CHAPTER 112 : DARK KNIGHT EVIL PLAN

981 87 11
                                    


Alif tergamam kerana melihat Azryan berada di hadapannya,tersenyum dan ketawa kecil kerana reaksi Alif. Nafas helaan dilepaskan kemudian Alif kembali menyandar pada bantal,dia dimasukkan ke dalam wad hospital ini kerana dia terlalu penat dan lemah.

Azryan juga sama kerana selepas diselamatkan oleh Hafez,dia masih dalam keadaan lemah. Aurora juga bersama Alif menemaninya,kerana Rafaela iaitu ibunya ada urusan sedikit dengan Rachel adik dan ibu saudara Alif.

"Dude.. Kau hidup lagi? Ataupun bayangan aku je ni?" soal Alif menggosokkan matanya.

"Aku hidup dan selamat ni,terima kasih pada tuan Hafez..." kata Azryan tersengih.

"Pulangkan balik air mata aku,buang masa je aku menangis untuk kau..." kata Alif bengang.

"Kau menangis untuk aku? Auw.. Sungguh terharu..."

Alif menghela nafas pendek,dia tidak dibenarkan keluar dari wad hospital. Aurora mengupas kulit buah pear,sambil mengalunkan lagu tanpa lirik. Alif menoleh ke arahnya,dia terkejut kemudian tersenyum.

"Sedap suara awak mengalunkan lagu..." kata Alif dan kupasan buah terhenti,Aurora hanya tersenyum sambil menghulurkan potongan buah kepada Alif.

Saat Alif cuba mencapai dihalang oleh Aurora,Alif terkejut begitu juga Azryan dan Aurora pula hanya menunjalkan potongan buah itu. Tanda dia ingin menyuap Alif,sedar tindakan Aurora segera Alif menjamah buah potong itu.

Alif membuat muka ceria tanda buah itu sedap,dia dan Aurora berbalas senyuman. Azryan mengambil kerusi dan duduk,dia teringatkan Raisyah kerana selepas perang lima hari yang lalu. Raisyah tidak kelihatan langsung,dia menoleh ke arah Alif dan Aurora.

"Hey Lif.." Azryan menegur.

"Ya?" soal Alif dengan mulut yang penuh.

"Raisyah,dia pulang semula ke negara dia ke?" soal Azryan.

Alif dan Aurora berpandangan,kemudian memandang semula ke arah Azryan. Mereka berdua juga tidak tahu,ke mana Raisyah pergi. Pintu terkuak dan Alia muncul,dengan kot putih menyarung tubuhnya.

"Doktor Alia.." ujar Aurora.

"Dok...?" Alif terkejut.

"...Tor..?" Azryan juga sama.

"Bagaimana keadaan kamu encik Alif?" soal Alia dengan muka dinginnya.

"Err..okay rasanya?" balas Alif.

"Saya akan lakukan pemeriksaan... Oh ya encik Azryan?" kata Alia dan menoleh ke arah Azryan.

"Ya?" jawab Azryan.

"Boleh pulang semula ke wad awak? Doktor akan membuat pemeriksaan pada awak sebentar lagi.." jelas Alia.

Azryan menelan air liur melihat renungan mata Alia,dia segera menundukkan kepala dan terus beredar keluar dari wad Alif. Alia melakukan pemeriksaan pada Alif,Aurora hanya menjadi pemerhati diam tidak mengganggu.

"Baiklah.. Keadaan awak dah stabil... Rasa petang nanti boleh discharge..." jelas Alia.

"Baiklah.. Terima kasih doktor.." ujar Alif.

"Sudah menjadi tugas saya.. Jadi saya minta diri dulu..." kata Alia membalas senyuman Alif.

Alia membetulkan kot putihnya,kemudian dia berjalan keluar dari wad itu. Alif hanya menghela nafas pendek,Aurora menoleh ke arahnya sambil tersenyum.

"Bukankah ia bagus.. Awak dapat keluar akhirnya dari wad.." ujar Aurora.

"Yeah.. Memang bagus.." kata Alif.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now