CHAPTER 114 : THIS IS MY LITTLE SISTER

760 80 12
                                    


Merlin berdiri di atas puncak gunung berapi,dia membaca kata-kata mantera magis dan Luiz hanya berdiri memerhatikan sahaja. Suasana bergegar dan Luiz hanya memerhatikan sahaja,dia menyedari dan menarik Merlin pergi.

ZRASSH!!

Libasan pedang berjaya dielak,dan Luiz terapung di udara. Ikhwan mendarat di atas puncak gunung berapi,Luiz mendecih kerana hampir sahaja rancangannya berjaya tetapi diganggu.

"Aku ganggu kau ke? Maaflah.. Aku sengaja." ujar Ikhwan memegang pedangnya.

"Iskandar's Successor.." ujar Merlin mendecih.

"Bagaimana kau tahu?" soal Luiz.

"Aku jenis yang berjaga-jaga.. The Forsaken Beast ditidurkan dalam sini ya?" soal Ikhwan dan Merlin terkejut,Luiz hanya merenung dingin ke arah Ikhwan.

"Tak payah nak tenung sangat..kalau kau nak lawan,mari.." Ikhwan mengumpan dan Luiz hanya dengan muka dinginnya.

"Bukan hari ini Iskandar's Successor.." kata Luiz hilang bersama Merlin,Ikhwan pula sekadar meletakkan bilah pedang atas bahunya.

Ikhwan tidak berkata apa-apa,kemudian dia memandang ke arah dalam kawah gunung berapi. Dia jelas merasai kuasa yang amat kuat,datang dari kawah gunung berapi tersebut.

"Bukan hari ni huh?"

Ikhwan melompat ke belakang dan terapung di udara,dia menarik nafas panjang kemudian muncul sepuluh bilah pedang. Sepuluh pedang itu dipacakkan pada sekeliling kawasan kawah,kemudian tidak lama terhasil magis kurungan.

"This should hold that thing for a while.." ujar Ikhwan dan terus lenyap dari pandangan.

Luiz Morgan muncul di satu tempat,sebuah istana lama dan dua orang pemuda sedang berbicara menyedari kehadiran mereka. Lijart dan Gerbertus memerhatikan Luiz melangkah masuk,Merlin hanya berhenti membiarkan Luiz masuk sendirian.

"Sesuatu berlaku?" soal Lijart.

"Boleh dikatakan macam tu.." kata Merlin memeluk tubuhnya.

"Apa yang berlaku?" soal Gerbertus.

"Masa kami cuba revive The Forsaken Beast.. Kami diganggu.." kata Merlin.

"Diganggu?" soal Lijart kehairanan dan Merlin mengangguk.

"Tiada siapa berani mengganggu tuan Luiz..mustahil.." Gerbertus tidak percaya.

"Aku akui yang Merlin antara terkuat dalam dunia... Tetapi 500 tahun yang lalu.. Sekarang ada yang amat kuat.. Dia mampu menghancurkan pulau jika dia mahu." jelas Merlin.

"Siapa dia Merlin?" soal Lijart tersengih dan Merlin menoleh ke arahnya,Merlin tidak menjawab dan hanya memaparkan satu skrin yang menunjukkan muka Ikhwan.

"Nama dia adalah Ikhwan Syah Al'Solleh,dia adalah pewaris kuasa Iskandar.." kata Merlin memberikan penerangan.

"Successor The Power of the King..." jelas Lijart sahaja.

"Heh.. Muka tak nampak macam kuat.." satu suara menegur,mereka bertiga menoleh dan kelihatan seseorang sedang berdiri tersengih.

Merlin,Gerbertus dan Lijart memandang ke arah Rollant. Seorang pahlawan yang menjual diri kepada kegelapan,Rollant The Nightfall berdiri tersengih.

"Aku sendiri akan habiskan dia.." jelas Rollant bercakap besar.

"Jangan hilang akal Rollant,dia bukan sembarangan lawan.." jelas Merlin.

"Kau takut bukan,sebab itu tidak berani berdepan.. Serahkan sahaja pada aku.." jelas Rollant dan beredar.

Mereka memerhatikan rakan mereka pergi kemudian menoleh ke arah Merlin,Lijart hanya menghela nafas pendek dan Gerbertus pula hanya menggelengkan kepalanya. Luiz mendengar perbualan mereka,tetapi dia hanya membiarkan sahaja Rollant bertindak sendiri.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now