CHAPTER 34 : LIGHT & DARK AND PROMISE

896 101 4
                                    


Alif tidak ingat zaman kanak-kanaknya yang pernah bersama Aurora,dia cuba mengingati semula namun gagal. Alif menarik nafas panjang,kemudian dihelakan dan terus menyaksikan mainan semula masa silam.

"Ibu dan ayah awak mana?" soal Aurora dan Alif berfikir sejenak.

"Kalau tidak silap ayah dan ibu ada urusan di pejabat negara..." kata Alif mengingati semula kata-kata ayahnya.

Aurora hanya mengangguk sahaja,dia terasa sedih kerana kawan baiknya akan berpindah. Alif perasan dengan reaksi Aurora,Alif menghampiri Aurora dan memeluk gadis itu.

"Alif?" soal Aurora kehairanan.

"Jangan risau kita still kawan,biarpun berjauhan.." ujar Alif memujuk.

"Biarpun kita tak dapat berjumpa,saya akan bayangkan wajah awak..satu-satunya kawan saya..." kata Alif lagi.

"Boleh tahan biarpun masih budak.." ujar Minerva.

"Boleh diam tak? Saya nak fokus ni.." kata Alif bengang.

BOOMM!!

Satu letupan mengenai rumah penduduk di kampung itu,Alif dan Aurora berlari keluar ingin melihat apa yang berlaku. Namun sebaik sahaja mereka keluar,dua orang lelaki menangkap mereka.

"Skuld Wing?" Alif terkejut kerana kumpulan itulah yang mengejar Aurora.

"Skuld Wing sudah lama aktif,cuma mereka bergerak low profile..." kata Minerva dengan tenang memerhatikan keadaan itu.

Seluruh penduduk kampung dikumpulkan di satu tempat,Alif ditolak pada penduduk kampung yang lain. Tidak bagi Aurora dipegang oleh pengikut Skuld Wing,Alif kecil kehairanan kenapa Aurora tidak diletakkan bersama dengan dan yang lain.

"LEPASKAN KAWAN SAYA!!" Alif kecil berlari ke arah di mana Aurora berada.

Satu pukulan pada muka Alif dilepaskan,si kanak-kanak berguling jatuh kemudian orang kampung membantunya. Alif terus tidak sedarkan diri,semua pengikut Skuld Wing mengacukan senjata laser ke arah penduduk kampung.

"Alif!" Aurora terketar-ketar melihat keadaan Alif.

"Diam!!" jerkahan pengikut Skull Wing membuatkan dia tersentak,dia ketakutan dan hanya mampu mendiamkan diri.

Suasana tegang dan para penduduk di situ ketakutan,mereka berpelukan antara sama lain berdoa agar mereka diselamatkan. Alif menoleh ke satu arah,di mana ayahnya dan ibunya serta ibu saudaranya berada tidak jauh dari tempat perkampungan. Jika ingin masuk mereka harus mengatur plan dengan cermat.

"Bagaimana ni bang?" soal Rafaela.

"Abang akan masuk dari depan,Rafaela kamu dari udara..." ujar Azahar dan Rachel memegang bahunya.

"Itu nak bunuh diri!" kata Rachel tidak setuju.

"Anak kami lebih penting!" jelas Rafaela.

"Rachel,aku ada tugas lain untuk kau.." kata Azahar memandang Rachel.

"Huh?" Rachel kehairanan.

Pada masa yang sama beberapa penduduk kampung mati ditembak oleh pengikut Skull Wing,kerana melawan kata-kata mereka mati dibunuh dan Aurora menangis ketakutan.

Seseorang muncul dari bulatan portal magis gelap,lelaki berkerudung dan di belakangnya Basil berusia 12 tahun. Dia hanya bereaksi dingin,lelaki berkerudung itu menghampiri Aurora.

Satu serangan anak panah berjaya ditahan oleh lelaki berkerudung itu,Azahar muncul mendarat di sebelahnya dan terus menyepak lelaki berkerudung itu kemudian melubangkan kepala pengikut yang memegang Aurora.

