CHAPTER 146 : SEE YOU SOON

576 81 9
                                    


Pesawat hitam meluncur laju,Alif dan Azryan di kokpit. Alif menjadi jurupandu dan Azryan uruskan sistem senjata,Merlin pula baru sedarkan diri. Dia bangun dan terpinga-pinga,apa yang berlaku buatkan dia pengsan?

"Bangun pun kau..." ujar satu suara dan Merlin terkejut,kemudian menghela nafas lega kerana yang menegur itu ialah Gawayne.

"Kau rupanya... Kita ada di mana ni?" soal Merlin.

"Pesawat milik negara Mentari.." jelas Gawayne.

Merlin terkejut dan ingatan Ikhwan menghayunkan tumbukan api yang padu,buatkan dia tersentak dan teringat apa yang berlaku ketika itu.

"Adududui... Aku mula hairan ni.." ujar Merlin.

"Apa?" soal Gawayne.

"Apahal aku kena ikat macam pesakit mental ni ha?!!" soal Merlin kerana keadaan dia,diikat penuh satu katil seperti pesakit mental.

"Aku yang ikat..." ujar Gawayne muka tanpa bersalah.

"Damn that prince...." Merlin menghela nafas.

"Not them.. I'm the one who put you like this.." jelas Gawayne dengan selamba.

"What the fuck? For what reason?!" soal Merlin.

"No reason.." balas Gawayne menongkat dagu.

"And let go me damn it!" ujar Merlin bengang.

Gawayne hanya meleraikan ikatan dan Merlin menghela nafas lega,Merlin memandang ke arah Gawayne yang sedang memeriksa keadaan pedangnya.

"Aku tak tahu pula kau boleh berbual seperti tadi..." Merlin berkata.

"Aku ada suara.. Cuma malas nak bercakap dengan kamu semua..." jelas Gawayne.

Merlin terkejut dan mengetap gigi tersengih geram,Gawayne beredar keluar dari bilik dan meninggalkan Merlin sendirian. Merlin hanya mendiamkan diri sahaja,wajah Luiz bermain di fikiran dan Merlin mengetap gigi menahan amarah.

"Luiz...!"

Ikhwan hanya duduk di kerusi,sambil menyulam antara jari-jemari. Dia memandang ke luar tingkap,melihat awan tebal dan sambil diperhatikan oleh Farhan. Muka Alif dalam skrin visual,terpapar di hadapan Ikhwan.

"Ya?" soal Ikhwan.

"Mana destinasi kita tuan?" soal Alif.

Ikhwan asalnya ingin menjawab tetapi terhenti,kerana ngauman kuat dari satu makhluk. Alif yang berada di kokpit,bersama Azryan terkejut begitu juga dengan Aurora serta Fara dan Alisa. Farhan menghela nafas pendek,pedangnya dicapai dan terus bangun.

"Tak perlu..." ujar Ikhwan dan Farhan memandang ke luar tingkap,dia tersengih kerana melihat naga berwarna merah.

Amien Khaizo Al'Dani ataupun Khaizo,dalam bentuk naga gergasi berzirah serta senjata berat terpasang kemas seluruh tubuh bentuk naganya. Nafas berwap keluar dari mulut naga merah itu,Khaizo menghelakan nafas panjang.

"Kau memang susah nak tumbang ye?" soal Khaizo pada raksasa digelar The Grimm Hunter,raksasa itu menjerit dan meluru ke arah Khaizo dengan laju.

"Tak ada nak kata apa.. Main sergah je?!" soal Khaizo menghalakan meriam ke arah The Grimm Hunter.

BOOMM!!

BOOMM!!!

The Grimm Hunter terhenti kemaraannya,Khaizo tidak memberi peluang dan menghalakan satu lagi meriam jenis laser yang di pasang pada bentuk naganya.

ZRIINGG!!

BRAAM..!!!

The Grimm Hunter berundur dek tembakan tersebut,pertarungan raksasa itu membuat Alif dan Azryan tergamam. Aurora yang berada di bilik lain,turut tercengang dengan keadaan tersebut.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now