Author & Characters

644 73 23
                                    

"Nampaknya siri ini telah mencecah 95 chapter! Page pula sudah masuk 100 lebih..! Tepukan tangan untuk diri sendiri!" ujar Wanzeneth.

Alif,Aurora,Altera dan Azryan serta Raisyah turut bertepuk tangan. Ikhwan dan Alisa duduk di sisi Wanzeneth,hanya sekadar mengangguk sahaja sambil tersenyum.

"Macam tak percaya,sudah mencecah 90 lebih chapter... Aku bangga selaku watak utama..." ujar Alif tersenyum sinis.

"Perasan..." ujar Aurora meluat.

"Tidak apa,dia layak diberi penghargaan.." kata Altera dengan muka selamba sambil mengunyah burger.

"Mana dia dapat burger tu?" soal Azryan kehairanan dan Raisyah tersengih sahaja kerana tiada kata-kata.

"Hampir setahun juga siri ni bukan Ikhwan?" soal Wanzeneth menoleh ke arah Ikhwan.

"Kau tanya aku?" soal Ikhwan.

"Sudah semestinya,kau adalah watak wajib ada dalam setiap siri KAISER.." jelas Wanzeneth.

"Bagaimana dengan aku?!" soal Alif.

"Diamlah kau,aku tak tanya kau.." bidas Wanzeneth selamba.

"Ini mendatangkan kemarahan!!" Alif tidak puas hati.

"Shut up,sit down.." ujar Ikhwan dengan renungan menakutkan.

"Maafkan saya,sila teruskan.." ujar Alif terus duduk diam,Aurora dan tiga yang lain terdiam.

Wanzeneth sekadar terkebil-kebil melihat keadaan tersebut,kemudian dia berdehem sejenak dan menghela nafas pendek. Ikhwan pula bangun dan menghampiri Wanzeneth,Alisa hanya menjadi pemerhati.

"Kenapa kau kata aku watak wajib?" soal Ikhwan.

"Sesetengah reader memberi pandangan watak Ikhwan menghiburkan,jika kau tiada maknanya kurang 'umph'! Lebih kurang macam tu la.." jelas Wanzeneth.

"Begitu juga dengan Alisa..." sambung Wanzeneth.

"Macam ni la Wan,apa kata kau bagi trivia berguna bagi siri ini?" cadang Ikhwan dan Wanzeneth mengangkat ibu jari tanda setuju.

Siri CHRONICLES KAISER THREE ini asalnya bertajuk kecilnya ANOTHER SAGA tetapi sebabkan aku,iaitu Wanzeneth memilih siri ini adalah siri utama siri ketiga. Tajuk kecil diubah kepada THE NEW LIGHT,untuk memberi alasan kuat bagi Ikhwan muncul selalu.

Siri ini juga pada asalnya hanya ada 60 chapter,tetapi sebabkan akan kurang memuaskan aku ubah kepada 100 chapter ke atas. Hubungan Alif dan Aurora asalnya aku nak buat,akan ada konflik iaitu Aurora akan menyertai semula Ozmandiyas. Alif akan cuba sedaya-upaya selamatkan Aurora,sehingga cedera parah akibat Ozmandiyas punya angkara.

Tetapi...

Aku telah ubah jalan ceritanya..

Pada awal jalan cerita hanyalah untuk pengenalan watak Alif Haikal Al'Azahar,seorang pengembara muda yang mengembara seluruh dunia.

Azryan aku asalnya buat dia mati di hujung chapter,tetapi agak kejam jadi aku buat dia mungkin cedera teruk..

Mungkin la..

Sebaik sahaja Wanzeneth memberikan penerangan,semua senyap dan tergamam dengan penjelasan Wanzeneth.

"Hoi! Apa pulak kau nak aku mati!?" soal Azryan tidak puas hati.

"Perancangan awal kau tak dengar betul-betul ke?" balas Wanzeneth.

"Tak kisah la tu,tapi kau nak matikan watak Azryan... Itu kejam!" ujar Azryan lagi.

"Atau kau nak mati sekarang?" soal Wanzeneth dengan tangan sudah memegang smartphone.

Azryan terus terdiam lalu duduk di sebelah Alif yang mendiamkan diri,akibat amaran Ikhwan sebentar tadi.

"Tambah lagi sorang?!" ujar Aurora dan Raisyah,Alisa hanya ketawa kecil.

Wanzeneth dan Ikhwan berpandangan,kemudian menekup muka masing-masing. Altera masih mengunyah burger dalam tangannya,berapa banyak burger yang ada di atas meja Altera?

"Hey guys,listen up!" Wanzeneth berkata sambil menepuk tangannya,semua menoleh ke arahnya.

"Boleh kita teruskan PERBINCANGAN kita? Masih panjang topik yang nak dibincang sekarang ni.." jelas Wanzeneth lagi.

Semua mengangguk dan duduk di meja bulat,Wanzeneth sebagai ketua dalam perbincangan tersebut. Wanzeneth berdehem sekejap,dia memerhatikan seorang demi seorang yang ada.

"Baiklah untuk update seterusnya,jangan risau Azryan.. Kau tidak akan dimatikan." jelas Wanzeneth.

"Terima kasih wahai penulis.." ujar Azryan.

"Jangan nak lega sangat,kau cedera parah nanti..." kata Wanzeneth selamba.

"Apa?!" soal Azryan pucat lesi.

"Untuk kesayangan kamu,si Raisyah..." jelas Ikhwan selamba.

Azryan dan Raisyah berpandangan kemudian menoleh ke tempat lain,muka masing-masing merah padma. Alif menumbuk perut Azryan dengan tiba-tiba.

"KAU APAHAL TUMBUK AKU?!!" soal Azryan tidak berpuas hati.

"My hand slip.." ujar Alif dan Azryan mengangguk faham,kemudian menampar muka Alif.

"KAU!!?" Alif pula bengang.

"Sorry aku tak sengaja..." jelas Azryan dengan reaksi poker face.

Alif terus menyiku perut si Azryan,kemudian Azryan menumbuk muka rakannya. Maka berlakulah balas membalas pukulan,Aurora,Raisyah dan Altera segera menjauhkan diri masing-masing. Situasi berlaku berlanjutan,Wanzeneth hanya mampu menekup muka. Ikhwan mengepalkan penumbuknya yang berapi kebiruan.

"THAT'S ENOUGH!!" Ikhwan memberi amaran seraya menyembur api biru yang marak ke arah mereka berdua.

BRAAM..!!!

"AYARK!!..." jerit mereka berdua sebaik disimbah api biru yang marak.

Letupan berlaku dengan kuat sekali,Alif dan Azryan tercampak keluar dari bilik tersebut. Wanzeneth hanya menekup mukanya,dia menghela nafas pendek.

"Macam mana dengan perbincangan?"


CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now