CHAPTER 121 : RÉUNION?

721 84 5
                                    


Letupan yang kuat berlaku,Ikhwan berdiri dengan mengibas tangannya. Dia tersengih melihat Zareena bangun,dia termengah-mengah sambil peluh mengalir di pipi.

"Nak berehat?" soal Ikhwan.

"Saya okay! Saya nak teruskan!" ujar Zareena.

"Well said..." Ikhwan berkata dan menghasilkan api bebola yang besar.

"Hiyaaa...!!" Zareena menguatkan tenaganya.

Rumina tersenyum melihat Intan yang terkejut,Qatariz pula sekadar menggeliat dan Azren baru selesai menjamah makanan. Mirana yang mendiamkan diri menyedari sesuatu,lantas bangun dari terus baring di bahu Rumina. Dia merasai aura yang kuat,Mirana melihat ke kiri dan ke kanan manakala Rumina hanya tersenyum sahaja.

"Dia ni balik nak tunjuk hebat..." ujar Rumina tersenyum.

Khadez Al'Syufa berusia 48 tahun,berjalan keluar dari pesawat kapal terbang. Nafas dihelakan dengan pendek,tali lehernya dibetulkan kemudian turun melalui tangga yang disediakan.

"Tujuh tahun aku tak balik huh?" soal Khadez sendirian.

Rumina melayani internet pada tablet yang disediakan,tidak lama kemudian dia seperti menyedari sesuatu. Lantas dia matikan tablet tersebut,Intan hanya memerhatikan nendanya bangun dan berjalan meninggalkan mereka. Qatariz sekadar memandang ke arah bondanya,dia sedar Rumina menuju ke arah seseorang.

"Khad.. Is been a while..." ujar Rumina tersenyum mendepakan kedua tangannya memeluk lelaki itu.

"Same to you big sis..." Khadez membalas tersenyum membalas pelukan Rumina.

Qatariz dan Azren hanya memerhatikan sahaja,Intan pula menggaru kepala tidak mengenali lelaki yang memeluk neneknya. Khadez meleraikan pelukannya,Rumina tersenyum dan menoleh ke belakang.

"Kenalkan ni adik ketiga nenda,Khadez Al'Syufa.." Rumina berkata sambil pada Qatariz,Azren dan Intan.

"Khadez?" soal Azren terkejut dan Khadez mengerutkan dahinya.

"Kenapa dengan kau?" soal Qatariz kehairanan.

"Azren?" Intan memandang tunangnya dengan penuh kehairanan.

"Kenapa ni Ren?" Rumina menyoal.

"Takkanlah... Khadez dari 13 Spriggan?" soal Azren tersengih tidak percaya.

"Ouh.. Kamu kenal skuad tu?" soal Rumina dan memandang semula ke arah Khadez.

"Itu cerita lama... Kami dah buat hal masing-masing..." jelas Khadez mendesah.

"Tapi saya tetap mengenang jasa 13 Spriggan... Mengalahkan 100 ribu tentera dalam masa 2 hari.. Ia bukan perkara yang biasa.." ujar Azren kagum.

"Tolong lupakannya...itu sudah menjadi tugas seorang kesatria..." balas Khadez dingin dan beredar.

Qatariz hanya memerhatikan sahaja lelaki berusia 40-an itu,melepasinya dan berbalas renungan dengan Khadez. Qatariz hanya menghela nafas pendek,malas nak membalas renungan lelaki itu lama-lama.

"Maafkan dia... Mengenai 100 ribu tentera itu,dia kehilangan seseorang yang penting dalam hidup dia.. Jadi dia tak nak ingat masa lampau..." Rumina berkata dengan tersenyum kelat.

"Loranne Al'Dani.. Isteri dia terkorban.." ujar Qatariz.

"Kamu tahu mengenai hal itu?" soal Rumina agak terkejut.

"Yeah.. Saya ada memori Ikhwan.. Lagipun saya adalah dari sisi gelap Ikhwan,jadi ada sedikit ingatan lama Ikhwan dalam diri saya..." ujar Qatariz sambil menunjal jari telunjuk pada dahinya.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now