SPECIAL CHAPTER : CHRONICLES KAISER X THE CURSED GUARDIAN 01

926 88 14
                                    


Dunia Mithgar

Ikhwan berdiri memandang ke arah Green City,kota di mana terletaknya istana utama dan juga merupakan kota utama juga. Dia memejamkan mata dan merasai ratusan gem,tetapi bukan di dunia Mithgar.

Gem,merupakan permata yang berbahaya jika jatuh ke tangan orang salah. Gem itu asalnya ketika zaman pengasas,zaman Iskandar merupakan sebuah gunung kristal tetapi kerana perbuatan pihak tidak bertanggungjawab meletupkan gunung tersebut.

Letupan itu membuatkan dimensi bergegar lalu serpihan gem itu,berselerak di seluruh dimensi dan sekarang Ikhwan merasakan gem yang ada di seluruh dimensi mula memberi reaksi negatif. Jika dibiarkan kemungkinan memusnahkan dunia di mana gem itu berada.

"Yo,apa cerita?" soal Z.

"Aku baru dapat jumpa dua gem.." jelas Ikhwan.

"Kau perlukan bantuan?" soal Z lagi.

"Isteri aku ada.. Kau ada apa-apa maklumat?" soal Ikhwan.

"Buat masa ni,Luiz hanya berhenti di sebuah pulau tidak berpenghuni.. Rasanya okay kot.." jelas Z.

"Kau uruskannya bila dia nak mulakan rancangan dia.." ujar Ikhwan.

"Aye! Aye! King!" usik Z menjawab arahan Ikhwan.

Z lenyap dari pandangan matanya,Alisa pula tiba di situ. Menyedari kehadiran Z sebelum menghilangkan diri,Alisa hanya menunggu mereka habis berbual. Sebaik Z telah pergi,Alisa menghampiri suaminya.

"Abang?" soal Alisa.

"Ouh.. Alisa,kenapa tak join sekali tadi?" soal Ikhwan menyedari kehadiran isterinya tadi.

"Tak nak ganggu sebenarnya... Jadi kita nak pergi ke tak?" soal Alisa tersenyum.

"Sudah tentu..." ujar Ikhwan.

Satu bulatan magis terhasil kemudian menjadi sebuah portal,terbuka umpama pintu berbentuk bulatan sebesar manusia. Luqman dan Aminudden muncul tidak lama,Ikhwan menoleh ke arah mereka.

"Aik? Korang nak ikut ke?" soal Ikhwan.

"Nah,kami cuma nak tengok je.." jelas Luqman.

"Hati-hati uncle! Bawa balik souvenir!" Aminudden berkata selamba dan Luqman menjeling ke arahnya.

"Heh,jaga negara ni sementara uncle tiada.." kata Ikhwan dan bersama Alisa memasuki bulatan portal itu,kemudian bulatan portal itu terus lenyap.

"Kau rasa semua akan berjalan lancar?" soal Aminudden.

"Kalau kau mungkin ada masalah,tapi jika uncle aku tak risau..." kata Luqman selamba.

"Oi... Oi.. Kau nak cari nahas ke?" soal Aminudden tersengih geram.

"Apa? Kau nak marah ke?" soal Luqman pula.

Mereka berbalas renungan dan ingin memulakan pertarungan,tetapi sesuatu tercampak dan berputar lalu terjatuh di tengah-tengah mereka berdua. Senjata jenis tukul dan mereka berdua mengenalinya,Luqman dan Aminudden menoleh ke arah lain. Reezal berdiri sambil mengurut jari-jemarinya,dua beradik tersentak.

"Kamu berdua nak bergaduh ke? Boleh ayah join?" soal Reezal tersenyum dengan aura menakutkan.

"Tidak tuan,maafkan kami tuan.." ujar mereka berdua serentak.

Kota Bandar Aster

Suasana meriah di bandar itu diperhatikan oleh seorang pemuda,berusia sekitar 21 tahun kemudian dia mengeluh. Dia berdiri di atas sebuah menara,rakannya di belakang dia hanya duduk menyandar sambil menguap.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now