"Prof. Apa rancangan kita lepas ni?"

Tanya Amirul sambil menyalakan kesemua lilin yang ada bagi memberi cahaya pada mereka semua. Prof Arhan hanya diam mengusap janggut nipisnya. Dia masih memikirkan tentang sesuatu.

"Awina?"

Panggil Prof Arhan sambil menoleh ke arah gadis yang berdiri di depan pintu besi itu.

"Ya?"

"Kau datang dari arah bertentangan tadi. Kau dari mana?"

Awina terdiam. Jantungnya berdegup laju. Berdebar dengan soalan itu. Namun wajahnya cuba dibiarkan selamba, tidak mahu menunjukkan perasaan itu pada Prof Arhan yang nyata sedang mengesyaki sesuatu.

"Dari bilik kawalan keselamatan luar."

Jawab Awina sebaik sahaja dia berjaya menenangkan dirinya. Prof Arhan mengangguk perlahan.

"Jadi kau mesti ada nampak mereka melarikan diri, bukan?"

Awina berdiri kaku. Tidak tahu jawapan mana yang selamat buat dirinya. Haziq memandang tajam ke arah kembarnya yang mendiamkan diri. Dia yakin kakaknya terlibat dalam proses supaya musuh mereka berjaya melarikan diri.

"Ya. Tapi masa itu keselamatan prof dan yang lain adalah keutamaan saya."

Prof Arhan bangun dari tempat duduknya. Wajahnya masih tenang. Perlahan kakinya melangkah ke arah Awina yang masih cuba mengekalkan segala keberanian dalam dirinya. Prof Arhan tersenyum ke arah Awina. Melihat senyuman itu, Awina sedikit lega. Namun perasaan itu padam berganti cemas sebaik sahaja tangan kanan Prof Arhan mencengkam batang leher Awina sehingga badan gadis itu tertolak ke belakang, tersandar kasar ke dinding batu.

Adrenalin Haziq turut mendadak naik. Bingkas dia bangun apabila melihat situasi tegang itu. Tidak mahu kakak kembarnya dicederakan namun apa yang telah gadis itu lakukan boleh mengundang bahaya buat mereka berdua. Acapkali dipesan supaya keselamatan mereka diutamakan, namun acapkali juga Awina meletakkan nyawa mereka dihujung tanduk.

Tangan Amirul menahan dada Haziq yang berombak kencang. Menghalang remaja itu ikut campur urusan mereka berdua.

"Saya buat untuk melindungi ki-kita semua."

Payah Awina menyebut bait-bait mempertahankan diri.

"Melindungi? Melindungi atau kau sebenarnya punca kita diserang?"

Makin kuat cengkaman Prof Arhan pada leher halus itu. Jika ditambahkan lagi tenaganya, pasti patah tulang leher Awina dengan mudah seperti mematahkan pencungkil gigi saja.

"Tak. T-tak. Mereka memang dah tahu lokasi kita. S-saya terdengar mereka bercakap pasal serangan ni. Tapi tak sempat nak bagitahu Prof."

Nafas Awina makin pendek. Lemas dicekik. Kedua tangannya cuba merungkai cengkaman Prof Arhan. Mendengarkan kata-kata Awina, cengkaman kuat itu dilepaskan. Lantas jatuh terduduk gadis itu sambil memegang lehernya yang merah.

"Lagi satu kesilapan kau, Wina. Jangan mimpi aku nak lepaskan kau lagi."

Tidak mempedulikan kesakitan Awina, Prof Arhan terus melangkah pergi. Meninggalkan tempat tersebut.

Pantas Haziq berlari mendapatkan kakak kembarnya, manakala Amirul mengikuti langkah Prof Arhan yang pergi meninggalkan tempat tersebut.

***

Azra menarik semula tangannya sebaik sahaja mereka berjaya keluar dari pintu makmal tersebut.

"Cuba kau cerita dengan aku."

Hafiz tidak mempedulikan Azra lantas menoleh melihat sekumpulan tentera pasukan khas menyusup masuk cuba memberkas seramai yang boleh.

Kakinya laju menjauhi tempat tersebut.

"Hafiz!"

Bengang tidak dipedulikan, Azra merentap kasar lengan Hafiz sehingga dia berpaling ke arah Azra. Menghentikan langkah mereka berdua.

"You barely know her. How could u trust her?"

Marah Azra.

"I didn't okay. Aku tak boleh nak explain kat kau. Tapi just ... just don't ask me. Jom pergi sebelum abang kau tahu yang kau dah hilang. Aku yakin Iqbal dan Arman boleh handle misi ni. Awina dah bagi aku jaminan tu."

Berkerut dahi Azra.

"And you believe her?"

"Yes! I do! Now, lets go. You need to prepare yourself on healing Hana."

Meskipun tidak berpuas hati, Azra mengikutkan saja tarikan tangan Hafiz. Kali ini dia harus meletakkan kepercayaan pada Hafiz walaupun dia tidak berapa pasti dengan apa yang Hafiz telah rancang.

***

"Kapten, kita lagi jumpa seorang disini."

Lapor salah seorang anggota pasukan khas itu pada Kapten Rashid.

"Bagus, tahan dia. Ada sesiapa jumpa Iqbal, Hana dan Arman?"

Tanyanya lagi cuba mencari remaja bertiga itu. Pintu besi yang berada dihadapannya dibuka luas dengan bantuan peralatan yang ada. Memunculkan tiga remaja yang sememangnya mereka cari.

"Kapten. Hana! Kita perlu segera bawa Hana pulang."

Cemas Iqbal sebaik sahaja mata mereka menangkap susuk Kapten Rashid. Melihatkan Hana yang tidak sedarkan diri, Kapten Rashid mengarahkan 4 orang anak buahnya untuk mengiringi Arman dan Iqbal keluar dengan selamat.

"Helikopter diluar, pergi. Aku akan selesaikan hal disini."

Ucap Kapten Rashid sebaik sahaja dia mendapat kepastian tentang helikopter yang diminta. Arman dan Iqbal mengangguk lalu terus mengikuti langkah tentera-tentera tadi.

"Asyraf?"

Gema suara Kapten Rashid memecahkan sunyi dalam bilik itu. Pantas dia menekan mikrofon yang ada bagi membalas panggilan Kapten Rashid.

"Yes Rashid?"

"Prepare the medical team immediately. I couldn't find Hana's pulse."

Asyraf menelan air liurnya kelat.

***

NOXIOUSWhere stories live. Discover now