darren mahu bertanya sekali lagi namun dipotong laju oleh lelaki tadi . " LG . "

Darren mengangguk kekok . Suasana di dalam lif itu mula tegang . Apabila pintu lif terbuka , dia keluar dari dalam lif itu dengan laju .

Tempat keretanya diparking ditujunya . Sesekali pandangannya ditoleh ke belakang . Lelaki tadi mengikutnya dengan laju . Kereta dia parking dekat tempat yang sama dengan aku kot . Darren menggeleng perlahan .

Kunci kereta dikeluarkan dari dalam poket . Baru sahaja dia ingin menekan buton membuka kunci pintu keretanya , tiba - tiba kepalanya dihentak dengan sesuatu yang keras dengan kuat .

Lelaki tadi mengeluarkan telefonnya setelah memeriksa Darren yang telah terbaring kaku di atas lantai itu . " Haz , bring the car here . " arahnya .

The MafiaWhere stories live. Discover now