UAZ 1🍃

2.2K 121 13
                                    

               "Azielah, Azielah!" makcik piah terpekik-pekik memanggil azielah.

Kehidupan aku tak seindah orang lain. Setiap pagi santapan aku hanya caci maki sahaja. Kalau bukan makcik aku, sepupu aku nadia. Perangai mereka lebih kurang sama saja. Orang kata bapa borak anak rintik tapi bagi aku pula mak borak anak rintik. Pakngah pula, tidak seperti mereka. Dia layan aku macam anak sendiri. Aku rasa lega sebab pakngah sangat sayangkan aku.
          "mana budak bodoh ni! aku suruh bangun tak bangun-bangun. Tunggu kau aku kerjakan." Makcik piah lantas ke bilik azielah sambil memegang gayung untuk dilemparkan ke mukanya.

matahari sudah naik atas kepala batang hidung tak nampak langsung. Kalau dah kahwin esok lusa tak tahu macam mana nak hidup. Hari-hari bertekak dengan anak saudara yang susah untuk diatur. 

"azielah! Bukak pintu ni. kalau tak aku pukul kau guna gayung. Azielah bukak sekarang!" Ton suara makcik piah berubah tinggi.

Kesabaran makcik piah semakin tipis. Mata melilau mencari kunci spare untuk bilik azielah. Almari berdekatan pintu utama dituju. Laci meja ditarik dan kunci diambil.
Pintu bilik dibuka dan melihat keadaan azielah yang sedang tidur menaikkan kemarahannya.

Gayung yang dipegang dilemparkan ke arah muka azielah. Azielah bangun dalam keadaan mamai dan memegang kepala yang terkena gayung tadi. Sakit.

"Aduh! Makngah kenapa ni sakitlah..." azielah mengadu kesakitan.

"kau cakap apa? Sakit. aku suruh kau bangun. tekak aku ni dah penat panggil kau macam orang gila. Eh! Kau dengar sini, dekat dapur banyak kain tak cuci lagi. Lepastu, pinggan mangkuk bertimbun dekat sinki. Sarapan aku pun kau tak buat lagi. Kerja kau apa? Melantak tidur sampai pagi " bebel makcik piah sambil jari menunjal  kepala azielah.

Kali kedua, kepala azielah ditunjal kuat sehingga mahu terjatuh dari katil. Muka bengis ditayang, tiada langsung wajah belas kasihan terhadap gadis itu.
 
" Selama kau tinggal dengan aku. Hidup kau tak akan aman. Sebab  kau tu bawa malang dekat aku. kau sebagai hamba dalam rumah ni kau kena ikut cakap aku, apa yang aku suruh. Faham!!" 

"F-Faham makngah."

Air mata azielah mahu saja terkeluar tetapi dia terpaksa menahan. Azielah terlajak tidur kerana semalam dia buat perkara yang sama iaitu cuci kain, kemas rumah, sidai kain, masak. 

"Azielah mana kau ni. Tak keluar bilik lagi. Nak aku baling lagi gayung dekat muka kau!" makcik piah menjerit dari dapur.

"baik makngah zielah datang" lalu azielah berdiri menuju ke dapur.



Tok!

Tok!

Tok!


Seorang lelaki berbadan tegap mengetuk pintu sambil membawa seorang mangsa untuk diseksa. Kesalahan yang dilakukan  perkara yang sama iaitu tidak melunaskan hutang. Sesiapa yang meminjam perlu memulangkan dengan kadar segera. tarikh pembayaran juga sudah  diberitahu. Sekiranya melanggar syarat-syarat tersebut nyawa akan melayang.

"masuk." Kata ungku aqiel zafran. Dia sedang duduk di sofa empuk sambil menyelak kertas sehelai demi sehelai.

"Bos. Saya ada bawakan bos mangsa yang tak nak bayar bunga kita bos" kata bob. bodyguard yang setia kepada ungku aqiel zafran.

mangsa tersebut ditutupi dengan karung guni agar tidak diketahui dia dibawa berjumpa dengan bosnya.

Kerja zafran tergendala seketika apabila bob menyatakan hal tersebut kepadanya lalu dia bingkas berdiri menuju ke arah mangsa yang dibawa oleh bob dan membuka karung guni itu. Jelaslah terpapar wajah pakcik tua yang pengsan.

"kesian aku tengok kau orang tua. tak sedar diri, nak pinjam duit. Kalau diri tu  memang miskin, buruk, kenapa nak pinjam. Kesian anak bini kau dapat laki pun jahanam. Dasar pemalas. Pinjam pun jahanamlah!" Zafran lantas menampar pipi pakcik tua dengan kuat sehingga pakcik tua tersebut  mengerang kesakitan akibat kesan tamparan yang agak kuat.

"zafran maafkan pakcik, pakcik tak dapat bayar bunga hari ini sebab pakcik belum cukup duit nak" pakcik tersebut menangis sambil meminta simpati terhadap zafran malah zafran hanya buat tidak tahu sahaja.

"eh! Orang tua nak mampus siapa suruh jugak kau nak pinjam dengan aku, aku kan dah cakap sebelum ni, boleh pinjam tetapi kembalikan dengan tarikh yang aku suruh. Aku dah bagi kau banyak masa untuk kau lunaskan hutang kau dekat aku! Tapi kau buat apa kau berfoya-foya dekat club malam. Wow, hebat kau kan. Dasar dah tua pun tak sedar diri. Dah ada anak bini still juga nak mengatal."

"kali ni aku takkan lepaskan kau lagi. sebab  aku dah bagi banyak peluang dan masa  kau untuk pulangkan semula duit tu dekat aku" zafran menampar pipi pakcik tua tersebut sambil tersenyum sinis.

"zafran tolonglah kali ini saja. kau bagi pakcik peluang, kali ni pakcik akan cari jalan supaya dapat bayar balik hutang-hutang kau. " rayu pakcik itu sambil menangis teresak-esak.

Zafran hanya memekakkan telinga lalu keluar dari bilik tersebut. Dia berhenti didepan pintu.

"Bob bawa orang tua tu ke bilik penyeksaan sekarang. Aku tak nak dengar apa-apa, biarkan orang tua tu menangis. Pasal mayat dia kau hantar dekat depan rumah bini dia. Biar dorang nampak apa kesalahan dia buat tanpa pengetahuan bini dan anak dia. " zafran terus melangkahkan kakinya keluar daripada bilik tersebut.

"ikut aku orang tua" kata bob kepada orang tua itu.

"aku tak nak.Zafran. tolong aku zafran bagi aku peluang!" orang tua itu menjerit meminta tolong malah bayangan zafran sudah tiada.

Hai guys kembali lagi dengan author😂. Apa yang author nak cakap ialah cerita ini dah lama author unpublish. Author fikir2 balik author publish je lah nk teruskan sebab cerita ke 1 author je kan author asyik update. So, author nk update cerita ni lah jgk😂. Apa pendapat korang tentang cerita ni? Oky tak? Kalau oky jangan lupa vote dan comment tau.
Stay tune... Dan jangan lupa duduk dirumah diam" supaya tak kena covid oky☺️

UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE] Where stories live. Discover now