48 ; Geram

1.2K 64 0
                                    

"Layla! Layla! " Pekik Yusuff daripada bilik tidurnya. Tangannya ligat mengikat tali leher pada kolar baju kemejanya. Dia memandang ke arah cermin sambil membetulkan kedudukan tali lehernya.

Melihatkan tiada tanda-tanda kehadiran si isteri, Yusuff mula berkerut dahi. Tidak menunggu masa yang lama, dia terus keluar daripada biliknya. Kot berwarna hitam disarungkan ke tubuh sambil mengatur langkah ke lif rumahnya.

Setibanya di tingkat dua, dia terus mencari kelibat isterinya. Jarang sekali isterinya masuk ke dapur kerana dilarang olehnya. Pembantu rumah ramai. Tukang masak pun ada. Jadi, buat apa Layla perlu menyusahkan diri sendiri sedangkan sudah ada yang buatkan. Kerja dia sebagai pembantu peribadi Aiden sudah diberhentikan. Bukan Layla dipecat, Yusuff sendiri yang menghantar surat pemberhentian kerja.

Dia cuba mencari Layla di ruang tamu. Dan seperti yang dijangkanya, isterinya sedang duduk di sofa ruang ramu bersama...

...Encik Yasri, bapa kandung Yusuff.

"Kau buat apa dekat sini? " Soal Yusuff dengan kasar. Dia mengambil tempat di samping Layla, iaitu berhadapan dengan ibu tirinya, Puan Dariah. Manakala, ibu kandungnya berada di sebelah kiri bapanya, Puan Adlina.

"Saja nak jumpa anak teruna aku. "

"Tch... Anak kau? Bukan dulu kau ke yang buang aku? " Dia bersandar sambil berpeluk tubuh pada penyandar sofa. Kedudukannya sungguh tenang. Tidak seperti Layla, dia seperti mahu terkucil berhadapan dengan keluarga mertuanya buat kali pertama. Yusuff hanya menjelingnya sekilas.

"Look Yusuff, aku bukan sengaja buang kau. Aku cuma nak beri kau pengajaran. Aku nak kau berhenti dari dunia gelap kau tu. " Jelas Encik Yasri. Lengannya yang dipegang oleh kedua isterinya dileraikan.

"Bukan sengaja? Funny juga kau ni, kan Yasri? " Kata Yusuff. Layla pula sudah terkedu. Suaminya hanya memanggil bapa mertuanya dengan nama?

Encik Yasri menunduk kesal. Dia perlu turunkan egonya kalau mahu memujuk anaknya pulang. Walaupun dia tahu, ego anaknya sendiri lebih tinggi daripada egonya.

"Eh, baik kau baliklah. Bawa dua orang isteri kau ni jauh daripada aku sebelum diaorang yang jadi mangsa aku! Bukan setakat dua ni aje, anak-anak kau pun sama. " Ayat terakhir itu sengaja Yusuff berikan berserta dengan senyuman sinis.

"Yusuff! Sanggup Yusuff nak berpisah dengan mama dan umi? Yusuff sedar tak siapa ni? Kalau bukan umi yang lahirkan Yusuff, Yusuff takkan duduk dekat mana Yusuff duduk sekarang. " Kata Puan Dariah membela madunya.

"Then? Kenapa tak bunuh aje aku dulu? At least, aku akan terus ke syurga. Tak perlulah nak buat dosa dekat dunia ni dulu. Tak pasal-pasal ke neraka aku pergi. Lagipun, kehadiran aku dalam dunia gelap ni, bukannya pilihan aku. Kau yang buat aku macam ni. Takkan lupa kut? "

"Aku ingat, Yusuff. Tapi, takkan sampai bila-bila kau nak berdendam dengan aku? Aku bapa kau, Yusuff. Ke mana aje kau boleh bawa dendam kau tu? "

"Alang-alang aku dah nak ke sana, aku bawa ajelah sekali dendam aku pada BAPA aku sendiri ke sana. " Balasnya pedas.

Encik Yasri menggeleng perlahan. Susah nak pujuk anak lelaki tunggalnya itu. Hati keras betul! Entah bagaimanalah menantunya boleh tersangkut dengan lelaki berhati batu itu? Yusuff pun sama, macam manalah hatinya boleh menjadi lembut dengan isterinya itu?

"Baiklah kalau begitu kata kau. Aku pun buntu macam mana mahu pujuk kau lagi. Tapi satu aku nak pesan. Kalau kau dah terbuka hati nak terima aku semula, pulanglah. Pintu rumah aku sentiasa terbuka luas untuk kau sekeluarga. " Kata Encik Yasri lalu bangun daripada duduknya. Kedua isterinya hanya mengikut gerak geri suami mereka.

The MafiaWhere stories live. Discover now