CHAPTER 128 : I'M GONNA GET SERIOUS

634 74 12
                                    


Luqman dan Aminudden berjalan sambil membuka jalan,Intan pula mengesan kuasa dari dark orb. Mereka kena menemui sebelum pihak musuh,Intan menyedari bacaan kuasa lalu berlari melepasi dua orang abangnya.

"Intan?" soal Luqman.

"Kita dah semakin hampir! Cepatlah!!" kata Intan dan Luqman serta Aminudden berpandangan.

Luqman dan Aminudden sekadar berpandangan,mereka berbalas senyuman dan mengangkat bahu masing-masing. Intan berlari dan seseorang memerhatikan mereka,tangan kirinya bersinar lalu menyentuh batang pokok. Luqman menyedari sesuatu dan terus memecut ke arah adiknya,Aminudden kehairanan dengan tindakan abangnya itu.

"Oi.. Cepat-cepat apahal?"

"INTAN!" kata Luqman seraya memecut ke arah Intan dengan laju.

"Eh?" Intan kehairanan.

ZRAKK!!

ZRAKK!!

ZRAKKK!!!

Serangan akar keluar dari tanah dengan mengejut,namun Luqman sempat bertindak dan menyelamatkan Intan. Aminudden berjaya mengesan penyerang lalu menyeru salah satu bilah pedang,dia terus merejam pedangnya ke satu arah.

Individu itu berjaya mengelak dan keluar dari tempat persembunyian,dia mendarat di hadapan Aminudden dan Luqman memandang ke arahnya. Averardus menunjukkan diri dan Aminudden mendecih,Luqman menahan Aminudden dari terus menyerang Averardus.

"Pantas gerakan kau.. Aku kagum.." ujar Averardus dengan tenang.

"Siapa kau ha?" soal Aminudden.

"Kau boleh panggil aku Averardus..." ujar Averardus pula.

"Apa yang kau nak? Menyerang hendap adik kami?" soal Luqman.

"Sebab kamu semua juga mencari dark orb juga bukan...?" kata Averardus dan Luqman memerhatikan keadaan tangan kirinya.

"Jika betul,kau nak buat apa?" soal Aminudden sambil diperhatikan Luqman,Intan mengesan aura yang luar biasa daripada Averardus.

"Aku nasihatkan kau supaya lupakan sahaja,jika kau nak selamat..." jelas Averardus.

"Kau fikir kami akan ikut arahan kau? Kau fikir kau siapa?!" Aminudden mengaktifkan kuasanya,Averardus mengeluh kesal.

"Kalau begitu kata kau,aku tiada pilihan lain... Selain bunuh kamu semua.." ujar Averardus mengaktifkan kuasanya,tangan kirinya bersinar kemerahan oren.

Luqman menyedari Intan menggigil,dia mengetap gigi kerana orang di hadapannya bukan sembarangan. Aminudden disedari oleh Luqman dalam keadaan tergamam,dia cuba menarik tangan adiknya namun Aminudden meningkatkan kuasanya.

"Am?" soal Luqman terkejut.

"Abang.. Kau dengan Intan pergi cari orb tu.. Aku akan lengahkan dia.." jelas Aminudden dan Luqman mengerutkan dahi.

"Aku tak ada masalah.. Tapi kau tahu bukan?" soal Luqman risaukan adiknya.

"Apa yang kau risaukan?" Aminudden membidas dan menoleh ke arah abangnya.

"Am?" Luqman kehairanan.

"Menjadi adat aku sendiri mencabar lawan yang lebih kuat..." jelas Aminudden tersengih.

Luqman mengeluh panjang dan menampar belakang kepala adiknya,Aminudden tersentak dan Intan kehairanan. Averardus pula hanya memerhatikan sahaja keadaan tersebut,Aminudden menoleh ke arah Luqman.

“What was that for?!” soal Aminudden merungut kesakitan.

"Nothing.. Just annoying seeing your face.." ujar Luqman selamba.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now