CHAPTER 82 : 4 GUARDIAN

970 119 20
                                    


Pandangan yang gelap mulai terang sedikit demi sedikit,matanya mula biasa dengan cahaya dan tersedar. Matanya membulat dan memerhatikan keadaan sekeliling,sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan.

"Nampaknya kau dah bangun,baguslah..." satu suara menegur.

Dia memandang ke arah Azryan yang menegur,dia hanya mampu mengetap gigi. Azryan memegang topeng mulutnya,dia tersentak dan sedar cuba bergerak namun gagal. Ini kerana dirinya telah diikat dengan rantai hitam,dia mendesah panjang dan Azryan hanya sekadar memandang dia tanpa emosi.

"Kenapa kau tak bunuh aku sahaja?" soal lelaki itu.

"Apa faedahnya..?" soal Azryan dan lelaki tersebut memandang dia.

"Tiada keuntungan untuk aku membunuh kau.." jelas Azryan.

"Kenapa?" Lelaki itu tidak faham akan tindakan Azryan.

"Aku dah lama tinggalkan kerja seperti itu..." jelas Azryan lagi.

Raisyah pada masa itu hanya berdiri di luar,dia mendengar apa yang dikatakan oleh Azryan. Dia hanya mampu terdiam sahaja,pada masa yang sama Alif sudah memasuki rumah agam tersebut. Mereka berjalan di sekitar ruang tamu,tiada apa-apa kerosakan dikesan.

"Hey Alif..." Aurora memegang bahunya.

"Ya?" soal Alif.

"Azryan itu seorang yang elit?" soal Aurora dan Alif hanya kehairanan.

"Awak nak tahu pasal Azryan?" soal Alif pula.

"Sudah semestinya,sebab dengan apa yang Alif katakan.…" Rafaela mencelah dan mereka berdua menoleh ke arahnya.

"Ninja elite negara Sakura bukan sembarangan gelaran.... Identiti Azryan menarik perhatian auntie juga...." jelas Rachel dan Alif menghela nafas pendek.

"Boleh tak kita fokus pada penyelamatan terlebih dahulu?" soal Alif.

"Ah.. Baiklah..." kata mereka bertiga.

Mangsa-mangsa yang terselamat dari serangan demon,berjaya diselamatkan dengan bantuan pihak kerajaan negara Mentari. Pihak yang mengetuai penyelamatan adalah ketua 10 Guardian,Jamel Jawa bersama Zeo,Azlee dan Nabill.

"Terima kasih kerana bantuan kamu.. Saya hargainya..." ujar Jamel tersengih.

"Tidak,kami yang sepatutnya berterima kasih.…" Rachel berkata sambil tersenyum.

"Rasanya sudah cukup,kita dah boleh suruh jurupandu kita hantar yang mangsa-mangsa ke tempat terselamat...." ujar Azlee dan Nabill turut bersamanya.

Jamel dan Zeo berbalas pandangan,kemudian mengangkat tangan ke arah tempat kokpit. Tanda mengatakan boleh berlepas,akhirnya kapal tersebut mula terapung ke udara lalu terus terbang pergi.

"Tuan,tidak apakah jika kamu tidak berada bersama..." Alif berkata dengan risau.

"Jangan risau.…" ujar Azlee tersenyum,Jamel menoleh ke arah Alif sambil tersengih.

"Kami ada seseorang yang boleh dipercayai di dalam kapal tersebut..." kata Jamel pula manakala Zeo dan Nabill mengangguk setuju.

"Huh?" Alif tidak mengerti kata-kata Jamel,pada masa yang sama di dalam kapal tersebut.

"Bagaimana keadaan enjin?" soal Zaren sambil menyandar pada kusyen kerusi sebelah jurupandu.

"Semuanya masih dalam keadaan yang memuaskan tuan Zaren..." jelas jurupandu tersebut.

"Bagus... Teruskan berjaga-jaga,takut-takut jika demon menyerang di pertengahan perjalanan kita..." arah Zaren.

"BAIK TUAN!"

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now