CHAPTER 23 : MYSTERIOUS MAN

948 89 11
                                    


Ikhwan dan Farhan duduk di meja,secara berhadapan dan masing-masing tidak mengeluarkan suara. Alisa dan Fara memerhatikan sahaja gelagat suami mereka,mungkin kerana terkejut dari penerangan Rachel.

"So... Ibu Alif masih hidup,tapi tidak diketahui lokasi dia?" soal Farhan.

"Entah la Han,aku masih berfikir lagi ni..." balas Ikhwan.

"Kau nak kurung dia sampai bila dalam bilik tetamu tu?" soal Farhan.

"Aku tak kunci pun bilik tu.. Bila masa aku kurung?" bidas Ikhwan mengerutkan dahinya.

Farhan sekadar tersengih dan hanya mampu mendiamkan diri,pada masa yang sama Rachel hanya baring di atas katil. Dia teringat apa yang Ikhwan katakan padanya sebentar tadi.

Sejam sebelumnya..

"Terima kasih pada maklumat awak Rachel.." ujar Solleh.

"Ia bukan apa-apa,ia satu penghormatan bagi saya..." jawab Rachel tersenyum.

Solleh tidak berkata apa-apa,kemudian dia memandang Ikhwan bagaikan memberi isyarat dan Ikhwan mengangguk faham akan sesuatu. Solleh menepuk bahu Ikhwan,sebelum dia beredar dan Rachel kehairanan.

"Apa yang ayah awak nak?.." soal Rachel.

"Bukan dia,tapi saya sendiri yang inginkannya..."  jelas Ikhwan.

"Apa maksud awak tuan putera?" soal Rachel.

"Rachel Al'Aram saya mahu awak berkhidmat dengan negara Mentari.." Ikhwan berkata tanpa selindung.

Rachel terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Ikhwan,Alisa hanya memerhatikan dari jauh. Farhan dan Fara turut bersamanya,Rachel mula serba-salah.

"Awak boleh fikirkan tawaran saya,jika awak benar-benar pasti barulah berikan saya jawapannya okay?" kata Ikhwan lagi sambil menghela nafas pendek.

"Here.." Ikhwan berkata lagi sambil menyerahkan satu kad.

"Apa ni?" soal Rachel.

"Itu kunci bilik tetamu.." jawab Ikhwan beredar disusuli Alisa,Farhan dan Fara.

Dia hanya menghela nafas pendek mengingati hal tadi,kenapa pihak diraja Mentari melayan dia dengan baik?

"Berkhidmat dengan negara Mentari..." Omel Rachel sendirian dan menghela nafas pendek.

Rachel membuka bajunya dan hanya singlet putih dibiarkan,skirt dia tidak tanggalkan dan menoleh ke arah meja. Matanya yang separuh dibuka,dengan tiba-tiba terbeliak lalu bangun dan meluru ke arah meja berhampiran.

"Kau bagi dia guna bilik mana?" soal Farhan ingin tahu.

"Bilik 021..." jawab Ikhwan dan Farhan membesarkan matanya.

"You're really sneaky bastard..."

"Thanks,I take that as compliment..."

Alisa sekadar ketawa dan Fara menghela nafas pendek,Rachel terketar-ketar tangan apabila melihat satu bingkai gambar. Dia mencapai bingkai tersebut,gambar seorang perempuan berambut blonde bersama lelaki berambut merah.

"Kakak,abang..." ujar Rachel dan memeluk bingkai gambar tersebut.

Negara Sakura

Sebuah negara yang maju dan dikatakan nombor 1 di dunia teknologi mereka,dan bunga sakura penuh di seluruh negara itu jika di lihat dari atas udara. Negara yang menjadi tumpuan para pelancong,dan rakyat mereka yang mesra serta berhemah melayan para pelancong.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now