SPECIAL CHAPTER : CHRONICLES KAISER X THE CURSED GUARDIAN 03

639 85 9
                                    


Istana Kota Aster

"Gembira bertemu kamu,Raja Kota Aster.. Saya Ikhwan Syah Al'Solleh,putera negara Mentari..." jelas Ikhwan memberi hormat.

Ikhwan dibawa bertemu di hadapan raja Lancer Guldberg,mengekori Aizel dari belakang. Raja Lancer agak terkejut dengan perkhabaran ini,kerana gem yang dimaksudkan oleh Ikhwan ada disimpan di bawah istana Kota Aster.

"Sama dengan saya,saya Lancer Guldberg raja kota ini,negara Mentari? Saya tidak pernah nama tersebut..." jelas Raja Lancer.

"Sudah tentu wahai Raja,kerana dalam sejarah kamu... Negara itu tidak wujud.. Aku dari negara di dunia lain..." jelas Ikhwan lagi.

"Kamu gunakan apa merentasi dunia lain?" soal raja Lancer.

"Kuasa aku sendiri..." kata Ikhwan memberi penjelasan,Aizel yang di sisinya hanya menjadi pendengar.

"Menarik.. Tunjukkan saya.." ujar raja Lancer tersenyum dan Ikhwan hanya memetik jari,bulatan portal terhasil di sebelahnya.

Raja Lancer tergamam dan memandang ke arah Aizel,apa yang Aizel boleh katakan dia hanya mampu mengangkat bahu sahaja. Raja Lancer menghela nafas pendek,dia memandang ke arah Ikhwan.

"Baiklah... Aizel,kamu bawa dia pergi ke bilik yang dimaksudkan..." kata raja Lancer memberi arahan.

Aizel hanya menunduk tanda menurut arahan yang diberikan,Ikhwan hanya tersenyum menunduk sedikit kepala tanda hormat pada raja Lancer. Ikhwan mengekori Aizel beredar keluar,raja Lancer hanya menghela nafas pendek kerana merasai aura luar biasa dari Ikhwan.

"Mampu merentasi dimensi,hanya gunakan kuasa sendiri.. Sudah tentu tidak boleh dipandang ringan..." ujar raja itu sendirian.

"Kau nampak tidak terkejut sangat..bila aku katakan yang aku dari dunia lain.." kata Ikhwan tersenyum memandang ke arah Aizel.

"Sebab sebelum ni,aku ada jumpa orang dari dunia lain.. Macam kau,pasangan suami isteri.." kata Aizel memberi penjelasan.

"Siapa namanya,kau ingat lagi?" soal Ikhwan.

"Kalau tak silap,nama dia Ace Windcrawler dan isterinya Luna Windcrawler..." jelas Aizel dan Ikhwan mengangguk sahaja.

"Puak Windcrawler... Macam tu.." kata Ikhwan faham.

"Kau kenal mereka?" soal Aizel.

"Tak..cuma dengar dari kawan,dia seorang Dimension Traveller.." ujar Ikhwan tersenyum girang.

Aizel dan Ikhwan akhirnya tiba di bilik bawah tanah,dia menekan sesuatu ada pintu bilik dan terbuka perlahan-lahan. Ikhwan hanya menunggu pintu tersebut terbuka sepenuhnya,dia melihat satu permata bersinar dan itulah yang dia cari.

"Kau boleh masuk dan ambil yang kau cari.. Jangan kau kacau benda lain.." jelas Aizel.

"Kau ingat aku ni budak-budak ke? Aku lagi tua daripada kau.." kata Ikhwan menjeling ke arah Aizel.

"Ya.. Apa-apa sahaja,kau ambil je la benda tu.." ujar Aizel.

Ikhwan hanya menghela nafas pendek,dia melangkah masuk dan menghampiri Soul Gemma. Permata yang dia cari,Aizel hanya memerhatikan sahaja dari luar. Ikhwan segera mengambilnya,Aizel menutup mata segera tetapi kerana tiada apa-apa berlaku lalu dia buka matanya semula.

"Kau apahal tutup mata tu?" soal Ikhwan dan Aizel terkejut.

"Kau tak apa-apa?" soal Aizel.

"Yeah..? Kenapa?" soal Ikhwan.

"Sebab sebelum ini,batu permata ini tidak boleh disentuh dengan tangan kosong.. Benda tu akan mencederakan orang jika pegangnya dengan tangan kosong tanpa dilengkapi kelengkapan.." jelas Aizel panjang lebar.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now