CHAPTER 136 : AMINUDDEN VERSUS LUDOVICOS

650 81 11
                                    


Ludovicos Neifelhem seorang anak yatim-piatu,dia membesar di rumah anak yatim-piatu. Dia juga seorang kanak-kanak yang membesar sihat,dari umur setahun sehingga lima belas tahun.

Dia diberi pendidikan yang baik,Ludovicos dipercayai oleh guru dan rakan. Dia tidak mahu menimbulkan masalah,jadi dia berusaha dengan kuat untuk diterima.

Ludovicos beruntung kerana usahanya membuahkan hasil,dia diambil menjadi anak angkat oleh seorang wanita. Ludovicos memanggilnya ibu,Nia namanya dan dia seorang yang baik. Ludovicos diberi tempat tinggal yang selesa,tetapi ada yang tidak suka dengan kebaikan ibu angkatnya.

Dia ada memberitahu perkara ini pada Nia,ibu angkatnya namun Nia hanya memesan supaya tidak ambil pusing dengan apa yang orang kampung katakan mengenainya.

"Tapi ibu.. Mereka kata ibu itu ini.. Kenapa ibu masih nak biarkan...?" soal Ludovicos.

"Tidak apa Ludov.. Ibu dah biasa.." ujar Nia mengusap pipi Ludovicos.

Ludovicos tidak faham kenapa ibunya sanggup tahan dengan sikap sesetengah orang kampung,mereka menganggap Nia seperti orang yang jahat.

Satu hari Ludovicos ke satu tempat,Sacred Place dan dia melangkah masuk. Dia memandang ke satu arah,satu dinding yang bertulis corak aneh. Ludovicos menyentuhnya dan tulisan tersebut bercahaya,Ludovicos terkejut dan cahaya itu menyerap masuk ke dalam tubuhnya.

Matanya berat dan pengsan di situ juga,tidak lama selepas itu Ludovicos kembali sedar. Dia bangun dan terkejut kerana tempat itu,terbeku dan dia hairan kenapa boleh jadi begini.

Apabila dia keluar dari situ,hari telah gelap dan dia sedar dia terlena sehingga malam. Sebaik tiba di rumah Nia masih belum tidur,kerana menunggu Ludovicos pulang.

"Ibu?" soal Ludovicos kehairanan.

"Ludov? Ludov ke mana? Ibu risau tahu?" soal Nia.

"Maaf ibu.. Ludov tertidur di hutan.." dusta Ludovicos tidak mahu Nia risau.

"Jangan buat lagi tahu?" ujar Nia dan Ludovicos mengangguk sambil tersenyum.

Malam itu Ludovicos tidak dapat tidur,dia tertanya-tanya apa yang berlaku?

Dia berkata esok dia harus ke sana lagi untuk mencari jawapan.

"Apa?" Ludovicos terkejut.

Tulisan misteri itu hilang dari dinding,dia terkebil-kebil kerana tidak tahu apa yang berlaku. Tulisan itu hilang bagaikan tidak wujud,kemudian dia teringat ada cahaya masuk ke dalam tubuhnya semalam.

"Tak mungkin la..." ujar Ludovicos tersengih risau.

"Baik aku pulang sebelum tengah malam.. Nanti ibu marah aku lagi..." Ludovicos mengomel.

Sepanjang perjalanan dia puas berfikir apa yang berlaku,dia tidak mampu mencari jalan penyelesaian. Tetapi sebaik dia pulang,Ludovicos terkejut kerana di tengah-tengah kawasan kampung. Ibunya diikat di atas timbunan kayu,Ludovicos berlari ke arah ibunya untuk selamatkan Nia namun dihalang.

"Lepaskan aku!! Apa yang kamu semua nak buat?!!" kata Ludovicos risau.

"Ibu kau adalah ahli sihir!" ujar salah seorang penduduk kampung.

"Apa?" soal Ludovicos terkejut.

"Ya.. Benar,dia nak ambil nyawa orang kampung.. Seorang demi seorang untuk dia menjadi kekal muda...!!" kata seorang lagi penduduk.

"Ya! Dia berbuat baik supaya kita terpedaya!!"

"Itu semua tidak benar!!" kata Ludovicos.

"Kau juga mangsa,dia bawa kau ke sini untuk menipu kita semua..."

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now