"Aurora kamu okay?" soal Azahar dan Aurora menangis apabila bayangan Alif tercedera menerjah.

Azahar segera memimpin tangan Aurora dan pergi mendapatkan Alif yang tidak sedarkan diri,terima kasih pada orang kampung dia masih selamat. Melihat keadaan Alif dengan segera Azahar mengetap gigi,auranya mula keluar menyelubunginya.

"How dare they did this to my son?" Azahar mengetap gigi.

Lelaki berkerudung itu sudah berada di sebelahnya dengan pantas,Azahar terus menghayunkan penumbuk. Lelaki berkerudung itu hanya tenang biarpun ditumbuk oleh Azahar.

"Aku tak akan maafkan kau!!" kata Azahar dan lelaki berkerudung itu hanya memetik jari,pengikutnya yang ramai meluru ke arahnya.

Rafaela dari udara terus melancarkan serangan anak panah,Rafaela mengenakan magis menjadikan anak panah bertambah banyak jumlahnya. Ribuan anak panah menghujani para pengikut Skull Wing.

Sekelip mata pengikut Skull Wing mati dengan begitu sahaja,lelaki berkerudung itu pula hanya menghela nafas pendek sahaja. Cerut dipotong belakangnya dan api dicucuh,asap dihembuskan berkepul di udara.

"Serahkan gadis itu pada aku...." ujar lelaki berkerudung itu.

"Apa yang kau mahukan dari gadis kecil ini?" soal Azahar.

"Aku cuma nak bangkitkan naluri pembunuh dia sahaja...." jelas lelaki berkerudung itu.

"Mengarut,berambus dari sini!!" ujar Azahar dan terus meluru ke arah lelaki berkerudung itu.

Lelaki berkerudung itu hanya menghela nafas pendek,sekelip mata ayah Alif dilibas oleh sesuatu. Luka teruk pada bahagian dada,namun dia masih mampu bangun. Aurora hanya mampu tergamam,lelaki berkerudung itu mengambil peluang itu dan bergerak di belakang Aurora.

"Aurora!! Lari!!"

Aurora terpinga-pinga dan kepalanya dipegang oleh lelaki berkerudung itu,dan mata Aurora bagaikan mati dan aura gelap serta cahaya keluar dari tubuh Aurora. Gadis itu menjerit dengan kuat,Azahar bagaikan tidak percaya dengan apa yang berlaku.

"Aurora...." Alif melihat imbasan masa silam itu tergamam,tidak percaya dengan apa yang berlaku.

Aurora berdiri dengan sayap putih dan hitam di belakang badannya,lelaki berkerudung itu hanya menghela nafas pendek kemudian memetik jari. Mereka warp ditelan pusaran gelap,begitu juga pengikutnya yang lain. Aurora dibawa pergi dan Alif kecil yang tidak sedarkan diri tidak tahu apa yang berlaku,Azahar menoleh ke arah Rafaela dengan pandangan sayu.

"Apa yang kita nak katakan dengan anak kita?" soal Azahar.

"Serahkan pada saya abang..." ujar Rafaela tersenyum.

Mainan memori silam terhenti dan Alif hanya memerhatikan wajah ibu bapanya,dia toleh ke arah wajah ibunya dan tertanya kenapa ibunya hilangkan ingatan dia?

"Kenapa?" soal Alif sendirian dan Minerva mendengar soalannya.

"Kenapa ibu padamkan ingatan saya? Kenapa dan siapa Aurora sebenarnya?" soal Alif menggenggam kuat penumbuknya.

Minerva tidak mencelah sekadar biarkan anak muda itu meluahkan perasaannya,Alif mengalirkan air matanya dan menekup mukanya menyembunyikan wajahnya.

Suasana sunyi sebentar dan mulut diketap rapat,Alif bangun dan Minerva sedar perubahan air muka pemuda itu. Air mata dikesat dan dia menarik nafas panjang kemudian menoleh ke arah Minerva.

"Jika kehadiran Aurora adalah peluang aku,tidak akan aku lepaskan peluang ni.." ujar Alif.

"INI JANJI AKU...!"

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now