CHAPTER 16 : TRUTH CAN BE PAIN

1K 126 4
                                    


"Sixth?" soal Alif terkejut.

Lelaki seiras Ikhwan itu sekadar tersenyum dan merenung Karl,tangannya dikibas beberapa kali. Aizat hanya menghela nafas serta mengibas bajunya,dia toleh ke arah gadis serigala.

"Apa korang buat di sini? Mirana?" soal Aizat.

"Err..Ikhwan arahkan kitorang awasi mereka..." ujar Mirana berbisik dan Aizat mengangguk faham.

Pada masa yang sama Alif dan yang lain,tertanya-tanya siapakah lelaki berambut yang muncul membantu mereka. Agnez pula merasai daya kekuatan yang amat kuat,datang daripada lelaki wajah seirasa Ikhwan.

"Siapa kau?" soal Karl.

"Kau boleh panggil aku Qatariz.." jawab Qatariz tersenyum sinis.

"Jangan halang kerja aku,kalau tidak aku akan pastikan kau akan cedera.." kata Karl memberi amaran.

"Yang akan cedera di sini,adalah kau.." balas Qatariz selamba.

Karl menggigit bibir kegeraman,lantas meluru ke arah Qatariz dan menghayunkan penumbuknya. Tetapi ditahan kemas oleh Qatariz,Karl terus menghasilkan ais dan membekukan tangan Qatariz.

"Wow!?.." Qatariz berkata kagum dan Karl ingin melibas kaki.

Namun sekelip mata api marak di seluruh tubuh terhasil,Karl terpaksa berundur ke belakang beberapa langkah dijarakkan. Qatariz menggenggam penumbuk bagi menghancurkan ais yang membeku tangannya.

"Menarik orang tua..aku mula teruja..." kata Qatariz.

Seluruh tubuh Qatariz diselubungi api marak semerah darah,Karl bersiap sedia untuk menerima apa sahaja kemungkinan. Aura merah kehitaman mengalir keluar dari tubuh Qatariz,Alif mula terasa sesuatu tidak kena.

"Mana kau pandang orang tua?" soal Qatariz sudah bergerak ke belakang Karl.

"Apa?!" Karl terkejut dan belum sempat dia menoleh,dia sudah tercampak jauh.

Qatariz terus bergerak meluru ke arah Karl,dengan kelajuan penuh dan ternyata Karl mula bengang. Dia menyeimbangkan badannya dan mendarat dengan selamat,lalu dia terus berlaga tinju dengan Qatariz.

PAKK!!

DAKK!!

BAKK!!

Mereka berdua bergerak seumpama cahaya,keadaan sekitar kawasan mula rosak dan hancur akibat impak pertembungan dua pahlawan. Sedang pertarungan mereka disaksikan oleh yang lain,seseorang muncul berlari melepasi Alif dan yang lain.

"Oi! Bahaya!" amaran Alif tidak diperdulikan.

"Eh,dia..." Aizat mula risau.

Pemuda itu meluru dan menahan kedua serangan Qatariz serta Karl,mereka yang lain terkejut kerana orang yang menahan bukan calang-calang.

"Aih kau ni...sibuk betul.." kata Qatariz bengang dan kedua-dua tangan pemuda itu,kemas menahan dua serangan maut itu tanpa sebarang masalah.

"Dia bukan ke..?" duga Azryan dan Agnez mendiamkan diri,Aurora sahaja yang tidak kenal.

"Dia salah satu Five Element Dragon.." jelas Raisyah.

"WIND DRAGON FARHAN!"

Karl menarik tangannya begitu juga Qatariz,Farhan hanya mengibaskan kedua tapak tangannya. Karl kenal akan Farhan,dan berundur beberapa tapak untuk langkah berjaga-jaga.

"Apa kau buat sini Han?" soal Qatariz.

"Aku cari barang la,yang korang havoc semacam apahal..tak tahu ke orang awam dah takut semua?!" tegas nada Farhan berbicara,Qatariz memandang ke arah lain sambil bersiul.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now