CHAPTER 102 : SORRY I'M NOT INTERESTED

746 83 5
                                    


Aswandy dan Reezal memerhatikan kawasan,mereka menoleh kiri dan kanan. Dua beradik itu berpandangan,kemudian tersengih sahaja. Akhil masih tergamam dan Khidir bagai tidak percaya,kerana seluruh kawasan membeku bersama wanita bernama Mariana terbeku.

"Mati ke orang tu?" soal Khidir.

"Tak,cuma dibekukan sahaja..." jelas Reezal dan Aswandy hanya memerhatikan keadaan Mariana.

Suasana senyap seketika dan mereka berjalan menghampiri Mariana yang dibekukan,Reezal tidak menyangka yang Alisa sekuat ini dan dia percaya adik iparnya masih menyembunyikan kuasa sebenar.

"Apa pandangan kau long?" soal Reezal.

"Aku rasa.... Kita biarkan sahaja... Aku tak nak ada masalah..." ujar Aswandy.

Akhil dan Khidir mengangguk setuju,Reezal menghela nafas pendek mengangguk juga bersetuju.

Farhan meluru pantas seiring pedangnya dihunus,sekelip mata puluhan android tempur terbelah lalu meletup. Hafez mengepalkan penumbuknya,tangan kirinya bersinar dan terus dihayunkan sekuat hati.

"WRATH OF THE GOD!"

ZWOOSHH!!

BRAAM!!

Aila dan Alia menghadapi puluhan askar robot tempur,angin bertiup kemudian api yang marak terhasil. Aila menghasilkan angin kencang,Alia pula api di tangannya semakin marak.

"Duo Art!" Aila memberi sokongan pada Alia.

"Wind and Fire element!!" Alia pula bersiap-sedia.

"FLAME INFERNO..!!" serentak mereka menggabungkan serangan.

Aminudden mengangkat tangan ke udara dan api merah marak,lantas dia terus meluru ke arah android yang berpuluh. Api semakin marak dan Aminudden hanya tersengih selamba,letupan berlaku dengan dahsyat.

"CRIMSON LOTUS BURNING EXPLODE..!!!"

Luqman pula dengan bentuk dia tewaskan Rowan,senjata-senjatanya yang terapung memotong android tempur sedang mara ke arahnya. Fara dan Hikari pula sebagai supporter,merawat askar-askar yang cedera. Namun melihat kehebatan mereka,membuatkan askar negara Winter hanya mampu tergamam dan tercengang.

"MEREKA LEBIH MENAKUTKAN DARI ANDROID ITU!!!" Jerit semua askar itu serentak.

"Masalah!! Musuh muncul dari seluruh arah!!" sebaik mendengar amaran tersebut,Farhan dan yang lain berkumpul.

"Kita berpecah,Fara kamu,Hikari ikut kumpulan saya,kita akan pergi kawasan utara. Luqman dan Aminudden dengan Aila serta Alia arah selatan..." ujar Farhan memberi arahan.

"Sini serahkan pada aku..." Hafez mencelah dan mereka yang lain mengangguk sahaja.

"Bagaimana pula timur?" soal Luqman.

"Jangan risau... Partner aku dan auntie korang tengah menuju ke sana..." jelas Hafez menunjukkan mesej dari Erica mengatakan dia dan Alisa sedang dalam perjalanan ke pintu kota sebelah timur.

"Tak apa ke uncle di sini hanya seorang diri?" soal Luqman lagi dan Hafez tersenyum sahaja.

Puluhan askar android jenis tempur meluru ke sini,Hafez hanya berpaling dan Luqman kehairanan. Farhan hanya tersenyum sahaja,Luqman menyedari tangan kiri Hafez bersinar. Hafez melompat keluar dari pintu kota,kemudian menghasilkan pelindung.

"Pergi cepat! Sebelum kota ni hancur..." ujar Hafez dan Farhan segera melompat tinggi pergi dari situ,disusuli oleh Fara dan Hikari.

"Uncle Hafez..." Luqman seakan terasa bersalah ingin pergi macam tu sahaja.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now