CHAPTER 145 : ANY LAST WORD?

630 77 14
                                    


Farhan dan Fara berdiri di sisi pesawat hitam,pesawat itu milik Alif dan yang lain hanya membuat hal sendiri. Azryan pergi membeli barang dapur,bekalan makanan dan keperluan dalam pesawat hampir kehabisan katanya.

Alif duduk di atas batu besar,dia hanya menghela nafas agak kepenatan. Aurora dan Altera di sisinya,dia memandang ke arah Farhan dan Fara. Seseorang dalam keadaan duduk di atas tanah,serta dengan diikat kemas.

"Apa hal aku kena ikat ni woi?!" soal Merlin geram.

"Aku tak nak bagi kau larikan diri..." jelas Farhan.

"Perlu ke kau ikat guna ikatan magis level tinggi?!" soal Merlin.

Farhan hanya tersenyum sahaja,Fara pula menggelengkan kepala dan memandang ke arah Alisa yang sedang berbual dalam talian.

"Baiklah,saya sudah buat apa yang abang suruh..." ujar Alisa.

"Bagus..pastikan dia tidak lari.." kedengaran suara Ikhwan di hujung talian.

Ikhwan ketika itu berada di satu tempat,Z turut bersamanya dan tempat itu seperti perpustakaan. Rak-rak buku tersusun rapi dengan penuh buku tebal,sambil tangan memegang telefon dan sebelah tangan mencari-cari buku.

"Abang ke mana?" soal Alisa.

"Ada sesuatu yang ingin abang siasat.." jelas Ikhwan.

"Perlukan bantuan?" soal Alisa lagi.

"Jangan risau,nanti abang akan ke sana.. Serahkan pada Farhan sahaja..." jelas Ikhwan tersenyum.

"Abang..." ujar Alisa lembut dan Ikhwan menjeling ke arah telefon.

"Jangan lama sangat..." ujar Alisa lagi dan Ikhwan tersenyum sambil menghela nafas pendek.

"Jangan risau.. Suami kamu ni,kuat..." jelas Ikhwan tersengih.

"Okay.. Jumpa nanti..." kata Alisa menamatkan talian.

Sebaik sahaja tamat panggilan,Ikhwan menyimpan semula telefon pintar miliknya. Dia mencari-cari sesuatu,dan bahunya terlanggar rak buku. Sebuah buku terjatuh dan Ikhwan mengambil,dia agak terkejut kerana tajuk bukunya.

FIVE SHINING STAR

"Buku ni...." ujar Ikhwan berfikir sejenak.

Alisa menyisirkan rambutnya dan berjalan ke arah Farhan serta Fara berada,Merlin dipandang dengan renungan yang dingin. Merlin hanya menghela nafas pendek,dia tersenyum sahaja memandang ke arah Alisa.

"Hello beautiful lady.. Are you free? How about we go out for a drink...?" soal Merlin dengan selamba.

"Dalam keadaan macam tu pun kau nak ganggu bini orang?" soal Farhan ingin mara tapi dihalang.

"Alisa...?" soal Farhan.

"Jangan risau.. Saya tahu apa yang saya lakukan..." jelas Alisa.

Farhan hanya mengangkat bahu,kemudian memberi isyarat tanda menyuruh Alisa lakukan apa yang dia ingin lakukan. Merlin hanya tersenyum sahaja,melihat kecantikan Alisa dan membuatkan ingin memikat wanita di hadapannya.

"Sorry,you request I can't accept it.." ujar Alisa tersenyum dan Merlin terkejut.

"Why not? It's on me..." Merlin memujuk.

"Because I'm someone wife.. And you're not my taste....." ujar Alisa.

"Who cares?" soal Merlin dan air muka berubah sedikit.

"I care.. Because it's my loyalty to my husband..." jelas Alisa.

"What a joke..." ujar Merlin dan Alisa mula menunjukkan perubahan air muka.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now