Malam langsung tak turun bawah untuk makan malam bersama. Bila daddynya tanya, langsung tiada suara yang menjawab. Hanya terdengar esakan saja, itu pun bila lelaki tua itu mendekatkan telinganya pada muka pintu.

Tadi, bila diberitahu tentang keadaan Kamilia Hazel sekarang, tak tunggu lama, terus ditekan pedal minyak kereta, meluncur ke rumah Dato Kusyairi. Nasib baik dia sudah ada lesen memandu.

Risaulah bila kawan baiknya itu tiba-tiba buat hal tak mahu makan. Sebab apa pun dia masih tak tahu. Patutlah mesejnya langsung tak berbalas, panggilannya pula langsung tak diangkat.

"Abang Raziq... dia anggap aku sebagai adik aje. Kenapa cinta aku ditolak macam tu aje? Apa kurangnya aku, Syifa? Aku hodoh ke, aku tak cantik?" Bibirnya tercebik-cebik menandakan dia memang sedang sedih.

"Hazel... kau jangan macam ni boleh tak? Tindakan Raziq tu sangat betul. Dia tu masih waras dan dia tahu kau tu isteri orang. Kalau aku jadi Raziq, aku pun akan buat benda yang sama," balas Syifa.

Kalau ikutkan hatinya, memang dia dah tunjuk ibu jari pada Kamilia Hazel. Padan muka! Orang dah bagi nasihat bukannya nak dengar pun. Disebabkan Kamilia Hazel ni kawan baiknya dan sudah dianggap seperti kakaknya, terus dia batalkan niat nak buat begitu. Kejam la pula.

"Aku sayangkan dia." Hanya itu yang dia boleh cakap.

"Dah dah. Jom duduk kat katil. Cerita kat aku, everything." Lengan Kamilia Hazel ditarik bersama melangkah ke arah katil.

Selepas saja masing-masing sudah melabuhkan punggung, Kamilia Hazel memulakan cerita.

"Lepas ambik result hari tu, kan aku pergi jumpa dia. Aku pun ambiklah kesempatan luah perasaan pada dia. I was expecting something positive yang akan keluar dari mulut dia, tapi lain yang aku harapkan, lain yang aku dapat. Dia kata dia anggap aku tak lebih dari seorang adik. Dia sayang aku sebagai seorang adik. Dia reject aku macam tu aje, Syifa. Aku ingatkan dia ada perasaan yang sama pada aku," cerita Kamilia Hazel masih tak percaya dengan apa yang sudah berlaku.

"Kau tak boleh nak letak harapan tinggi macam tu pada dia, Hazel. Dia tu belum hilang akal lagi nak jatuh cinta pada isteri orang." Syifa genggam erat tangan sahabatnya.

Tunggu masa aje nak basuh otak perempuan tu.

"Tapi, takkan sebelum ni dia tak pernah suka aku? Takkan sikit pun perasaan sayang tak ada dalam hati dia untuk aku?"

"Dia sayangkan kau, Hazel. Tapi macam dia cakap, sayang seorang abang pada adiknya. Kau pulak, tak bolehlah nak harapkan yang Raziq tu akan balas balik cinta kau. Raziq lelaki yang baik, Hazel. I'm sure, lelaki macam dia takkan rampas kepunyaan orang. Sebab dia sayangkan kaulah, dia buat macam ni. Dia fikirkan tentang mak dan ayah kau juga, turut perasaan Harraz. Apa pulak Harraz fikir nanti bila Harraz dah balik sini and then dapat tahu yang Raziq dengan kau bersama. Terluka hati dia. Aku tahu, kau benci sangat dengan si Harraz tu, tapi please lah Hazel. Fikirkan perasaan suami kau. Just for once." Syifa beri nasihat lagi.

Sebelum ni pun memang dah berbuih mulutnya bercakap namun si bebal Kamilia Hazel langsung tak mahu endah.

Memang dah tak boleh pulih dah hati si Kamilia Hazel ni. Terlampau obseskan abang Raziqnya sehingga tak pandang suami sendiri.

"Boleh tak jangan paksa aku." Air matanya diseka perlahan.

"Aku tak paksa. Cumanya, aku tak nampak di mana silapnya Harraz. Dia dah cuba jadi yang terbaik untuk kau. Sampai sanggup berlawan dengan Raziq sebab nak tunjuk dekat kau yang dia boleh jadi macam Raziq. Malah, lebih dari apa yang Raziq mampu buat. Raziq pandai memasak, actually Harraz pun memang pandai masak. Raziq pandai jaga hati kau, Harraz pun tengah cuba jaga hati kau. Apa lagi? Ikut arahan kau, Raziq ada ke kau suruh ikut arahan bagai? Tak adakan? Kau buat semua tu dekat Harraz aje tapi see, Harraz langsung tak pernah kecewakan kau. Dia tunaikan segala apa yang kau mintak, kan Hazel? Kalau aku jadi kaulah... aku takkan lepaskan Harraz. Dia dah cukup baik. Lebih baik dari Raziq. Suami yang memahami, penyayang, caring dan tak pernah mengeluh. Itu tanda dia sangat sayangkan kau. Percayalah cakap aku, Hazel. Dia cintakan kau." Syifa masih mahu pujuk Kamilia Hazel.

Cinta Yang Kau Benci✔️Onde as histórias ganham vida. Descobre agora