50 ; Serius

1.1K 62 1
                                    

"Kauorang ni... Aku nak kata bodoh, tak sampai hati. Nak kata lembab, tak pasal-pasal aku makan peluru kejap lagi. Tak tahulah nak kata apa. " Afiel mengeluh sambil meraup wajahnya. Fail yang dibawa bersamanya tadi sudah dilemparkan ke atas meja di hadapannya.

Zafriel mengerutkan dahinya. Kedua kening sudah bercantum. Tanpa menunggu masa lama, fail yang dibawa Afiel tadi diambil dan dibelek isi di dalamnya.

"Jadi... " Afiel memandang Zafriel. "Selama ni Arfiq berada berdekatan dengan kitaorang aje? " Soalnya dengan nada tidak percaya.

Afiel mengangguk. "Tak percaya? " Komputar ribanya dihidupkan lalu lokasi tempat Arfiq ditunjukkan kepada Zafriel. "Bukti. " Dia berpeluk tubuh sambil memerhati gerak geri Zafriel yang serius memandang skrin komputer ribanya.

"Ergh! " Dengus Zafriel. Bengang dengan dirinya sendiri. Macam manalah dia boleh tidak terperasan? Atau... Memang dia lembab seperti apa yang dikatakan Afiel tadi?

Oh tidak! Dia cuma tidak perasan akan tempat itu. Bukannya dia bodoh sangat tidak reti untuk mencari keberadaan musuhnya sendiri. Itu cuma ralat sahaja.

"Okay, tapi kau jangan ingat kerja kau sampai sini saja. " Kata Zafriel selepas berjaya menenangkan hatinya.

"Okay aje? Tak nak cakap terima kasih ke, puji aku bijak ke. " Jari telunjuk disatukan dengan jari satu lagi. Zafriel mengeluh lalu menggeleng. "Hish kau ni! Aku fikir Khairul lah jantan paling ego dalam dunia ni. Rupanya ada yang lagi ego. " Rungutnya.

"Whatever. Ingat, kerja kau tak selesai sampai sini saja. Ada banyak lagi. Kau kiranya, sebagai pengganti Khairul lah sekarang. Okay? "

"What? No! Aku tak nak ada kaitan dengan Khairul. Kalau kau nak minta tolong aku, please jangan samakan aku dengan Khairul. I. Dont. Like. It. " Zafriel memasang muka tidak percaya. Hanya kerana dia kata Afiel adalah pengganti Khairul, jejaka itu sudah memerah mukanya, menahan marah.

"Yalah, yalah. Sudah, blah sekarang. Aku ada kerja. Kalau ada apa-apa, aku akan direct call kau aje terus. Jangan suka off phone pula. " Pesannya. Fail tadi dibawa ke meja kerjanya. Afiel mencebik. Ingatkan adalah upah ke apa. Akhir-akhir, kena halau.

Dia bangun daripada duduk lalu jaket hitamnya dibetulkan. Rambut yang sudah mencecah paras bahu diikat menggunakan getah rambut berwarna hitam yang berada di pergelangan tangannya. Sebelum berjalan keluar, sempat dia menyampaikan sesuatu kepada Zafriel.

"Abang aku dah sedar. Kau pergilah lawat dia. Mana tahu dia dapat cam kau. " Kata Afiel lalu keluar daripada bilik kerja itu.

Dia pasti, keempat-empat jejaka itu tidak tahu tentang berita itu. Masing-masing terlalu sibuk sehingga terlupa seseorang yang lebih memerlukan mereka untuk kembali ke dirinya yang dahulu.

◇◇◇

Bilik perbincangan di ruang bawah tanah di rumah Zafriel mula dipenuhi dengan lelaki-lelaki berbadan sasa dan berpakaian hitam. Mereka berkumpul di hadapan meja panjang dan di hujung meja tersebut terdapat satu papan putih yang sudah dipenuhi dengan beberapa kertas A4.

Pandangan tajam Zafriel mula menikam satu-satu wajah anak buahnya. Tangan diletakkan ke atas meja bagi menampung tubuh badannya yang membongkok ke bawah. Fikirannya masih bercelaru. Fikirannya seperti tidak menyetujui apa yang hendak dilakukannya tika ini. Hatinya turut sama.

Menyerbu tempat musuhnya tanpa bantuan yang lain? Itu merupakan kali pertama dia buat sebegitu dalam hidupnya. Selama ini mereka bergerak secara berkumpulan. Kumpulan yang besar. Namun, kali ini hanya kumpulan Zafriel saja.

The MafiaWhere stories live. Discover now