CHAPTER 40 : SOMEONE WATCHING ME?

908 90 0
                                    

ALIF menguap dan berjalan ke hadapan kemudian suis lampu dalam kapal,ditekan dan suasana gelap menjadi terang. Alif memerhatikan keadaan biliknya yang di dalam kapal,dia sedar Aurora sedang nyenyak tidur di atas katilnya. Alif menghampiri gadis blonde itu,diperhatikan kekasihnya yang lena kemudian dipandang pula ke arah dada di sebalik baju nipis Aurora. Tangan Alif ingin mencapai ke arah dada gadis itu,namun Alif sempat menarik pergelangan tangannya.

"Hold you horses Alif!"

KTANG!!

Wukong mengawal tangan Alif dan tongkat diseru,kepala Alif diketuk dengan bunyi berdengung yang amat kuat sekali. Aurora yang lena perlahan-lahan membuka kelopak matanya,dia terbangun kerana terdengar bunyi kuat. Sebaik sahaja dia jengah ke luar tingkap,Aurora terkejut melihat Alif terlentang di atas lantai tidak sedarkan diri.

"Alif!!" Aurora segera turun dari katil dan mendapatkan Alif.

"Apa hal pulak tu,pagi-pagi dah bising..." keluh Azryan mendengar jeritan Aurora.

Pagi itu mereka semua bersama bersarapan di sebuah kafe,tidak jauh dari kawasan mereka letakkan kapal mereka. Alif menunduk ke bawah dan kepala ditekup berpeluh,Aurora pula hanya bereaksi normal sambil menjamah sarapan. Azryan,Raisyah dan Agnez kehairanan dengan Alif.

"Kau patut tahu,tak elok lakukan perkara seperti itu..." Wukong menegur dan Alif hanya mendecih.

"Aku tahu la,tak sengaja okay?" Alif menjawab memberi alasan.

PRANGG!!

Sedang mereka bersarapan kedengaran bunyi benda jatuh,apabila mereka menoleh seorang pelayan kafe itu dimarahi oleh seorang pelanggan.

"KAU TAHU BUAT KERJA KE TAK?!" Pelanggan itu memaki pelayan kafe tersebut,bajunya sedikit basah kena air mineral.

"Maafkan saya,saya tidak sengaja.." ujar pelayan kafe itu seorang perempuan menundukkan kepala.

"KALAU TAK TAHU BUAT KERJA,DUDUK RUMAH JE LA!" Pelanggan itu menjerit lagi sekali.

Pelayan kafe itu dimarahi tanpa belas kasihan,pengurus kafe itu cuba meredakan keadaan tetapi sebaliknya dimarahi juga oleh pelanggan tersebut. Azryan dan Agnez hanya menjadi penonton,Raisyah serta Aurora hanya mendiamkan diri.

"Teruk betul pekerja tu kena marah..." kata Azryan.

"Kamu tengok je ke?" soal Agnez.

"Bukan ada kebaikan pun.." Raisyah menjawab sambil mengunyah kentang goreng,Alif menghentak meja dengan tiba-tiba.

Alif segera bangun dan diperhatikan oleh yang lain,menghampiri pelanggan biadab tersebut dengan selamba. Alif mencuit pelanggan tersebut dan pelanggan menoleh ke arahnya.

"Encik customer... Boleh tak kamu jangan ganggu semua pelanggan yang lain? Suara awak yang kuat mengganggu pelanggan termasuk saya..." ujar Alif secara sopan.

"KAU APAHAL NAK SIBUK,KALAU TAK SELESA BERAMBUS KELUAR LA!!" pelanggan itu mencekak kolar baju Alif,sedar dengan keadaan itu segera Agnez bangun namun dihalang oleh Azryan.

"Macam tu ya?" soal Alif mulanya muka selamba,berubah wajah dingin dan terus mencengkam pergelangan tangannya.

Pelanggan itu terkejut apabila tangan dia mulai terasa sakit,Alif menarik sambil mencengkam tangannya. Alif cengkam tangan sampai pelanggan itu melutut di hadapannya,menahan kesakitan pada pergelangan tangan.

"Sakit... Sakit... Sa-sakit... Tolong lepaskan saya,maafkan saya..." pelanggan lelaki itu merayu sambil menangis.

"Aku cakap elok-elok tadi kan.... Kenapa susah sangat nak dengar... Sekarang faham tak?" soal Alif dan pelanggan tadi itu mengangguk faham,cengkaman pada pergelangan tangan dilepaskan.

"Apa lagi? BERAMBUS!!"

Sebaik dijerkah oleh Alif dengan segera pelanggan itu menjerit ketakutan dan lari meninggalkan kafe tersebut,Alif hanya diam dan perhatikan dari dalam kafe melihat pelanggan itu berlari sehingga hilang daripada pandangan. Alif menghela nafas pendek,kemudian tepukan tangan dari pelanggan serta pekerja kafe kedengaran.

"Terima kasih kerana tolong pekerja saya.." ujar pengurus kafe itu.

Alif hanya mampu tersenyum sahaja dan mengangguk,Azryan sekadar menhela nafas pendek. Alif sedar apabila ramai pelanggan mendekatinya,mengucapkan terima kasih kerana membantu pelayan kafe itu. Agnez dan Raisyah menyambung menjamah makanan,Aurora pula hanya memerhatikan Alif dari tempat duduknya.

"Kita manusia je,sama je level kita.. Mati ke dalam tanah gak kena tanam..." ujar Azryan menongkat dagunya.

"Amboi berfalsafah..." Agnez mengusik.

"Biasa je,saya dulu pelajar sastera..." balas Azryan tersengih.

Qatariz muncul bersama Mirana dan hairan melihat Alif dikelilingi oleh orang ramai di dalam kafe,mereka berdua menghampiri Azryan serta yang lain berada. Alif pula hanya mengangguk apabila para pelanggan berbual dengannya.

"Apahal tu?" soal Qatariz selepas duduk di sebelah Azryan.

"Ada orang jadi saviour..." jawab Azryan.

"Saviour?" Mirana tersenyum pelik,Azryan menceritakan apa yang berlaku.

"Patut la ada orang keluar macam ketakutan tadi..." kata Qatariz mencebik serta mengangguk faham.

Pada masa yang sama seorang lelaki berpakaian barat,bertopi dan mulutnya di tutupi kolar yang tinggi paras leher. Matanya merenung dingin ke arah kafe tersebut,dua pucuk revolver pada kiri dan kanan sisi pinggangnya. Dia memegang pemegang pistol dan ditarik keluar separuh,namun dia tersenyum kemudian menolak masuk semula pistolnya.

"Bukan hari ini..." ujar lelaki itu dan terus berpaling lalu beredar,dia hilang disebalik kegelapan dalam lorong.

Alif yang sedang berbual dengan pelanggan kafe itu,sedar sesuatu dan memandang ke luar tingkap kafe. Dia memandang ke tempat di mana lelaki itu berada sebelum hilang,namun tiada siapa di situ.

"Pelik... Aku rasa ada seseorang perhatikan aku...."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now