CHAPTER 147 : THE TIME ALMOST RUNNING

612 86 15
                                    


Dua dari empat makhluk malapetaka telah diseru,walau bagaimana pun berjaya ditewaskan. Namun masih ada lagi tinggal dua,The Dreary Hunter serta The Forsaken Beast yang telah diletakkan kurungan daripada Ikhwan.

Pada masa itu juga Luiz berada di tempat dipanggil Sacred Place,dia turut ditemani lima pahlawan zaman gelap lima ribu tahun yang lalu. Sun sebagai ketua mereka,disusuli oleh Pluto yang berwajah dingin. Neptune yang sentiasa tersenyum,Mercury pula tidak menunjukkan emosi serta Utareed.

Luiz mendongak ke atas,melihat ada lima simbol dan empat simbol menyerupai empat raksasa malapetaka.

"Apa yang ada di dalam?" soal Neptune.

"'nyawa'...." ujar Luiz pendek dan melangkah masuk.

Neptune terkial-kial mengejar Luiz,Sun sedar diperhatikan oleh Pluto. Faham akan maksud Pluto,Sun hanya menggelengkan kepala tanda jangan lakukan apa-apa terhadap Luiz.

Jika difikirkan apa motif Luiz membebaskan lima pahlawan zaman gelap?

Luiz berhenti di hadapan sebuah makam lama,tetapi bukan makam biasa ini kerana makam tersebut amatlah besar. Sepuluh kali ganda dari makam biasa,Sun dan Pluto tergamam manakala Utareed terasa aura yang bahaya. Mercury hanya mendiamkan diri,tidak melakukan apa-apa.

Sekeping batu warna emas bersinar-sinar,melekat pada makam yang amat besar itu. Sun hanya memerhatikan sahaja,seolah-olah mengenali batu emas tersebut.

"Sini ialah jalan terakhir untuk menghidupkan dua lagi raksasa malapetaka.." jelas Luiz dan menekap tapak tangan pada satu batu.

"Morf Eth Ssenkrad... Ekawa rof eht taerg reyortsed.." (dari kegelapan... Bangunlah untuk menghancurkan)

Sekeping batu keemasan mula pudar,Luiz hanya berundur beberapa langkah ke belakang.

Luiz pula telah berjaya membuka kurungan Five Darkness Star,asalnya dikurung pada lima ribu tahun yang lalu. Mereka berlima mempunyai kekuatan mampu menghapuskan satu batallion tentera dengan mudah,apa sebenarnya Luiz ingin lakukan?

====================

Ikhwan berdiri di hadapan tasik,dia baru selesai jogging waktu pagi. Ikhwan berehat melepaskan lelah,selepas pertarungan Khaizo dengan The Grimm Hunter semua kembali menjadi normal.

Tiada gerakan dikesan oleh Luiz,tapi Ikhwan tahu yang dia iaitu Luiz akan bertindak semula. Namun Ikhwan tidak dapat mengagak bilakah Luiz memulakan tindakan dia,bahunya ditepuk dan Ikhwan menoleh lalu tersenyum.

Siapa lagi kalau bukan isterinya,Alisa Darweez.

"Apa yang abang fikirkan?" soal Alisa.

"Abang fikirkan Alisa.." ujar Ikhwan tersenyum.

"Serius okay?" Alisa menunjalkan jari telunjuknya,Ikhwan yang tersenyum hanya ketawa kecil.

"Abang risaukan keselamatan negara.." jelas Ikhwan.

"Cuma negara? Bagaimana dengan dunia?" soal Alisa lagi.

"Dua-dua abang fikir Alisa.." jelas Ikhwan duduk di kerusi panjang.

Alisa hanya menyusul suaminya,duduk bersama-sama dan memerhatikan Ikhwan. Manakala Ikhwan pula sekadar menghela nafas pendek,awan putih yang tebal berarak di udara. Langit biru yang tenang terasa lapang jika diperhatikan,Ikhwan mengeluarkan sebatang rokok?

Alisa pula sudah berkerut dahinya,namun dia tersengih hairan apabila Ikhwan menggigit dan mematahkan 'rokok' itu. Nampaknya ia bukan rokok tetapi coklat berbentuk rokok,Alisa mengerutkan dahi dan menggelengkan kepala.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now