CHAPTER 79 : LEFT HAND OF GOD

817 91 25
                                    


Kapal pesawat yang membawa Ikhwan dan yang lain,meluncur laju merempuh awan putih. Suasana di dalam kapal begitu tenang,Keith sudah terlena begitu juga dengan Felicia.

Recca pula bermain kad terup dengan Milja,Noir dan Aria. Intan ketika tekun memerhatikan skrin smartphone,entah laman apa yang dibelek olehnya.

Ikhwan pula menongkat pipi bahagian kanan,dengan tangan kanan dan dia yang membaca berita dari tablet visual. Dia meletakkan semula tablet tersebut,nafas keluhan dihelakan dan menoleh ke luar tingkap. Alisa pula mengait sesuatu,dia mengait sambil menyanyikan irama muzik.

"Lagu tu,bonda ajar?" soal Ikhwan dan Alisa berhenti dari terus mengait.

"Ya... Ia kata lagu kegemaran awak.." jelas Alisa.

"Yeah.. Betul..." ujar Ikhwan dan smartphone dia bergetar.

Ikhwan membaca apa yang dihantar kepadanya,kemudian dia tersenyum sendirian. Alisa kehairanan melihat gelagat suaminya,Ikhwan sedar dirinya diperhatikan oleh isterinya.

"Ada seseorang penting dalam hidup abang akan pulang..." ujar Ikhwan.

"Siapa?" soal Alisa.

"Boleh dikatakan adik angkat,sebab dibela oleh keluarga kami semasa saya mula menyertai akademi..." jelas Ikhwan.

"Dia dah nak balik?" soal Alisa sebaik tahu siapa.

Ikhwan hanya mengangguk sahaja,dia memandang ke luar tingkap. Awan gelap kelihatan dari jauh,serta kilat putih sabung menyabung. Sesuatu berada di dalam awan hitam penuh dengan kilat,Recca terkejut dan telinganya bergerak-gerak. Felicia dan Keith tersedar dari tidur,Noir meluru ke tingkap bersama Milja dan Aria.

Awan gelap itu kelibat masih bergerak,kilat putih yang mengelilingi awan hitam itu berubah corak. Lalu memanah tembakan kilat ke arah kapal mereka,Ikhwan terkejut dan mendecih.

"Sixth?!"

KZZT..!!!!

Mujurlah sistem perisai prism cukup kuat untuk menerima serangan kilat tersebut,Ikhwan menghela nafas pendek kemudian sedar ahli skuad Ghost memandangnya.

"Hati-hati kamu semua..." ujar Ikhwan pendek.

Awan gelap yang hitam diselubungi kilat itu membentuk sesuatu,Ikhwan hanya memerhatikan sahaja dan menjadi bentuk susuk tubuh. Akhirnya membentuk seorang manusia,berkulit hitam gelap dan hanya putih mata sahaja.

"Apa?"

Sebaik sahaja membentuk tubuh manusia,dengan pantas makhluk itu menembak pancaran kilat ke arah kapal pesawat mereka. Skuad Ghost tergamam dan Ikhwan pula,hanya menekap tapak tangan pada cermin tingkap.

ZWOOSHH!!

Tembakan pancaran laser kilat itu melanggar pesawat tersebut,namun terima kasih dengan tindakan Ikhwan.

"Dark Spirit berelemen kilat huh?"

Pesawat itu tidak mengalami kerosakan apa-apa,pada masa yang sama Ikhwan menyedari kehadiran seseorang. Ikhwan kemudian tersengih seketika,manakala skuad Ghost mula melangkah untuk keluar. Namun Ikhwan terlebih dahulu menghalang mereka berlima,Alisa hanya sekadar mendiamkan diri.

"Recca,Felicia,Keith,Milja,Aria dan Noir.. Kamu tidak perlu keluar untuk berhadapan dengan Spirit tu.." jelas Ikhwan menoleh ke arah ahli skuad Ghost.

"Kenapa?" soal Noir.

"Kamu tunggu dan lihat sahaja nanti..." jelas Ikhwan tersenyum.

Pada masa yang sama di atas kapal pesawat Ikhwan berada,seseorang berambut hitam dan anak mata berwarna emas cair sedang berdiri sambil tersengih. Makhluk spirit itu menyedari kehadiran pemuda tersebut,tangan kirinya bersinar dengan garisan corak berwarna putih.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now