1 ; Old Bungalow

15.2K 484 20
                                    

" Aku cabar kau untuk masuk ke dalam rumah banglo lama yang ada dekat hujung jalan tu . Aku nak kau duduk dekat situ selama lima jam . Kalau kau gagal , gelaran penolong ketua pengawas ini akan aku ambil . " Katanya berserta senyuman sinis dibibir . Karla memandangnya tidak berpuas hati . Tapi , demi jawatan penolong ketua pengawas itu , dia sanggup untuk menyahut cabaran itu .

" Okay . Tapi , kalau aku menang , aku nak kau undur diri dari bertanding . Amacam ? Setuju ? " Tangannya dihulurkan ke hadapan . Lambat - laun Mimi menyambutnya . Tapi dia pasti yang dia akan mendapat jawatan itu . Kerana dia tahu . Setiap yang masuk ke dalam banglo lama itu , pasti mereka tidak akan muncul di muka bumi ini lagi .

Rumah banglo milik arwah Dato' Rashid . Dia seorang yang sangat garang dan tegas . Semua orang gerun akannya . Penyebab rumah itu jadi ' hantu ' ? Orang kampung kata , dulu Dato' Rashid ' membela ' . Lebih menakutkan lagi , benda itu tidak ber ' tuan ' lagi . Ia akan ambil sesiapa sahaja yang masuk ke dalam rumah itu untuk dijadikan ' tuan ' . Kalau mereka tidak mahu , benda itu akan membunuhnya . Dan , semua yang masuk ke dalam rumah itu telah terbunuh .

Karla langsung tidak tahu tentang sejarah rumah itu kerana dia baru sahaja berpindah di situ . Ditanya pada kawannya tentang rumah itu , semua tidak mahu menceritakan padanya . Hanya berpesan , " Kau jangan masuk rumah tu . Bahaya . "

Karla Ross seorang yang pantang dicabar . Dia tidak kira , demi jawatan itu dia sanggup pergi . Tanpa pengetahuan sesiapa pun .

Dan , akhirnya Karla sudah berdiri menghadap banglo lama itu . Rumahnya bersih . Tiada semak - samun . Kebun bunga juga kelihatan masih segar . Tidak layu . Dia menolak pagar itu perlahan - lahan . Nasib sahaja rumah ini berjauhan dengan rumah yang lain . Kalau tidak , pasti orang berdekatan akan mereport kepada ibu bapanya .

Dia mula memasuki kawasan perumahan itu . Pagar tadi ditutup semula . Dia berjalan ke pintu utama sambil matanya tidak lepas untuk melihat kebun bunga di sebelah kanannya . It ' s so beautiful .

Tiba di hadapan pintu utama itu , dia terhenti seketika . Tiba - tiba perasaan ragu - ragu menerjah ke lubuk hatinya . Ramai orang kata rumah ini berbahaya . Ada hantulah , pembunuhlah . Macam - macam .

" Kalau aku masuk lepastu tak boleh keluar balik macam mana ? Sudahlah aku seorang saja . Haish ! " Keluhnya dengan kasar . Dia menggarukan kepalanya yang berlapik dengan tudung itu . " Balik jelah ! "

Dia berpusing ke belakang untuk balik . Tapi langkahnya terhenti apabila dia teringat pertaruhan dia dengan Mimi tadi . " Kalau kau gagal , gelaran penolong ketua pengawas ini akan aku ambil . "

" No ! Aku tak boleh kalah dengan Mimi si kucing tu ! " Katanya dengan kuat . Dia kembali ke pintu utama tadi . Dia memegang tombol pintu itu lama sebelum memulasnya . Dia menarik nafas lalu dihembuskan dengan perlahan . Dia masuk ke dalam rumah itu . Pintu tadi ditutup tapi tidak dikunci . Takut terkunci betul - betul , langsung tak boleh keluar .

" Assalammualaikum ! Anybody home ? " Tiada siapa yang menyahutnya . Karla sedikit lega kerana tiada sesiapa di sini selain dia . So , takkan ada sesiapa yang akan mereport . Kalau ayah dia tahu dia datang ke sini , mati dia akan dikerjakan oleh ayahnya .

" Lawa juga rumah ni . Besar pula tu . Tapi hairan . Kata rumah tinggal , tapi nampak bersih je . Macam ... " Dia mendekati sofa di ruang tamu itu . Dia menepuk - nepuk sofa itu .

The MafiaWhere stories live. Discover now