CHAPTER 73 : SUDDENLY CHANGED

797 84 9
                                    


Semua yang menyaksikan pertarungan itu,tergamam kecuali Ikhwan dan Alif memeriksa setiap tubuhnya. Dia agak terkejut dengan kuasa yang mengalir seluruh tubuh badannya,rambutnya yang berwarna keemasan diusap.

"Ini ke kuasa dipanggil Hyper Instinct?" soal Alif.

"Kau nak berdiri sampai bila?" soal Aminudden sudah bergerak ke belakang Alif.

Alif pula tersentak dan Aminudden pula melibas kakinya,Alif segera menahan dengan kemas. Mereka berdua berbalas pandangan,kemudian Aminudden berundur semula menjauhkan dirinya.

"Nice refleks... Boleh tahan..." ujar Rachel.

"Ya benar kata kamu Rachel.. Tapi.." Rafaela mulai risau.

"Kuasa Alif masih belum stabil,dia kena kuasainya..." ujar Ikhwan dan Rachel terkejut.

"T-tapi bukan ke dia berjaya bangkitkan kuasa Golden Light tu?" soal Rachel.

Ikhwan tidak berkata apa-apa,Alif pada masa itu menarik nafas panjang. Dia helakan secara teratur,Aminudden hanya tersengih dan anak mata berwarna birunya semakin bersinar. Alif dan Aminudden berbalas senyuman,mereka meluru ke arah antara satu sama lain.

Tinju mereka berlaga dengan pantas,Intan dan Aila agak kagum melihat keadaan tersebut. Recca tersenyum menyaksikan perlawanan itu,Felicia pula lena di riba Intan. Milja dan Noir pula menyaksikan dengan tekun,Aria pula duduk bersebelahan dengan Keith.

"Nampaknya budak pakai tongkat boleh tahan kuasa dia.." ujar Aria.

"Masih belum cukup lagi..." Keith mencelah.

TASSH!

TUSSH!!

Alif menangkis kemudian menyerang balas,cara penggunaan tongkat silih berganti dengan tinjunya. Aminudden melompat berpusing dan sebelum Alif sedar,mukanya dihinggap penumbuk sulung.

DUSSH..!!

"Ergh...!!" Alif menahan sakit.

Aminudden tersenyum sinis sebelum mukanya turut terasa ditumbuk,selain Ikhwan dan Alisa terkejut dengan keadaan itu. Rafaela hanya menggenggam penumbuk,Rachel menyentuh bahu kakaknya.

"Bertenang kak,cuma latihan perlawanan sahaja..." ujar Rachel dan Rafaela hanya tersenyum sahaja.

Aminudden menekup pipinya dan bisa terasa,dia pandang semula ke arah Alif yang sedang mengesat darah. Aminudden menoleh ke arah Ikhwan,sedar akan tindakan Aminudden dengan spontan Ikhwan tersenyum mengejek.

Letusan hebat berlaku di sekeliling Aminudden,Alif terkejut campur kehairanan kenapa pula Aminudden marah. Api merah berubah warna,Ikhwan sekadar tersengih sahaja. Alif menarik nafas kemudian dihelakan,dia lakukan berulang-kali.

Aminudden menyalakan api birunya,marak dan begitu panas namun pada masa yang sama juga terasa sejuk. Alif melemparkan tongkatnya ke tepi,Aminudden kehairanan dan tersenyum sinis.

"Kau pasti ke?" soal Aminudden dan Alif tidak berkata apa-apa,kemudian segera dia membuka posisi kekuda.

"Shall we begin?" soal Alif pula dengan muka tanpa berperasaan.

Aminudden menarik nafas panjang,dia helakan secara lembut dan sekelip mata lenyap dari pandangan mata kasar. Alif pula tanpa menunjukkan tanda,turut lenyap dari pandangan mata kasar.

Rafaela terkejut begitu juga Rachel namun mata mereka mampu menangkap pergerakan sesuatu yang pantas,manakala Aria dan Keith kepalanya bergerak ke semua arah. Malah bukan mereka berdua sahaja,Felicia dan Recca kemudian Noir serta Milja.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now