CHAPTER 43 : AUNTIE,NEPHEW AND NEW THREAT

963 83 1
                                    


Alif berdiri sambil menongkat tangan pada batang besi yang menghadang balkoni,dia mendongak ke arah langit dan mengingati semula reaksi Aurora.

Alif menekup kepala dan tertanya-tanya kenapa Aurora seperti obses pada wanita berambut warna biru itu?

Pemuda itu menghentak batang rod besi dan mengeluh,sakit kerana memukul batang besi itu. Alif kibas beberapa kali tapak tangannya,kemudian mendecih sambil menghela nafas pendek.

"Something bothering you?" soal satu suara dan Alif menoleh.

"Auntie..." Alif hanya menghela nafas pendek,menyedari ibu saudaranya datang menghampirinya.

"Kenapa ni?" soal Rachel.

"Perempuan berambut biru tadi,siapa?" soal Alif dan Rachel terkejut kemudian tersenyum.

"Meteora Bluefeather,dia adalah penguasa angin... Level dia di bawah penguasa angin yang agung,Farhan Al'Tuzeman... Alif kenal kan nama tu?" soal Rachel.

"Ya,dia adalah sepupu Ikhwan Syah Al'Solleh..." jawab Alif mengangguk.

"Betul...! Pandai anak buah auntie!" kata Rachel mencuit hidung Alif.

"Cut it out auntie,I'm not child anymore..." balas Alif tersenyum.

"Tapi auntie,kenapa penguasa angin handalan boleh pihak pada Skull Wing?" soal Alif lagi.

"Auntie tak dapat nak korek,sebab dia jenis menyendiri...dingin dan ouh! Aurora yang banyak temankan dia masa tu..." jelas Rachel dan Alif terkejut mendengarnya.

"Jadi auntie nak katakan.. Si Meteora dan Aurora... Rapat la?" soal Alif dan Rachel tersenyum campur terkejut.

"Hampir la,sebab waktu itu Aurora bukan dirinya yang sekarang..." jawab Rachel.

"Bukan dirinya yang betul... Apa maksud auntie?" soal Alif ingin tahu memandang tepat ke arah Rachel.

"Alif rasanya dah nampak bukan semasa di perkampungan pusaka,penjaga dia auntie percaya Alif sudah bertemu dengannya.." kata Rachel menuding ke arah kawasan dada Alif.

"Auntie?" Alif kehairanan sambil mengangkat kening sebelah kiri.

"Time Gem,auntie percaya kini berada di tangan Alif bukan?" Alif terkejut mendengar kata-kata ibu saudaranya,lalu dia memeriksa bajunya dan terkejut.

Alif terkejut apabila dia memakai kalung rantai,di mana ada permata berwarna hijau muda. Alif segera menanggalkan dan memerhatikan permata itu,kemudian tanpa mereka sedar dengan segera memaparkan kejadian silam. Alif terkejut apa yang dia saksikan,imbasan ketika dia pertama kali bertemu dengan Aurora. Selepas itu pula dia bertemu dengan Agnez dan Angelo yang sedang berkonflik,Alif tersengih kerana masa itu dia dipaksa untuk membantu.

"Mana mamat tu pergi ya? Sampai sekarang tak ada muncul... Hairan.." kata Alif dalam kemusykilan.

"Seperti yang dijangka,ia adalah relic yang mempunyai kelebihan menunjukkan masa silam..." jelas Rachel.

"Bagaimana dengan masa depan?" soal Alif dan Rachel hanya mengusap kepalanya.

"Ia di luar jangkaan kita sayang..." kata Rachel tersenyum kelat.

Alif hanya menggengam permata itu dan imbasan yang terpapar,lenyap dari pandangan mata mereka. Alif menyimpan ke dalam saku bajunya,Alif tidak menjawab apa-apa dan hanya memegang tangan Rachel yang sedang mengusapnya.

"Auntie..." Alif memanggil Rachel dan ibu saudaranya kehairanan.

"C-can't I hug you again?" soal Alif sambil memandang ke arah lain,mukanya sedikit merah dan menggaru pipi kirinya.

"Eh?" Rachel terkejut sambil tersengih kehairanan.

"I miss my mom... But for now,I have you by my side..." kata Alif menggosok belakang kepalanya.

Rachel yang membesarkan mata ketika itu tersenyum,dia sedar biarpun Alif sudah membesar namun sifat manja anak saudaranya pada dia dan kakaknya tetap ada. Rachel menarik Alif dan mendakapnya dengan erat,Alif dengan reaksi tenang kemudian membalas pelukan Rachel. Alif mengemamkan mulutnya dan entah kenapa,air matanya mengalir keluar dengan tiba-tiba.

"Kenapa? Kenapa saya menangis?" soal Alif dalam syahdu,Rachel hanya memeluknya tanpa sebarang kata-kata.

Air mata Alif kekal keluar dan Rachel terus memeluknya,untuk menenangkannya dan pada masa itu di sebalik dinding seseorang memerhatikan mereka berdua. Azryan hanya mendiamkan diri,tidak mahu mengganggu Alif dan Rachel.

Qatariz pada masa yang sama berdiri di atas puncak menara tinggi,dengan tiupan angin yang kuat meniup rambutnya beralun. Tidak lama lepas itu dengan selamba,dia menguap panjang dan merosakkan ke'macho'an dia.

"Apa macho-macho? Hensem okay,hensem!" kata Qatariz memandang penulis,apa-apa sahajalah.

"Qatariz,awak cakap dengan siapa?" soal Mirana.

"Tiada siapa,cakap sorang-sorang je.. Hehe.." ujar Qatariz tersengih.

"Apa-apa sahaja,awak akan sertai budak monyet tu ke?" soal Mirana.

"Itu biadab,panggil dia monyet..." kata Qatariz menggelengkan kepala.

"Dia adakan kerjasama dengan Raja Monyet,dia tu monyet la.." jelas Mirana tidak puas hati.

"Apa sahaja alasan awak,itu biadab... Tiada kompromi..." balas Qatariz selamba.

Qatariz yang sedang bercakap dengan Mirana,tanpa sempat disedari sesuatu menembak tepat belakang dia. Qatariz tercampak jauh sehingga merempuh masuk ke dalam bangunan,Mirana terkejut dengan keadaan itu lalu memandang ke hadapan. Dia terkejut apabila sebuah robot besar,sedang mengunci serangannya dan sasarannya kali ini adalah Mirana.

"Mirana The Shadow Moon,confirm the target... Proceed for the next phase... Target locked..."

"Ini tak bagus..." ujar Mirana dan Qatariz muncul semula mendarat di sebelahnya.

"YOU WANNA PICK A FIGHT METAL THING?!! FINE! COME ON!!" Jerit Qatariz dengan darah memancut keluar dari kepalanya,Mirana menekup mulutnya terkejut.

"Qatariz!! Awak cedera!!" Mirana berkata risau.

"Qatariz Syah Al'Solleh,the target sti alive.. Permission to eliminate the both target..." robot besar kembali mengatur strategi,tapi Qatariz pula sebaliknya.

"MAMPOS LA KAU BESI BURUK!!"



















Asalamualaikum pada reader beragama islam,di sini aku mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Jika ada terkasar bahasa,termaki ke apa mohon dimaafkan dan kosong2 la ya?

Here for the fireworks

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now