SPECIAL CHAPTER : CHRONICLES KAISER X THE CURSED GUARDIAN 02

724 81 11
                                    


Sebuah taman yang indah diperhatikan oleh sepasang mata,kedengaran bunyi serangga bernyanyi. Emily Harrison berusia 20 tahun,bersama Amy Neilfelheim yang turut berusia 20 tahun bersiar-siar di taman.

"Kamu tidak bersama Neil?" soal Emily pada Amy.

"Hmm.. Neil kan bertugas,takkan la saya nak ganggu..." ujar Amy berfikir sejenak.

"Betul juga.. Maaf la,sebab abang kamu pun tengah bertugas..." kata Emily tersenyum.

"Seronok kan kalau hari-hari aman macam ni?" soal Amy mendongak ke atas langit.

"Ya.. Tapi kita hanya mampu berangan je.. Selagi Vager masih ada.. Kita tidak boleh bermain-main..." jelas Emily mengeluh.

"Ya.. Betul tu,jadi kita kena la bantu abang dan Neil juga... Bersama-sama!" ujar Amy girang.

Perbualan mereka terbantut apabila melihat seorang wanita,sedang bermain dengan ketulan ais dibentuk seperti permata. Wanita tersebut mengapungkan kemudian permata ais itu,berpusing-pusing di sekeliling wanita itu.

"Siapa dia? Tak pernah nampak pula sebelum ni?" soal Emily dan Amy menghampiri wanita tersebut.

"Amy?" soal Emily.

"Tak apa,kita tanya elok-elok..." ujar Amy tersenyum.

"Maafkan saya?" Amy menyapa dan wanita itu berhenti dari memainkan ais berbentuk permata.

"Ya? Boleh saya bantu?" soal wanita itu menoleh ke arahnya,tersenyum pada dua gadis tersebut.

"Tidak,bukan begitu..kami tertarik dengan cara awak bermain permata itu.." jelas Amy.

"Ini ke? Ini bukan permata,ia cuma ais yang saya bentukkan seperti permata..." jelas wanita itu dan Amy mengangguk sahaja.

"Macam tu... Saya tak sangka pula boleh bertemu seseorang mempunyai kuasa seperti saya..." ujar Emily dan wanita itu tersenyum kemudian bangun.

"Awak gunakan kuasa dari senjata itu bukan?" soal wanita itu.

"Ah.. Ya.." kata Emily dan terasa tidak kena dengan wanita di hadapannya..

"Ah..! Lupa dan maafkan kerana tidak mengenalkan diri,saya Alisa Darweez.." ujar wanita itu atau Alisa,menghulurkan tangan tanda ingin bersalam.

"Saya Amy Neilfelheim ini bakal kakak ipar saya.. Emily Harrison..." jelas Amy.

"Ouh... Tahniah la macam tu.." kata Alisa tersenyum.

"Nampak gaya pertuturan awak,adakah kamu lebih tua daripada kami? Saya dan Emily.. 20 tahun.." jelas Amy.

"Hey Amy,biadab la tanya macam tu.." kata Emily menepis tangan Amy secara lembut.

"Saya.. Berusia 29 tahun.." jelas Alisa tersenyum.

"Apa? Awak nampak muda,saya ingat dalam 22 atau 23..." ujar Amy terkejut.

"Terima kasih sayang... Saya hargainya.." kata Alisa tersenyum sambil mengusap kepala Amy.

"Awak datang dari kota mana?" soal Emily.

"Ouh.. Saya cuma mengembara dengan suami saya... Kenal dunia.." jelas Alisa separuh berdusta.

"Jadi mana suami kakak?" soal Amy.

"Suami akak pergi cari makanan.." jelas Alisa lagi tapi bukan,mereka berdua berpisah untuk mencari gem.

"Ouh.. Begitu..mesti pengalaman banyak ni?" soal Emily.

"Pengalaman ya? Boleh la." jelas Alisa.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now