CHAPTER 158 : HAFEZ VERSUS SUN

630 80 5
                                    


KRAANG..!!!

KA-BOOMM!!!

KEDEGUUUMMM!!!

Peperangan kecil berlaku di sebuah pulau yang besar,para kesatria memekik lantang menyerang balas kemaraan askar kegelapan. Recca merendahkan badan umpama musang sebenar,lalu ekor dia kesembilan semuanya bersinar.

Sekelip mata beberapa askar kegelapan yang menunggang kuda,terbelah bersama kudanya sekali dan Felicia memegang erat pedangnya. Tetapi bukan sebilah sahaja Felicia pegang,kedua-dua pedang digunakan dan sekelip mata juga puluhan askar terbelah.

Keith menarik pedangnya yang berbilah pendek,tidak seperti pedang biasa dan askar kegelapan meluru ke arahnya. Keith matanya bersinar dan sekelip mata,semua askar kegelapan terus hancur begitu sahaja.

ZRASSH!!

Milja menarik kedua-dua bilah pedang,Noir menyusul dari tepi menghapuskan musuh yang mara. Mereka berdua merupakan rakan kerjasama yang sempurna,libasan demi libasan menghapuskan musuh.

ZRASSHH!!

Jamel merempuh segerombolan askar kegelapan yang ada,Jane pula hanya menyokong dari belakang. Salah satu askar ingin menyerang hendap dari belakang,namun helmet dicengkam dan dihempas ke tanah oleh Jamel berulang-kali.

Tembakan bertalu-talu berlaku dan menumbangkan puluhan askar musuh,Jamel memandang ke arah dari mana si penembak kemudian sebaik dapat tahu siapa. Jamel tersengih girang kerana Nabill,berdiri dengan senapang laser.

Azlee juga bersamanya disusuli Zeo,Luna dan Zaren kemudian Noh pula muncul menghancurkan lima askar kegelapan. Niezam bersama Hisyam menembak bertalu-talu,mengukir lubang pada badan puluhan askar kegelapan.

"Hey guys.. Lambat la korang..." ujar Jamel.

"Maaf pilot lambat datang..." kata Azlee dan semua menjeling ke arah Nabill.

"Aku lambat bangun tidur.. Jangan la marah..." balas Nabill menyedari dirinya ditenung lama-lama,Jamel tersengih dan memandang ke arah tentera musuh.

"Baiklah guys... Patutkah kita?" soal Jamel membetulkan sarung tangannya,bersama yang lain di belakangnya.

Hafez dan Sun bertembung,pedang Sun berlaga dengan kerambit milik Hafez. Pertarungan berlaku dengan sengit,tangan kiri Hafez bersinar sebelum melakukan libasan. Sun tercampak dan menyeret ke belakang,dia menghela nafas pendek memandang ke arah Hafez.

"That hand. Is something that doesn't belong to you... No?" soal Sun.

"It's not your concern" Hafez pula membalas.

"Yeah you right..."

"Good..."

Mereka bertembung dengan pantas,rekahan berlaku di bawah kaki mereka berpijak. Kerambit dan pedang berlaga hebat,membuatkan beberapa kesatria tergamam.

Sun memegang erat pedangnya lalu menghayunkan dengan deras,Hafez terkejut dan menahan kemas. Tetapi serangan itu menyebabkan Hafez terpelanting,lalu berguling selepas menghempas ke tanah. Hafez menahan sakit lalu bangkit menyeret,kemudian berhenti dan nafasnya dihelakan pendek.

Pakaian dia kibas dan kemaskan,Sun segera ke arahnya Hafez pula menumpukan kuasa dalamannya. Saat Sun hampir ke arah dia,Hafez terlebih dahulu merapatkan jarak pada Sun.

Gerakan Hafez begitu pantas,sehingga Sun tidak sempat mengerdipkan mata. Kerambitnya dilibas dan tubuh Sun mengalami kecederaan berbentuk hirisan X,Hafez pula dengan segera mengambil gerakan seterusnya untuk menyerang lagi sekali.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now