CHAPTER 32 : ITS ALREADY DONE?

952 96 2
                                    


Alif memegang erat tongkatnya dengan muka bersiap sedia,Qatariz pula tersenyum dan Mirana siap sedia dengan cakarnya. Minerva sekadar mendiamkan diri,Basil mengetap gigi dan penumbuknya dikepal.

"Siapa kau? Berani menganggu urusan kami?" soal Basil.

"Itu adalah kata-kata aku tak guna,relic tu tak akan jatuh pada tangan orang seperti korang..." balas Qatariz panjang lebar.

"Kenapa kamu inginkan relic tersebut?" soal Minerva.

"Itu bukan masalah kau perempuan!" jerkah Basil geram.

"Oi..oi..itu bukan cara kau bercakap dengan wanita secantik akak ni..." kata Alif tersengih dan Minerva sedikit terkejut dengan kata-kata Alif.

Qatariz hanya tersenyum sinis,manakala Mirana pula menoleh ke arah Alif. Basil mula berang dan mengangkat tangan ke atas,penumbuk dikepal seperti memberi isyarat pada sesuatu. Sebaik penumbuk dibuka beberapa buah pesawat pejuang berada di ruang udara perkampungan tersebut.

"Ah.. Come on!" kata Alif.

"Serahkan relic tu,JIKA KORANG NAK HIDUP!!" Basil memberi isyarat pada pesawat pejuang menyerang mereka.

Pesawat yang jumlahnya hampir berpuluh,menyerang pada Alif dan yang lain dengan tembakan bertalu-talu. Alif dan Qatariz serta yang lain,melompat dan segera bersembunyi di sebalik dinding batu besar.

"Uih! Biar betul diorang ni?!" Alif merungut dan Minerva tergamam.

"Kampung ni akan hancur!!" kata Minerva ingin keluar dari tempat persembunyian.

"Hey miss! Bahaya!" Alif menarik tangan Minerva.

"Lepaskan saya,tugas saya adlah melindungi perkampungan ini!!.." ujar Minerva cuba menarik tangannya.

"This is suicide!!" Alif pula membidas.

"Qatariz?" soal Mirana menoleh ke arah Qatariz.

"Hey kid.." Qatariz memanggil Alif.

"Apa?" balas Alif menoleh ke arahnya.

"Ada cadangan?" soal Qatariz.

"Saya akan hancurkan pesawat itu semua,master Qatariz boleh uruskan yang ada di bawah?" Alif memberi cadangan.

"Okay boleh tak ada masalah...Mirana kau jaga miss Minerva.." Qatariz pula memberi arahan pada Mirana.

Mirana tersenyum sambil membuat tabik hormat,Alif pula mengintai sambil melihat pesawat di udara dan askar pihak musuh menembak tanpa henti. Alif segera memanjat ke atas dinding,Qatariz pula hanya memerhatikan sahaja.

"OREAAHH!!"

Alif memanjangkan tongkatnya sambil dibesarkan,dipanjangkan tongkat hingga ke udara sehingga menembusi awan putih. Basil terkejut apabila menyedari tindakan Alif,Minerva turut kagum dan Alif mengetap gigi lantas menghayunkan tongkat ke bawah.

KRASSHH!!

Salah satu kapal pesawat pejuang,terbelah menjadi dua dan meletup membuatkan kapal yang lain berhenti dari terus menembak. Alif menarik dan menjadikan tongkat kembali normal,dia kemudian besarkan tongkat sebesar tiang lampu lalu melibas pada kapal pesawat yang berhampiran dengan dia.

KRASSH!!

BOOMM!!

Kapal pesawat pejuang hancur,Alif mula menumpukan kuasanya. Dia melompat mengelak tembakan dari pesawat pejuang,dia mendarat di atas salah satu pesawat serentak melubangkan badan pesawat tersebut.

"Happy Landing!"

Pesawat itu meletup dengan bunyi yang begitu kuat,sebaik jatuh terhempas di kawasan hutan jauh dari perkampungan itu. Minerva hanya mendiamkan diri dan terkejut,dia seakan melihat bayangan seseorang pada Alif.

"Azahar?" kata Minerva spontan dan Mirana menoleh ke arahnya.

Qatariz berlari ke arah skuad musuh,Basil menjerit memberi arahan untuk menembak. Qatariz bergerak mengelak ke kiri dan ke kanan,mengelak setiap peluru yang dilepaskan melalui tembakan.

"Oi! Oi! Seriously? Where you guys aim?!" soal Qatariz melakukan provok.

"TEMBAK DIA SAMPAI DAPAT!!" Basil mula hilang pertimbangan,dia mula marah dan Qatariz sudah memegang kepala salah satu anggota skuad.

Qatariz dalam keadaan terbalik di udara,sambil tangan mencengkam muka salah satu anggota skuad. Qatariz mematahkan leher askar tersebut,dia mendarat dan askar itu terkulai layu. Rakan askar yang lain tersentak,mereka terkejut melihat keadaan itu.

"BLOODY CLAW!"

ZRAASSH!!

Para askar menjerit kesakitan,api merah darah menyambar mereka umpama potongan cakar. Salah seorang askar musuh mengacukan senapang,Qatariz sedar dan mengelak tembakan dengan melompat ke atas lalu mendarat di belakang askar tersebut.

"Wanna shoot me from behind?"

ZRASSH!!

"ARGH..!!" Askar itu mengerang kesakitan,Basil menarik pedangnya dan meluru ke arah Qatariz secara senyap.

Qatariz yang sedang menumpaskan seorang demi seorang askar musuh,sedar sesuatu dari belakang dan terus mengelak serangan Basil. Pedang hitam dihunus dan dilibas,Basil menangkis kemudian dia terseret ke belakang.

"Not bad kid,not bad..." Qatariz berkata sambil memusingkan pedangnya.

"Damn it!" Basil terus meluru ke arahnya,di samping itu para askar yang belum cedera menembak ke arah Qatariz.

"Nak jatuhkan aku?" soal Qatariz mengangkat pedang tegak tinggi ke udara,Basil yang meluru ke arahnya kehairanan sebelum sedar apa tindakannya.

"Crap!" Basil segera membrek mengejut dan cuba berpatah balik,Qatariz tersengih dan menghayunkan pedang ke bawah.

ZRAASSHH!!

KRAANNG!!

Libasan daripada Qatariz itu membuatkan tanah hancur menegak,Basil sempat mengelak biarpun hanya sipi sahaja dan peluh mengalir. Qatariz menarik pedangnya ke kanan,Basil terkejut dan Qatariz tersenyum licik.

"Ada lagi!"

Qatariz terus bergerak dan hilang umpama angin bertiup,Basil terkejut dan menoleh kiri serta kanan mencari Qatariz. Tidak lama kemudian satu persatu askar rebah tanpa bunyi,Basil tergamam dan melihat satu persatu anak buahnya rebah sehingga kelibat Qatariz kelihatan sambil menyimpan pedangnya ke dalam sarung pedang.

"Tak.. Tak mungkin! Huh?" Basil tersentak sekali lagi,apabila bilah pedang diletakkan pada lehernya.

Qatariz sekelip mata berada di belakangnya,sambil pedangnya diletakkan pada leher Basil. Minerva turut sama terkejut,melihat kepantasan oleh Qatariz. Alif pula mendarat di hadapan Basil,dia terkejut kerana para askar itu semua sudah ditumpaskan semuanya.

"Selesai dah?"






CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now