60 ; News

1.1K 61 4
                                    

Barisan kereta mewah berwarna hitam masuk ke dalam kawasan Kampung Haji Samad dipandang aneh oleh penduduk kampung itu.

Disebabkan jalan di kampung terlalu sempit, penduduk kampung yang berjalan di atas jalan terpaksa bergerak ke tepi, memberi laluan kepada kereta-kereta mewah itu.

Mereka memandang hairan cermin tingkap kereta itu walaupun gelap sehingga tidak dapat mengecam orang di dalam kereta tersebut.

"Siapa tu? Mewah betul kereta nampaknya."

"Entah. Masuk meminang anak dara kampung ni ke? Atau ada yang berhutang? "

Soalan mereka menjadi teka teki. Tiada siapa tahu tentang kehadiran kereta-kereta mewah itu. Dan tiada siapa tahu tujuan mereka datang ke kampung itu.

Kereta-kereta itu mengambil simpang sebelah kanan, untuk masuk ke kawasan hutan. Hutan yang tebal dan sedikit gelap kerana kawasan itu ditutupi dengan daun-daun pokok yang tumbuh dengan lebat.

Kereta-kereta tersebut berhenti di sebelah sebatang pokok tinggi. Arfiq dan hutan tak pernah berpisah. Dasar babi hutan. Gula-gula getah di dalam mulutnya ditiup sebelum dikunyah semula.

"So? "

"Let's end this shit. " Gula-gula getahnya diludahkan sebaik sahaja pintu kereta dibuka. Dia memberi isyarat kepada semua yang mengikutinya daripada belakang untuk bersiap sedia.

"Jadi, Haz. Lakukan seperti yang dirancang. " Pesannya buat sekali lagi dan untuk kali terakhir.

Dengan berat hati, Hazrul mengangguk lemah. Dia memandu kereta itu jauh daripada tempat itu. Telefon sedia ditangannya. Bersedia untuk menjalankan tugasnya yang terakhir.

◇◇◇

"Masuklah, Qis. " Pelawa Karla menjemput kawannya, Qistina, masuk ke dalam rumah tersebut.

Qistina, gadis bertudung merah itu masuk ke dalam rumah milik keluarga Karla sambil matanya meliar ke sekeliling.

"Ui, kau tengok apa tu? " Tegur Karla. Matanya ikut mencari apa yang dilihat Qistina.

"Tak, aku cari Danish. Mana dia? " Soal Qistina.

"Amboi, dah pandai eh usya anak teruna orang sekarang! " Pinggang Qistina dicuit.

"Eh mana ada. Cuma, aku tertanya. Yalah, selama ni kan di mana ada Danish, di situ ada Karla a.k.a Dina dia. Di mana ada Karla, di situ juga ada Danish. " Usik Qistina lalu memukul bahu Karla lembut. Senyuman nakal terbit di bibirnya.

"Memanglah kalau ada dia, mesti ada aku. Kalau dah dia tu setiap masa nak mengheret aku mana aje dia nak pergi. Nasib baik waras lagi tak diheret aku pergi tandas lelaki. "

Qistina tergelak dengan bebelan geram Karla. Muka gadis itu tidak usah dikata, nampak sangat riak geramnya.

"Danish keluar ke? " Beg diletakkan bersebelahan dengannya. Dia pula duduk bersimpuh berhadapan meja kopi di ruang tamu.

"Tak adanya nak keluar hari minggu ni. Dia tengah mandi tu. " Karla juga duduk bersimpuh di hadapan Qistina. Air sudah siap terhidang di atas meja kopi. Sewaktu Qistina menelefonnya yang gadis itu sudah keluar daripada rumah, pantas saja Karla membuat air.

"Amboi, ini lagi dahsyat! Sanggup mandi berkali-kali supaya sentiasa wangi di samping si buah hati. " Nakal Qistina mengusik.

The MafiaWhere stories live. Discover now