CHAPTER 88 : ENEMY ATTACK?

756 98 19
                                    


"Hari ini adalah perjumpaan para pemerintah seluruh negara..!!" jerit seseorang bertopeng anti asap.

Jeritan daripada orang yang berhimpun serta bersenjata canggih,kedengaran riuh sambil diperhatikan oleh Mariana dan Wild Gunz serta Rowan. Pemberontak yang kononnya inginkan keamanan,mereka percaya untuk mulakan keamanan itu harus mula dengan membunuh para raja seluruh dunia.

"Masa untuk kita bangkit sudah tiba wahai sahabatku... Ayuh!! Ambil senjata mu semua,masa untuk mulakan pembasmian!!" ujar lelaki bertopeng itu dipercayai adalah ketua mereka.

"YA!! UNTUK KEBEBASAN SEJATI!! UNTUK KEBEBASAN MANUSIA!!" teriak semua orang di situ,kecuali Mariana dan Wild Gunz serta Rowan.

"Kau pasti nak kerjasama dengan mereka?" soal Wild Gunz.

"Aku cuma nak bunuh Gordon sahaja,tiada apa yang penting selain itu semua..." jelas Mariana beredar sambil diperhatikan oleh Wild Gunz dan Rowan.

"Apa masalah dia?" soal Rowan.

"Kadang-kadang,lelaki ni patut diam sahaja..." ujar Wild Gunz.

Rowan hanya sekadar mendiamkan diri sebaik mendengar kata-kata Wild Gunz,kini mereka berada di tengah-tengah kota. Wild Gunz menoleh ke arah Mariana,Rowan pula hanya memeriksa senjata miliknya.

Perbincangan di antara raja sedang berjalan lancar,mereka mengemukakan topik mengenai Skull Wing. Menurut laporan beberapa tempat yang dikatakan mempunyai relic zaman dahulu,telah dimusnahkan oleh organisasi itu.

"Tiada tindakankah mengenai hal ini?!" salah seorang raja bersuara.

"Rancangan mereka amat lengkap,sukar untuk menjejaki di mana mereka bersembunyi.." balas seorang lagi raja.

"Semua alasan,padahal kamu pemalas untuk bertindak!"

"Hati-hati dengan apa yang kamu katakan tuan raja,buruk padahnya..."

"Apa? Nak berperang? Mari la!! Ingat beta takut?!"

Ikhwan dan Alif hanya sekadar menjadi penonton,Reezal pula hanya mampu menggelengkan kepala dan menekup muka. Ikhwan pula kelihatan seperti dapat mengesan sesuatu,Alif juga sama dapat kesan gerakan di bawah tanah.

"Tuan..." Alif menegur secara berbisik.

"Ya.. Aku tahu,ada gerakan di bawah tanah malah secara berkumpulan..." jelas Ikhwan turut berbisik.

"Bagaimana tuan?" soal Alif.

"Bertenang.. Kita masih dalam perbincangan.." kata Ikhwan.

Alif terpaksa bersetuju dan hanya mendesah sahaja,tetapi letupan yang kuat berlaku pada bangunan berhampiran. Menyebabkan para raja terkejut,Reezal sekadar menjeling ke luar tingkap yang agak jauh dari tempat dia duduk.

"Ghost unit.. Periksa letupan yang berlaku sekarang.." arah Ikhwan sebaik menekan alat bantuan komunikasi,yang sedia ada dipasang pada telinganya.

Para pemberontak telah memulakan serangan,orang awam mula ketakutan dan lari menyelamatkan diri mereka masing-masing.

"Apa yang berlaku?!" soal salah seorang raja.

"Terrorist?!" mereka mula cemas.

Suasana di dalam bilik perjumpaan menjadi riuh-rendah,para raja mula bertekak dan menyalahkan di antara satu sama lain. Khidir Ibrahiem raja negara Bayu,menggelengkan kepala tanda kecewa dengan sikap para raja.

"Foolish kings..." ujar raja negara Badai dengan sinis,iaitu Akhil Khamsa.

Ikhwan yang memerhatikan keadaan itu pada mulanya bersahaja,kemudian dia memejamkan mata dan dahinya timbul urat. Alif diarahkan supaya keluar memberi bantuan pada Ghost Skuad,Khidir dan Akhil seperti menyedari reaksi Ikhwan. Reezal menghela nafas pendek,dia tahu apa yang bakal Ikhwan lakukan dan adiknya menarik nafas dalam-dalam. Pada masa yang sama Azryan juga menyertai Alif,disusuli Raisyah dan Rafaela serta Rachel.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now